KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari
ini gagal dalam permohonannya untuk mendapatkan kebenaran bagi semakan
kehakiman untuk mendesak bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid
Abu Bakar supaya menahan dan mengekstradisi ahli perniagaan, Jho Low.
Pemohonan Azmin itu mempunyai kaitan dengan skandal 1Malaysia Development Bhd. (1MDB).
Peguam Tan Sri Gopal Sri Ram mewakili Azmin selaku pihak pemohon
memberitahu pemberita, Hakim Datuk Hanipah Farikullah menolak permohonan
pihaknya tanpa sebarang perintah mengenai kos setelah berpendapat
permohonan itu bukannya suatu yang remeh dan menyusahkan.
Memetik laporan Utusan Malaysia, Peguam Kanan Persekutuan, Alice Loke
bertindak bagi pihak Ketua Polis Negara yang dinamakan sebagai pihak
responden.
Pada 14 Ogos lalu, Azmin memfailkan permohonan kebenaran untuk semakan
kehakiman bagi memohon perintah mandamus supaya mahkamah mengarahkan
pihak responden mengambil tindakan terhadap Jho Low atau nama sebenarnya
Low Taek Jho atas pertuduhan kes jenayah mengikut Seksyen 409 dan
Seksyen 420 atau mana-mana berdasarkan undang-undang.
Ahli Parlimen Gombak itu mendakwa Jho Low telah melakukan beberapa kesalahan membabitkan pecah amanah dan penipuan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.