ANTARAPOS.COM
BANGKOK: Seorang pelancong Malaysia ditemui mati di dalam bilik rumah tumpangannya di Phuket semalam.
Polis tempatan mengesyaki punca kematian mangsa, Lee Tzu Yuen, 38, adalah akibat penggunaan alkohol secara berlebihan.
Ketua Polis Patong Lt. Kol. Jongserm Preecha memberitahu media tempatan
hari ini, lelaki itu menginap di rumah tumpangan di Soi San Sabai.
Menurutnya, tiada tanda pergelutan atau bilik itu digeledah.
"Seorang pekerja rumah tumpangan berkenaan mengetuk pintu bilik mangsa
beberapa kali untuk mengemasnya pada pukul 2 petang semalam tetapi tiada
jawapan sebelum meminta bantuan pihak pengurusan bagi membuka bilik
tersebut," katanya.
Sebaik pintu dibuka, pihak pengurusan menemui mayat mangsa dalam keadaan bogel.
Jongserm berkata, Kedutaan Malaysia di Thailand sudah dimaklumkan mengenai kejadian tersebut.
Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Patong untuk bedah siasat, katanya
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.