PAN jadi liabiliti Pakatan Harapan
BACHOK: Impian PAN untuk menggantikan PAS bagi
mengukuhkan Pakatan Harapan kini terserlah apabila kewujudannya
membuatkan pakatan pembangkang itu semakin bercelaru.
PAN yang bermula dengan PASMA dan Harapan Baru bermula dengan rekod
yang tercalar kerana gagal mempertahankan jawatan pada muktamar PAS
2015.
Percubaan PASMA menyingkirkan kepimpinan ulama gagal sehingga hampir
kesemua pemimpin yang tewas tidak mampu menerima hakikat ditolak
perwakilan.
Ekoran itu pelbagai alasan dicipta termasuk ‘chai’ semata-mata bagi
memburukkan ulama yang menjadi pilihan perwakilan pada muktamar PAS.
Aktivis
anak muda Mohd Fadhil Aiman berkata PAN muncul sebagai NGO yang
dinamakan sebagai PASMA bergerak bagi menjatuhkan Presiden PAS Datuk
Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Namun katanya mereka sendiri yang terpelanting daripada kedudukan
dalam PAS setelah perwakilan PAS menyedari tindak tanduk mereka.
“PAN wujud kononnya hendak menggantikan PAS dalam Pakatan Harapan.
Tapi apa yang berlaku bukan ganti sebaliknya menyebabkan Pakatan Harapan
menjadi tambah kecamuk.
“Saya pun hairan ketika kehadirannya membebankan Pakatan Harapan,
tiba-tiba pemimpin mereka di Kelantan bercakap pula hendak rampas
daripada PAS,” katanya.
Baru-baru ini Timbalan Presiden PAN Salahudin Ayub dilapor mendakwa
parti itu yakin mampu merampas Kelantan pada pilihan raya umum akan
datang.
Naib
Yang Dipertua PAS Pengkalan Chepa, Azmi Nor juga melahirkan rasa hairan
PAN menguar-uarkan berjaya menubuh banyak cawangan di Kelantan.
Katanya, pada peringkat awal tidak dinafikan jelajah parti itu agak
mendapat sambutan, namun sekarang orang ramai sudah bosan dengan retorik
mereka.
“Saya pun hairan dakwaan ada ahli PAS di Pulau Melaka menyertai PAN,
sedangkan Cawangan PAS di situ pun tidak kenal orang terbabit,”
katanya.- HARAKAHDAILY
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.