MPI juga disarankan mengadakan Anugerah Wartawan Rakyat(Citizen Journalist) yang memenuhi kualiti kewartawanan jujur, bebas, berani yang menulis dan bersuara kerana mempertahankan kebenaran, keadilan dan maruah kewartawanan negara
KUALA LUMPUR: Malaysian Press Institute (MPI) perlu memberi penghargaan kepada wartawan portal dan Anugerah Wartawan Rakyat yang berani dalam penulisan yang telus, kata kata bekas Menteri Penerangan Zainuddin Maidin.
Menurutnya, ini merupakan perkara yang boleh menyumbang kepada corak pemikiran rakyat dalam memilih berita yang disampaikan menerusi agenda atau berlandaskan kebenaran.
“Supaya MPI terus sezaman dengan kepantasan kewartawanan online maka ia harus memikirkan pengiktirafan yang sesuai dan sezaman dengan citarasa rakyat kepada kewartawanan yang lebih banyak dibaca, lebih popular dan lebih diyakini dan dihormati.
“MPI harus memikirkan untuk mengadakan hadiah kewartawanan kepada wartawan Berita Portal dan juga
Anugerah Wartawan Rakyat(Citizen Journalist) yang memenuhi kualiti kewartawanan berhemah, jujur ,bebas, berani yang menulis dan bersuara kerana mempertahankan kebenaran, keadilan dan maruah kewartawanan negara,” kata beliau menerusi blognya, ‘Zamkata’ hari ini.
Kata Zam lagi, beliau berbangga melihat sumbangan wartawan sehingga di peringkat dunia yang diberikan pada masa kini sentiasa diberi pengiktirafan.
“Pengiktirafan terhadap sumbangan dalam dunia kewartawanan juga telah meningkat dari Anugerah Tokoh Wartawan Negara tanpa wang dan juga hadiah kewartawanan lain yang kecil kepada peringkat yang lebih bererti,” ujarnya yang menyuarakan kegembiraan MPI kini diketuai oleh Chamil Wariya.
No comments:
Post a Comment