Friday, March 3, 2017

Kerjasama Politik, Pas Umum Keputusan Muktamar Ini

 Caspian


Mohd Amar Nik Abdullah


Pas akan menentukan keputusan kerjasama politiknya dengan parti lain pada Muktamar Tahunan kali ke-63 parti itu, April ini.

Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, sebarang keputusan akan dibincangkan dan diputuskan Majlis Syura Ulama pada muktamar nanti.

“Untuk kerjasama kita dengan PKR, pendirian masih sama, selagi Majlis Syura dan Muktamar tidak membuat keputusan, maka tahaluf itu masih kekal.

“Apa pun, tunggu muktamar, kita akan dengar suara akar umbi Pas. Kalau mereka mahu ia diteruskan, maka kita teruskan, kalau minta nilai semula, maka kita akan nilai semula,” katanya kepada media di sini.

Beliau diminta mengulas mengenai masa depan hubungan Pas dan PKR dalam kerjasama yang terjalin dalam Pakatan Rakyat bagi mendepani BN dalam PRU14 nanti.

No comments: