ANTARAPOS.COM
BEIJING: Warga Korea Utara, Ri Jong-chol yang telah dihantar pulang ke
negaranya mendakwa dia merupakan mangsa konspirasi pihak berkuasa
Malaysia ekoran penahanannya berhubung kematian Kim Jong-nam, lapor
Rueters.
Lelaki itu turut mendakwa penahanannya merupakan suatu 'plot' untuk `merosakkan maruah negaranya'.
Jong-chol, 47, turut menuduh para penyiasat Malaysia menggunakan paksaan dalam usaha untuk mendapatkan pengakuannya.
"Jika saya terima semuanya, mereka akan menyediakan kehidupan yang baik
untuk saya di Malaysia dan ini menyedarkan saya bahawa ini adalah
perangkap untuk menjatuhkan maruah negara saya," katanya di luar pejabat
kedutaan Korea Utara di sini.
Jong-chol dihantar pulang ke negaranya selepas tempoh tahanan reman sejak 18 Februari lalu berakhir semalam.
Lelaki itu turut disenaraihitamkan daripada memasuki Malaysia.
No comments:
Post a Comment