ANTARAPOS.COM
KUALA LUMPUR: Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40 hingga 50
kilometer sejam (kmsj) dijangka berlaku di kawasan perairan Kelantan,
Terengganu, Pahang dan Johor hingga esok.
Menurut Jabatan Meteorologi, selain angin kencang, ombak juga diramal
mencapai ketinggian 3.5 meter di kawasan perairan terbabit.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora itu berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.
Pada tempoh sama, kawasan pantai di empat negeri itu juga terdedah kepada peningkatan paras air laut.
Selain itu, ribut petir, hujan lebat serta angin kencang di Limbang dan
Miri (Daerah Marudi), Sarawak dijangka berterusan hingga awal pagi ini.
No comments:
Post a Comment