Friday, March 3, 2017

39GwAQ7PeH7fJTFa4DXguurfn7GULq2pTs

Berita Daily Staff

Beliau diingatkan tidak mencadangkan Sekolah Menengah Tamil yang pertama di negara jika SJKT di kawasannya sendiri masih berkeadaan daif
 
 
KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng didakwa tidak mempeduli Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di negeri tersebut.
 
Ahli Majlis Kerja Pusat (CWC) MIC J Dhinagaran berkata buktinya sebuah SJKT Rajaji di Ayer Itam yang bangunannya memerlukan bantuan kerajaan negeri itu untuk dari aspek dana bagi membina bangunan yang baharu.
 
“Saya mendesak agar YB Lim Guan Eng memberi perhatian dulu kepada keadaan sekolah – sekolah rendah Tamil sedia ada di Pulau Pinang sebelum bercerita dengan megah tentang rancangan kerajaan negeri untuk menubuhkan sekolah menengah Tamil pertama di negara ini,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.
 
Malangnya tambah Dhinagaran lagi, sekolah tersebut adalah di bawah DUN Lim sendiri iaitu N23 Air Putih.
 
“Persoalan saya, macam mana Ketua Menteri, di kawasan DUN sendiri pun tidak tahu keadaan SJKT Rajaji malah langsung tidak membantu apa – apa tetapi ghairah berjumpa pihak media dan meraih “political mileage” (kepentingan politik) dalam hal pembinaan Sekolah Menengah Tamil,” ujarnya.
 
Sehubungan itu katanya, Ketua Menteri negeri itu tidak perlu bermegah untuk mencadangkan Sekolah Menengah Tamil yang pertama di Malaysia selagi SJKT di kawasannya sendiri masih terabai.
 
 

No comments: