Oleh Haizal Yatiran
SHAH ALAM: Amanah Kelantan mengusulkan kepada PKR untuk membubarkan
senarai ahli jawatankuasa parti sedia ada, sekiranya terbuka untuk
bergabung dengan parti itu dalam menghadapi pilihan raya akan datang.
Ketua Pemudanya Hazmi Hassan berkata demikian bagi membolehkan
pemilihan parti antara pemimpin PKR dan Amanah dilakukan dan ia bukanlah
sekadar cadangan politik kosong daripada kepimpinan tertinggi
berkenaan.
Beliau berkata demikian mengulas cadangan Timbalan Ketua AMK Keadilan,
Dr Afif Bahardin yang mahu partinya bergabung dengan Amanah yang
disambut baik oleh beberapa orang pemimpin PKR termasuk Timbalan
Presidennya, Datuk Seri Azmin Ali.
"Cadangan itu baik sekiranya orang yang beri cadangan itu sanggup
(terlebih) dahulu mengosongkan posisi mereka didalam parti dan beri
kepada (calon) Amanah.
"Contohnya, Afif kosongkan dulu jawatan Timbalan Ketua Pemuda dan sedia beri kepada (pemimpin) dari Amanah.
"Tapi kalau cadangan tu sekadar mainan politik, kita tak setujulah," katanya kepada Antarapos.
Azmin ketika ditemui pemberita hari ini sedia mempertimbang cadangan Afif untuk mengadakan penggabungan antara PKR dan Amanah.
Naib Presiden PKR, Dr. Xavier Jayakumar turut menerima cadangan
tersebut secara positif namun bukan dalam tempoh terdekat ketika ini.
Namun, cadangan tersebut tidak dipertimbangkan oleh pemimpin tinggi
Amanah, Salahuddin Ayub yang hanya mahu memberi tumpuan pada partinya.
Bagi menentukan pemimpin untuk gabungan kedua parti tersebut, ia memerlukan satu pemilihan baru, tambah Hazmi.
"Sama juga dengan Timbalan Presiden Azmin Ali, dia kata cadangan itu
baik, saya juga mencadangkan kepada dia supaya berundur dari jawatan
Timbalan Presiden.
"Seterusnya jawatan untuk Presiden dan Timbalan Presiden dipertanding antara presiden PKR dan Amanah.
"Antara keduanya akan jadi Presiden atau Timbalan selepas membuat pemilihan parti," katanya lagi.
No comments:
Post a Comment