shahbudindotcom
Tidak
pasti sama ada Tun Daim Zainuddin masih ahli UMNO atau sudah menyertai
PPBM sekarang ini, tetapi semua orang tahu hubungannya yang sangat rapat
dan akrab dengan Tun Mahathir Mohamad.
Tidak
seperti Zahid Hamidi yang sampai meminta orang Bagan Datoh mendoakan
agar ikatan "adik abangnya" dengan Najib Razak terus berpanjangan dan
tidak tergugat, Tun Daim tidak pernah merayu simpati hingga ke peringkat
itu.
Namun, hubungan bekas Menteri Kewangan itu dengan Tun Mahathir kekal dan tidak tergugat sehingga ke hari ini.
Sebelum
ini, Tun Daim banyak berdiam diri. Beliau dilaporkan selalu mengembara
untuk menghabiskan sisa-sisa usianya. Beliau seolah-olah ingin
meninggalkan terus dunia politik.
Apabila
Tun Mahathir memulakan serangan kepada Najib dan kemudian menubuhkan
PPBM, hala tuju Tun Daim juga tidak diketahui. Beliau kekal menjadi Daim
yang diam.
Tetapi,
sejak dua hari lalu kelibat Tun Daim mula diperkatakan dan menjadi
bualan. Tulisannya di akhbar ekonomi The Edge menjadikan namanya kembali
diperkatakan.
Di
mana-mana kedengaran orangramai memperkatakan tentang tulisannya yang
menyentuh mengenai struktur ekonomi negara, masalah hutang, defisit
keyakinan dan sudah tentu tidak lupa tentang Najib.
Meskipun
apa yang ditulis oleh Tun Daim banyak berkaitan masalah dan hala tuju
ekonomi negara, oleh kerana tulisannya itu muncul setelah wujudnya PPBM
dan gendang PRU 14 mula dipalu, ia secara tersiratnya mengajak rakyat
untuk melihat kegagalan Najib secara keseluruhannya.
Dengan
munculnya tulisan pertama itu, Tun Daim tentunya akan menulis lagi.
Bukan saja di akhbar di The Edge, malah mungkin banyak penerbitan lain,
termasuk portal internet turut juga berminat terhadap pandangannya.
Tidak
mustahil juga, ia mungkin akan disusuli dengan kehadiran beliau secara
fizikal di pentas-pentas ceramah, forum, bicara rakyat dan sebagainya di
seluruh negara.
Tambahan lagi, isu hutang yang ditulis oleh Tun Daim sudah pun dijawab oleh Menteri Kewangan Kedua, Johari Abdul Ghani.
Untuk
mempertahankan hujahnya sebagai bekas Menteri Kewangan yang berwibawa
dan ada rekod pencapaian cemerlang mengangkat ekonomi negara sebelum
ini, Tun Daim tentunya tidak akan berdiam diri dengan sanggahan kata
oleh Johari yang dianggap sebagai jurubicara kepada Najib itu.
Maka,
Tun Daim kini terdedah bukan saja kepada tidak lagi diam, malah seperti
sudah memulakan langkah untuk menjadikan Najib, UMNO dan BN terus
mengalami defisit sokongan daripada rakyat.
Oleh itu, kekerapannya muncul dan berkata-kata selepas ini mungkin akan menjadi perkara biasa bagi kita semua.
Apabila
Tun Daim sudah tidak lagi diam dan mula bergerak bersama-sama dengan
Tun Mahathir, bermakna satu lagi bahaya sedang mengancam Najib.
Dengan
Tun Mahathir terus-menerus menyerang dari segi politik, Tun Daim
dipercayai mempunyai kekuatan untuk meyakinkan rakyat dari segi faktor
ekonomi dan pemulihannya yang sukar selagi Najib dan kerajaan tidak
ditukar.
Sebagaimana
ramai yang tidak percaya dan ragu-ragu atas asas apa apabila beliau
sebelum pilihanraya 2008 meramalkan lima negeri diterajui BN akan
tumbang, sehinggalah ia akhirnya benar-benar menjadi kenyataan, kekuatan
dan rangkaian yang dimiliki oleh Tun Daim juga sering diabaikan.
Tun
Daim dilaporkan memang menyedari defisit sokongan dan keyakinan rakyat
kepada Najib berada di tahap paling buruk ketika ini.
Tidak
sebagaimana 2008 apabila beliau membuat ramalan secara terbuka kerana
mahukan sesuatu usaha dilakukan segera, Tun Daim kali ini sudah
memulakan kritikan yang jelas menggambarkan segala-segala berkaitan
Najib adalah punca masalah kepada negara kita

No comments:
Post a Comment