shahbudindotcom
Berdasarkan
lenggok gaya Pas kebelakangan ini, khususnya kenyataan Mursyidul Am,
Hashim Jasin yang menolak sebarang bentuk bekerjasama untuk menjatuhkan
Najib Razak serta ketegasan enggan menyertai Bersih 5 sebagaimana yang
dinyatakan oleh Setiausaha Agungnya, Takiyuddin Hasan, parti itu
sebenarnya sudah boleh dilupakan terus oleh rakan-rakan pembangkang yang
lain.
Jika
bekerjasama menjatuhkan kerajaan tidak mahu, berpakat menyingkirkan
Perdana Menteri yang sarat dengan skandal kewangan tidak mahu dan
bersama menyertai gerakan untuk menuntut pilihanraya yang bersih serta
adil juga tidak mahu, maka "terang lagi bersuluhlah" untuk difahami isi
hati perjuangan pemimpin-pemimpin Pas ketika ini.
Pas
mulai sekarang harus dilabelkan sebagai rakan kongsi dan salah satu
pendokong UMNO dan Najib Razak serta kedudukan mereka tidak ubah seperti
parti-parti komponen BN yang lain.
Meskipun
tidak bersama sebagai komponen BN, mesti diberitahu kepada rakyat dan
pengundi bahawa melalui tindak-tanduk Pas adalah sama sebagai pelampung
penyelamat kepada Najib dan UMNO.
Dalam
politik, apatah lagi apabila berdepan dengan kemungkaran pemimpin yang
sangat jelas dan nyata, pilihan yang ada hanyalah sama ada menyokong
atau menolaknya. Tidak ada jalan tengah atau berkecuali, lebih-lebih
lagi bagi pari yang mengaku memperjuangkan Islam, selalu berjubah,
berkopiah dan berserban.
Pas
yang selama ini selalu bercakap soal dosa dan pahala, syurga dan
neraka, kini nampaknya lebih sanggup membutakan mata terhadap pemimpin
dan kerajaan yang diperkatakan di seluruh dunia telah mencuri duit
rakyat, keluarganya kembung dengan kemewahan serta pembaziran yang nyata
dan hanya menjadilan label-label Islam sebagai kosmetik untuk mengabui
rakyat.
Apakah
tidak cukup dengan Peguam Negara dipecat, timbalan perdana menteri dan
menteri-menteri dibuang, Laporan Audit diOSAkan serta beberapa perkara
yang lain yang berlaku di depan mata untuk Pas dan para pemimpinnya
memahami bahawa memang ada kedurjaan telah berlaku dalam negara kita
ini?
Begitu
juga dengan dua buah bank ditutup di Singapura dan pendakwaan sedang
berjalan di Amerika dan Switzerland, tetapi di negara sendiri semua yang
terkait disucikan, apakah terlalu sukar untuk Pas memahami bahawa
segala-galanya sedang dilindungi dan kebenaran telah dikebumi?
Kiranya
perkara semudah ini pun Pas tidak dapat memahaminya dan masih mahu
berdolak-dalik lagi seolah-olah pemimpin seperti Najib adalah nakhoda
yang bakal memimpin ke syurga, hanya ucapan "selamat tinggal Romeo" yang
paling sesuai ditujukan kepada mereka.
Nampaknya
juga saranan Tun Mahathir tentang perlunya semua parti-parti
pembangkang bersatu hati demi sama-sama menyelamatkan negara dan
keengganan berbuat demikian hanya menunjukkan keinginan memberi
kelebihan kepada Najib yang telah menukar Malaysia kepada negara
kleptokrasi, langsung tidak berbekas di hati dan sanubari para pemimpin
Pas.
Oleh
itu, adalah tidak praktikal lagi dan hanya membuang jika PPBM dan
Pakatan Harapan terus menaruh harapan kepada Pas untuk saling berganding
bahu dalam pilihanraya akan datang. Lupakanlah Pas mulai sekarang untuk
agenda perubahan. Bagi Pas, bahu Najib lebih indah untuk disandari.
Usaha
mesti digembleng mulai sekarang untuk bergerak tanpa Pas bersama. PPBM
bersama Pakatan Harapan yang dianggotai PKR, DAP dan Amanah serta
Warisan di Sabah, sebenarnya sudah cukup kuat untuk menggerak dan
memenuhi aspirasi rakyat ke arah perubahan yang dinanti-nantikan.
Lagi
pula, dengan adanya pengaruh Tun Mahathir dengan Anwar Ibrahim
bersama-sama dan saling berganding bahu ketika ini, apakah ia masih
belum memadai?
Yang
penting, jangan lagi berlengah dan mulakan usaha daripada sekarang.
Tinggalkan terus Pas dan gambarkan bahawa mereka adalah rakan kongsi dan
pelampung kepada sebuah kerajaan yang kleptokrasi.
Jika
Pas "tahu malu dan sedar diri", parti itu juga bolehlah melangkah
keluar daripada Kerajaan Negeri Selangor yang dipimpin oleh Pakatan
Harapan dengan secepat mungkin kerana Azmin Ali dan semua pemimpin
Pakatan Harapan di negeri itu adalah terang-terang merupakan sebahagian
daripada gerakan untuk menyingkirkan Najib dan menjatuhkan UMNO serta
BN.
Dalam
hal ini, dipersilakanlah Hashim Jasin, Musyidul Am Pas yang baru
dilantik agar segera mengeluarkan fatwa "mufarakah" parti itu dengan
segala elemen yang yang ada kaitan dengan gerakan untuk menjatuhkan
Najib.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.