MSTAR ONLINE
Seorang kanak-kanak bersama kakaknya menaiki bot
akibat banjir yang melanda di Kampung Yan Kechil, Selasa. Jumlah mangsa
banjir di Kedah meningkat kepada 409 orang berbanding 179 orang pagi
tadi, dengan tujuh pusat pemindahan masih beroperasi sementara tiga
telah ditutup. Ia melibatkan 101 keluarga dari dua daerah iaitu Kuala
Muda dan Yan. -fotoBERNAMA
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Mejar (PA) Imran Azemi berkata jumlah itu meliputi 123 keluarga di daerah Yan, Kuala Muda dan Baling.
Bagi Daerah Yan, jumlah mangsa yang ditempatkan di Surau Kampung Teroi Bukit kekal 100 orang, Masjid Titi Teras (38), Surau Nurul Huda Kampung Batu 18 1/2 (18), Surau Kampung Batu 22 (70) dan Dewan Orang Ramai Kampung Setar (10).
Di Kuala Muda, jumlah mangsa yang ditempatkan di Dewan Keda dan Surau Kampung Tepi Sungai menurun kepada 177 orang berbanding 217 orang pagi tadi, Surau Kampung Sungai Rotan (8) dan Surau Kampung Guar Stesen (15).
Di Baling, Dewan Orang Ramai Macang Bubuk menempatkan 44 orang daripada sembilan keluarga. Empat pusat pemindahan yang ditutup ialah Surau Kampung Seputeh dan Surau Kampung Tawar di Baling serta Surau Kampung Lubuk Boi dan Surau Kampung Batu 5 Jalan Jeniang di Yan berikutan air semakin surut
No comments:
Post a Comment