shahbudindotcom
Lima hakim Mahkamah Persekutuan akan membuat keputusan muktamad pada 29 September ini terhadap rayuan bekas Menteri Besar Selangor, Dr Khir Toyo untuk menukar hukuman penjara 12 bulan yang diterimanya kepada khidmat masyarakat.
Dalam
rayuan selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah
Rayuan terhadap hukuman yang diterimanya sebelum ini, Dr Khir menawarkan
gantian kepada khidmat masyarakat dalam bentuk rawatan pergigian secara
percuma selama dua tahun.
Khidmat pergigian yang ditawarkan ialah selama tiga kali seminggu di mana-mana kawasan di negeri Selangor.
Kesalahan
yang disabitkan kepada Dr Khir ialah menerima kemudahan membeli sebuah
rumah dengan harga RM3.5 juta sedangkan harga pasarannya ialah RM6.5
juta ketika beliau memegang jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.
Patut atau tidak patut hukuman penjara atas kesalahan rasuah ditukar kepada suatu bentuk khidmat masyarakat?
Kepada lima hakim yang arif lagi bijaksana segala-galanya akan diputuskan pada 29 September nanti.


Undang2 mak bapak dia kot...
BalasPadam