Friday, August 7, 2015

RM11 bilion pelaburan asing mengalir keluar

MALAYSIAKINI


 


Pelabur antarabangsa dilapor menjual saham-saham dengan kadar segera.

Ini berlaku ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berdepan dakwaan skandal politik serta keraguan pada prospek ekonomi negara, lapor Bloomberg.

Dana asing berjumlah RM11.7 bilion dilapor mengalir keluar daripada negara ini ketika penanda aras Indeks KLCI FTSE Bursa Malaysia merosot 4.1 peratus.

Ringgit pula jatuh ke paras paling rendah sejak 1998 selepas merudum 11 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat, kemerosotan paling buruk berbanding negara-negara Asia lain.

Umum mengetahui Perdana Menteri kian dihimpit dakwaan skandal 1MDB, sebuah syarikat pelaburan negeri yang terbeban hutang.

Hasil siasatan ke atas dana RM2.6 bilion yang didepositkan ke dalam akaun peribadi Najib mendapati derma itu diperoleh daripada Asia Tengah.

“Kepercayaan pelabur asing sudah goyah. Aliran keluar kemungkinan akan berlaku,” kata Mixo Das, pakar strategi di Nomura Holdings Incorporated, Singapura.

No comments: