Kadar enam peratus tidak lagi relevan kerana nilai Ringgit yang semakin merosot setiap hari.
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Penyokong Barisan Nasional (PPBNM) menggesa kerajaan mengkaji semula kadar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) kerana kadar enam peratus itu terlalu tinggi.
Timbalan Presidennya, Dr Lee Nan Sang berkata, kadar enam peratus itu tidak lagi relevan kerana kejatuhan nilai Ringgit yang semakin teruk saban hari.
Katanya, pelaksanaan GST bermula 1 April lalu memberi pendapatan tambahan kepada negara tetapi dalam masa sama telah menyebabkan ekonomi negara terus merosot.
Ini ditambah dengan kejatuhan nilai Ringgit yang menambahkan lagi kesengsaraan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana, katanya.
“Memandangkan keadaan ekonomi negara semakin jatuh, kadar enam peratus ini dianggap suatu kadar yang tinggi sekaligus dan sokongan rakyat terhadap BN merosot,” katanya dalam sidang media di Pusat Membeli Belah Pandan Capital pada Selasa.
Dalam perkembangan sama, Lee menegaskan, kemerosotan ekonomi yang sedang berlaku sekarang bukan kerana kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Saya tidak rasa kritikan Dr Mahathir itu mampu menjatuhkan ekonomi negara,” katanya.
No comments:
Post a Comment