PAGOH: Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini
meluahkan rasa kecewa dengan ahli parti yang bersikap talam dua muka
dengan "mengampu" pemimpin untuk "hidup" walaupun tidak bersetuju dengan
tindakan pemimpin berkenaan.
"Kadang-kadang kita dikelilingi dengan penyokong-penyokong kita yang
beritahu kita 'Ok sir, things are so good, don't worry sir, everything
is ok sir, yes sir...' (Semuanya baik, jangan bimbang, ya tuan," kata
beliau.
"Kita (sebagai pemimpin) mungkin tak rasa apa-apa tapi berbangga diri,"
kata Muhyiddin ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno
Bahagian Pagoh pagi tadi di Kompleks Seri Pekembar.
"Saya tak kata nama sesiapa, tetapi mengandaikan seseorang pemimpin rasa begitu," katanya.
Muhyiddin juga dalam pada itu mendakwa ada pemimpin Umno juga semakin
sukar menerima teguran dan nasihat apabila berada lama di dalam parti.
"Yang itu saya katakan kepada PM, salahkah saya?," kata beliau kepada perwakilan Pagoh yang diketuai beliau.
"Saya nak cerita yang ada kawan (ketika hadir) dalam satu majlis,
sebelum majlis mengata macam macam pasal pemimpi. Dalam majlis (apabila)
pemimpin bangun saja, pun dia kata tahniah 'Datuk Seri saya sokong'.
Kemudian dia duduk balik. Saya tanya 'tadi cerita lain' kemudian dia
jawab 'nak hidup'.
"Maknanya manusia tidak ikhlas," katanya sambil menerima tepukan perwakilan yang hadir di majlis berkenaan.
Muhyiddin digugurkan sebagai timbalan perdana menteri dalam rombakan
kabinet setelah beliau dilihat mengkritik kerajaan kerana dikatakan
lembab menangani isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang dibeban
hutang RM42 bilion.
Selepas digugurkan Muhyiddin akur siasatan terhadap pengurusan kewangan
1MDB sudah pun diambil namun mahu hasil siasatan itu dimaklumkan
segera.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.