Sunday, August 9, 2015

Pemimpin Umno jangan "syok" dengan sokongan pengikut hipokrit

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar

 
Post Pic

 
 
PAGOH: Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini meluahkan rasa kecewa dengan ahli parti yang bersikap talam dua muka dengan "mengampu" pemimpin untuk "hidup" walaupun tidak bersetuju dengan tindakan pemimpin berkenaan. 
 
"Kadang-kadang kita dikelilingi dengan penyokong-penyokong kita  yang beritahu kita 'Ok sir, things are so good, don't worry sir, everything is ok sir, yes sir...' (Semuanya baik, jangan bimbang, ya tuan," kata beliau. 
 
"Kita (sebagai pemimpin) mungkin tak rasa apa-apa tapi berbangga diri," kata Muhyiddin ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Pagoh pagi tadi di Kompleks Seri Pekembar.
 
"Saya tak kata nama sesiapa, tetapi mengandaikan seseorang pemimpin rasa begitu," katanya. 
 
Muhyiddin juga dalam pada itu mendakwa ada pemimpin Umno juga semakin sukar menerima teguran dan nasihat apabila berada lama di dalam parti.
 
"Yang itu saya katakan kepada PM, salahkah saya?," kata beliau kepada perwakilan Pagoh yang diketuai beliau. 
 
"Saya nak cerita yang ada kawan (ketika hadir) dalam satu majlis, sebelum majlis mengata macam macam pasal pemimpi. Dalam majlis (apabila) pemimpin bangun saja, pun dia kata tahniah 'Datuk Seri saya sokong'. Kemudian dia duduk balik. Saya tanya 'tadi cerita lain' kemudian dia jawab 'nak hidup'. 
 
"Maknanya manusia tidak ikhlas," katanya sambil menerima tepukan perwakilan yang hadir di majlis berkenaan.
 
Muhyiddin digugurkan sebagai timbalan perdana menteri dalam rombakan kabinet setelah beliau dilihat mengkritik kerajaan kerana dikatakan lembab menangani isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang dibeban hutang RM42 bilion. 
 
Selepas digugurkan Muhyiddin akur siasatan terhadap pengurusan kewangan 1MDB sudah pun diambil namun mahu hasil siasatan itu dimaklumkan segera.
 
 

No comments: