Sunday, August 9, 2015

Najib selar pemimpin Umno gagal pertahan dirinya selepas diserang

ANTARAPOS.COM


Post Pic

 
 
KUALA LUMPUR: Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak, menyelar sikap beberapa pemimpin Umno bahagian yang hanya berdiam diri apabila beliau diserang berhubung isu dana politik yang diterimanya.
 
Sebaliknya beliau menegaskan dana politik yang diterima itu adalah demi kepentingan parti dan pemimpin Umno turut 'merasai' wang berkenaan untuk diagihkan kepada kawasan masing-masing.
 
"Apa sahaja yang saya lakukan sebagai presiden Umno, walaupun saya menerima dana, ia adalah untuk parti.
 
"Saya telah membantu bahagian, termasuk menyediakan peruntukan bulan untuk menjalankan operasi mereka.
 
"Umno, di bawah kepimpinan saya, telah menjalankan pelbagai aktiviti tanggungjawab korporat (CSR), menghantar orang untuk menunaikan ibadah Haji dan membaiki rumah usang.
 
"Apa yang berlaku adalah mereka terus berdiam diri apabila mendapat wang tetapi apabila saya diserang, semua senyap," katanya semasa merasmikan mesyuarat Umno Bahagian Bandar Tun Razak hari ini.
 
Najib berkata beliau bukan pemimpin autokratik dan tidak perlu dikelilingi 'yes men'.
 
Malah, menurut Najib, beliau menghargai perbezaan pendapat kerana ia menyediakan prospektif berbeza terhadap sesuatu isu atau situasi.
 
"Kita boleh bertukar-tukar pendapat dan juga berhujah dalam mesyuarat tetapi apabila kepimpinan membuat keputusan, kita mesti berdiam diri di belakang parti. Kita mesti menunjukkan barisan yang kukuh," katanya.
 
 

No comments: