BEIJING, Waris penumpang warga China MH370 mendesak supaya mereka dibawa ke Pulau Reunion, di mana serpihan sayap ditemui.


Kebanyakan penumpang dalam pesawat berkenaan adalah warganegara China dan kira-kira 30 ahli keluarga berkumpul di luar bangunan pejabat berhampiran lapangan terbang utama Beijing dengan harapan untuk menemui pegawai dari Malaysia, namun tiada seorangpun yang hadir.

“Permintaan kami adalah untuk pergi ke Pulau Reunion dan melihat dengan mata sendiri,” kata Hu Xiufang, yang mempunyai tiga saudara, termasuk anak lelakinya di dalam pesawat itu.

“Semua ahli keluarga mangsa mahu ke sana.

“Malaysia adalah negara yang bertanggungjawab dan mereka perlu mendapatkan dokumen berkaitan,” katanya.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak berkata, serpihan sayap yang ditemui di pulau terpencil itu adalah milik pesawat MH370, walaupun penyiasat Perancis, hanya menyatakan bahawa terdapat kebarangkalian sangat tinggi serpihan itu dari Boeing 777.