Perhimpunan jalanan yang
kerap mensasarkan kawasan sekitar Jalan TAR menjejaskan operasi
perniagaan serta mata pencarian pihak-pihak terbabit. Foto fail TRP
KUALA LUMPUR, Perhimpunan jalanan yang kerap mensasarkan sekitar Jalan Tuanku Abdul
Rahman (TAR) di ibu negara menjejaskan pendapatan bukan saja gudang
perniagaan besar di situ, tetapi juga seniman dan pelukis jalanan.
Sudahlah rezeki mereka tidak menentu dan boleh diibaratkan kais pagi
makan pagi, kehadiran kumpulan peserta demontrasi jalanan – sekalipun
mendakwa menganjurkan program mengikut undang-undang – merencatkan
pendapatan mereka.
Perkara itu diakui penyelia makanan segera, Azizul Husin, 23, yang
mendakwa perhimpunan pada 1 Ogos lalu menyebabkan restoran tempat beliau
bekerja ditutup kira-kira sejam bermula jam 2 petang sehingga
menyebabkan kerugian lebih RM1,000 semalam.
“Mereka adakan demontrasi pada hujung minggu di mana ramai pelanggan
pada hari Sabtu dan Ahad.
Semalam kami dapat arahan dari pihak
pengurusan Sogo untuk menutup premis apabila sudah bermulanya
perhimpunan sejak tengahari semalam.
“Walaupun hanya sejam kami menutup premis, kami terpaksa menanggung
kerugian anggaran RM1,000,” kata ketika ditemui The Rakyat Post sambil
mengakui premis hanya dibuka pada jam 4 petang, apabila keadaan kembali
reda.
Malah kata Azizul, setiap kali perhimpunan biasanya, pihak pengurusan
akan meletakkan pengawal keselamatan sebagai langkah berjaga-jaga di
premis perniagaan di dalam bangunan Sogo berbanding 1 Ogos lalu, apabila
pengurusan mengarahkan semua premis di dalam bangunan itu ditutup.
Pemuzik buta, Abas Asahari, 55, yang bermain muzik berhampiran pusat
beli belah Sogo – lokasi perhimpunan #TangkapNajib, baru-baru ini,
meminta supaya perhimpunan tidak dibuat di tempat awam.
“Saya tidak setuju mereka buat demontrasi di sini. Saya tidak kisah
di mana mereka nak buat perhimpunan asalkan bukan di tempat awam. Saya
tidak tahu apa sebabnya mungkin mereka (berhimpun)? Mungkin tidak puas
hati kepada kerajaan.
“Sepatutnya ada saluran tertentu dan caranya, asalkan mereka tak
ganggu tempat awam,” katanya yang mengakui pendapatannya terjejas pada
hari perhimpunan berkenaan pada 1 Ogos lalu.
Perunding insurans, Mohd Badrun Mohd Arshad, 31, menegaskan, sebagai
kawasan strategik untuk perniagaan dan menjadi tumpuan warga kota,
perhimpunan di sekitar Jalan TAR mengganggu operasi peniaga pelbagai
peringkat.
Mohd Badrun meminta mereka yang tidak berpuas hati mengguna saluran sepatutnya tanpa mengganggu tempat awam
“Kita sebagai rakyat perlu mengunakan saluran yang betul. Jika ingin
mengadakan perhimpunan, lakukan di stadium. Saya rasa stadium sesuai.
“Kalau hendak protes, perlulah mengunakan hak mengundi bagi
melahirkan rasa tidak puas hati dan siapa pemimpin yang mereka mahu di
masa akan datang,” katanya.
Pengawal keselamatan, Johari Mad Salleh, 43, yang menjalankan
perniagaan mainan kanak-kanak berhampiran Sogo, sejak lima tahun lalu,
mengakui pada hari perhimpunan 1 Ogos lalu, beliau terpaksa menghentikan
perniagaannya sementara.
Berikutan itu, beliau sekadar mampu pulang dengan RM20 berbanding
hasil jualan purata antara RM150 dan RM200 sehari pada hari biasa.
Johari hanya mampu pulang dengan RM20 apabila perhimpunan #TangkapNajib menyebabkan beliau terpaksa menghentikan perniagaan
“Saya langsung tidak dapat berniaga apabila melihat mereka sudah mula
berkumpul dan buat bising. Kita ada undang-undang, tidak perlu
melanggar peraturan atau sehingga mengadakan perhimpunan jalanan. Kalau
mereka nak protes ikut saluran.
“Jika kerajaan benarkan di stadium panggillah pemberita dalam negara dan luar negara, tulis kisah perhimpunan mereka.
“Mereka suka pilih lokasi di sini kerana tumpuan orang ramai. Jika
buat protes, kena tangkap, yang merana ahli keluarga mereka juga,”
katanya sambil mengingatkan golongan muda di negara tidak mudah
terikut-ikut budaya meluahkan rasa tidak puas hati kepada kerajaan di
jalanan.
Pelukis jalanan Ahmad Shakirin Mohd Zain, 46, pula meminta kerajaan
memandang serius kegiatan perhimpunan jalanan selain mencadangkan
tindakan itu perlu dibendung pihak bertanggungjawab.
“Mereka bukan sahaja berhimpun tetapi mengotorkan jalan raya dan memberikan pandangan yang negatif kepada orang luar.
“Jika kita tidak puas hati, hendak guna hak bersuara memang tak guna
di sini kerana bukan kerajaan mendengar pun. Kalau hendak protes pun,
kenapa perlu mengamuk dan marah-marah? Ini tidak mendatangkan faedah
sebenarnya,” katanya yang sudah setahun mencari rezeki menerusi bakat
melukis potrait di hadapan Sogo.
Pada 1 Ogos lalu, seramai 37 orang disyaki menyertai perhimpunan #TangkapNajib ditahan untuk diambil keterangan.
RM1,000 sejam darap 10 jam = RM10,000 sehari
ReplyDeleteRM10,000 darap 365 hari (depa berniaga termasuk hari hujung minggu)= jumlah UNTUNG: RM3.65juta.
Jabatan hasil perlu cekap! SEGERA KUTIP CUKAI PENDAPATAN YANG MEREKA TAK BAYAR....RUGI NEGARA.
RM1,000 sejam darap 10 jam = RM10,000 sehari
ReplyDeleteRM10,000 darap 365 hari (depa berniaga termasuk hari hujung minggu)= jumlah UNTUNG: RM3.65juta.
Jabatan hasil perlu cekap! SEGERA KUTIP CUKAI PENDAPATAN YANG MEREKA TAK BAYAR....RUGI NEGARA.