JOHOR BAHRU,  Gerakan Harapan Baru (GHB) yakin bahawa pergerakan itu akan diterima baik di Johor berikutan sokongan pembangkang di mana pertubuhan itu akan dimasukkan sebagai sebahagian daripada perjanjian baru pakatan itu.


Pengerusi GHB, Mohamad Sabu berkata beliau gembira melihat peluang yang cerah buat GHB di negeri ini, walaupun Johor dikenali sebagai kubu kuat Umno dan Barisan Nasional (BN).

“Johor mempunyai potensi yang bagus bagi pakatan pembangkang dan GHB untuk menang dalam pilihan raya umum akan datang,” katanya yang juga bekas timbalan presiden PAS.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran GHB di Johor serta sambutan Hari Raya Aidilfitri di pusat rekreasi Taman Universiti di sini hari ini.

Mohamad, atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, menjelaskan bahawa Johor kini telah berubah cara pemikiran politik mereka dan ini terbukti dengan keadaan politik semasa di negara ini.

Beliau berkata generasi muda di Johor, terutama mereka yang bekerja di Singapura dan Kuala Lumpur, memerlukan perubahan.

Mohamad juga mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan DAP serta PKR di atas sokongan yang ditunjukan untuk GHB.

Antara tetamu lain yang turut hadir pada majlis itu ialah pemimpin kanan pergerakan iaitu Khalid Samad, Salahuddin Ayob, Dr Dzulkefly Ahmad, Suhaizan Kaiat dan juga Dr Siti Mariah Mahmud.

Bekas pemimpin kanan Pas yang turut menyertai gerakan itu termasuklah Aminolhuda Hassan, Dzulkefly Ahmad dan juga Onn Jaafar.

Pemimpin-pemimpin parti pembangkang negeri lain yang menyertai termasuk DAP iaitu Lim Kit Siang, Liew Chin Tong dan Dr Boo Cheng Hau. Timbalan Pengerusi PKR Johor, Jimmy Puah turut hadir.

Dalam ucapannya, Lim berkata, pihaknya mengalu-alukan serta berminat bagi memasukkan GHB sebahagian daripada politik baru di Malaysia.

“Kami akan menunggu sehingga GHB dibentuk secara rasmi menjadi sebuah parti politik baru tidak lama lagi, di mana Pakatan Rakyat yang baru akan muncul.

“Sama ada ianya dipanggil Pakatan Baru atau Pakatan Rakyat 2.0, kami akan membawa pembaharuan bagi Malaysia Baru,” katanya.

Lim yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berharap GHB dapat membantu pakatan pembangkang meneruskan matlamat mereka dalam mengambil alih Putrajaya serta Nusajaya Johor pada pilihan raya umum akan datang.

“Dengan kemasukan GHB, bersama-sama DAP dan PKR, terdapat keperluan untuk menjadikan Johor yang dikenali sebagai “negara mundur” kepada “barisan hadapan,” kata ahli politik veteran pembangkang itu.

Puah juga telah menyatakan sokongan PKR pada negeri itu di belakang pertubuhan itu.

“Kemasukan GHB di negeri ini pasti akan membuka jalan bagi satu gabungan politik baru untuk menggantikan Pakatan Rakyat,” ujarnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Batu berkata, rakyat di belakang GHB bukanlah muka baru seperti tidak PKR dan DAP yang telah bekerja bersama-sama dengan mereka dalam apabila mewakili PAS.

“Gerakan ini jelas merupakan suatu kesinambungan positif bagi pihak pembangkang untuk berjuang di Johor,” katanya kepada The Rakyat Post ketika ditemui pada majlis itu.