KUALA LUMPUR, Dua pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri.


Sumber memberitahu The Rakyat Post bahawa pertukaran itu dibuat berkuatkuasa serta merta hari ini.

Mereka yang terbabit ialah Pengarah Bahagian Operasi Khas Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik Datuk Rohaizad Yaakob.

Sumber itu bagaimanapun tidak mendedahkan sebab pemindahan itu dibuat namun beberapa portal berita melaporkan mereka dipindahkan kerana ‘isu disiplin’.

Beliau sebelum ini pernah bersumpah untuk memburu dalang yang terbabit dengan kes berprofil tinggi membabitkan bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), SRC International Sdn Bhd.

Datuk Bahri sebelum ini juga lantang menentang siasatan pihak polis terhadap suruhanjaya itu dan mendakwa tangkapan polis ke atas beberapa pegawainya sebelum ini mengganggu siasatan.