A. AZIM IDRIS
Pemindahan dua pengarah suruhanjaya itu ke Jabatan Perdana Menteri berkuatkuasa serta merta hari ini.
KUALA LUMPUR, Dua pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri.
Sumber memberitahu The Rakyat Post bahawa pertukaran itu dibuat berkuatkuasa serta merta hari ini.
Mereka yang terbabit ialah Pengarah
Bahagian Operasi Khas Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi
Strategik Datuk Rohaizad Yaakob.
Sumber itu bagaimanapun tidak mendedahkan
sebab pemindahan itu dibuat namun beberapa portal berita melaporkan
mereka dipindahkan kerana ‘isu disiplin’.
Beliau sebelum ini pernah bersumpah untuk
memburu dalang yang terbabit dengan kes berprofil tinggi membabitkan
bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), SRC
International Sdn Bhd.
Datuk Bahri sebelum ini juga lantang
menentang siasatan pihak polis terhadap suruhanjaya itu dan mendakwa
tangkapan polis ke atas beberapa pegawainya sebelum ini mengganggu
siasatan.
Ingin menambah sesuatu pada laporan ini? Sila maklumkan melalui komen di bawah.
No comments:
Post a Comment