Gambar hiasan
KUALA LUMPUR - BN perlu menjadi contoh dengan mendedahkan dahulu sumber
dana politik yang diterima sebelum meminta parti pembangkang berbuat
demikian.
Timbalan Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, untuk situasi
sekarang, lebih adil jika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
mendedahkan dahulu identiti penderma wang yang di dalam akaun
peribadinya itu.
"Kita tak ada masalah untuk isytihar. Bahkan setiap kali derma kita isytihar terus. Parti kita telus.
"Untuk lebih adil, perdana menteri juga kena beritahu sekarang siapa
penderma itu. Jadi, sebelum kita minta pembangkang. Kerajaan mesti
tunjuk contoh," katanya pada sidang media selepas mesyuarat bulanan
parti itu, semalam.
Sebelum ini Najib dilaporkan mencadangan agar diwujudkan semula
peraturan yang mengehendaki parti politik mendedahkan senarai sumber
dana politik yang diterima mereka.
Dalam pada itu, Tuan Ibrahim juga berharap Suruhanjaya Pilihan Raya
(SPR) dapat mendedahkan perbelanjaan sebenar setiap parti politik di
negara ini.
"Kita tengok setiap kali pilihan raya, BN berbelanja lebih daripada yang sepatutnya.
"Kita harap SPR mesti telus untuk membongkar dan mendedahkan berapa
perbelanjaan setiap parti politik dalam pilihan raya," katanya.
No comments:
Post a Comment