Oleh J Aslan
Ketika pembukaan mesyuarat Umno Lembah Pantai 2 Ogos lalu, setiausaha agung Umno Tengku Adnan Tengku Mansor dilaporkan berkata yang Umno menjadi lemah akibat ahli-ahlinya yang suka membuat fitnah.
“Umno
lemah hari ini, kenapa? Kerana ahli sendiri. Kita ada kira-kira 30
peratus ahli yang suka adu domba, buat finah dan terpengaruh dengan
cerita pembangkang. Inilah masalah Umno,” katanya seperti dipetik.
Tetapi
Tengku Adnan, kenyataan anda terlalu jauh dengan kebenaran. Tolong
jangan salahkan akar umbi Umno. Mereka sudah cukup menderita. Umno
lemah bukan kerana ahli yang suka memfitnah pemimpin. Umno lemah kerana
ramai dalam parti itu yang korup dan sudah tiada integriti dan
kebertanggungjawaban.
Dengan
menyalahkan ahli akar umbi ke atas krisis kepimpinan parti, Tengku
Adnan seolah-olah cuba mengelak perkara yang jelas kepada semua. Sama
seperti pemimpin Umno lain seperti Abdul Rahman Dahlan, Nazri Aziz dan
menteri yang baru dilantik Azalina Othman Said, Tengku Adnan memilih
untuk buat tak nampak gajah di depan mata.
Memang
perlu banyak keberanian untuk menghadapi dengan krisis secara berdepan
dan menanganinya. Kebenaran akan ditegakkan jua. Inilah apa yang
dilakukan bekas timbalan perdana menteri Muhyiddin Yassin. Sebagai
‘habuannya’, Muhyiddin disingkirkan daripada Kabinet dengan cara yang
bacul. Naib presiden Umno Shafie Apdal juga tersingkir atas sebab yang
sama.
Kedua-duanya mahu mengetahui
kebenaran di sebalik wang RM2.6 bilion, yang kini sudah sah disalurkan
ke dalam akaun peribadi perdana menteri.
Pemimpin
Umno patut meninggalkan retorik dan menegakkan kebenaran dan keadilan.
Dengan cara ini, mereka pasti akan lebih dihormati dan Umno akan lebih
kuat. Jadi Ku Nan, tolonglah berhenti menyalahkan akar umbi Umno di
atas krisis kepimpinan yang dihadapi.
Percubaan
untuk menyatakan yang wang itu disimpan bagi pihak Umno juga tidak
memadai. Wang yang disimpan atas amanah perlu mematuhi Akta Pemegang
Amanah 1949. Adakah ia dilakukan dengan persetujuan Majlis Tertinggi?
Jika ya, mengapa Muhyiddin yang masih merupakan timbalan presiden Umno
tidak tahu? Mengapa Shafie Apdal tidak tahu?
Pemimpin
Umno juga sering berubah nada dalam skandal RM2.6 bilion ini. Kini
dikatakan pula bahawa wang tersebut adalah “derma” politik, daripada
penyokong Umno. Tetapi mengapa tidak beritahu begitu dari awal?
Tolonglah
Ku Nan. Bijak pandai ada berkata, apabila anda tidak dapat pertahankan
apa yang memang tidak dapat dipertahankan, berkatalah benar walaupun
sukar. Jadi Ku Nan, tidak perlulah beri syarahan bodoh anda kepada akar
umbi Umno.
Akhir sekali, tolong
juga ingat bahawa Umno ini dilihat sebagai benteng kepada sistem
politik negara. Barisan Nasional juga diselubungi ketidaktentuan akibat
krisis kepimpinan Umno.
Inilah
masanya untuk pemimpin Umno dan BN mula bercakap secara rasional dan
mengambil jalan sederhana. Walaupun seakan sudah lambat. Inilah masa
terbaik bagi Umno untuk membetulkan kesalahan, seterusnya menjadi lebih
baik dan kuat.
Berbanding menafikan
apa yang benar, mengakulah kesalahan anda. Angkat pemimpin baru yang
bertanggungjawab dan jujur. Satukan semua rakyat Malaysia tanpa mengira
kaum dan agama, dan pulihkan semula ekonomi negara.- See more at: http://bm.theantdaily.comf
No comments:
Post a Comment