Sebuah kereta remuk selepas merempuh sebuah treler di
KM367 Lebuhraya Utara Selatan di Bidor, awal pagi Rabu. Foto twitter
Jabatan Bomba dan Penyelamat @bombaJBPM
IPOH:
Seorang wanita maut apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) yang
dipandunya merempuh belakang sebuah treler di Km367 Lebuhraya Utara
Selatan (PLUS) di Bidor, awal pagi Rabu.
Mangsa, Wan Markiyah Wan Hamid, 35, meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian.
Dalam
kejadian pukul 2 pagi itu, seorang lelaki dan lima kanak-kanak yang
turut menaiki kenderaan yang sama mengalami kecederaan.
Seorang
jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, orang ramai membawa
kesemua mangsa yang cedera ke Hospital Slim River sebelum pasukan
penyelamat tiba di tempat kejadian.
"Kita telah mengeluarkan mayat daripada kenderaan itu.
"Mayat wanita itu kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.
Ketika kejadian, kedua-dua kenderaan sedang menuju ke arah selatan di lebuh raya itu.
No comments:
Post a Comment