Ahad, 31 Ogos 2014

Malaysia Airlines MAS Buang 6,000 Pekerja (30%), Selepas Rugi RM3 Juta Sehari! Senarai Laluan Penerbangan Yang Dibuang?






kakitangan mas


Malaysia Airlines MAS Buang 6,000 Pekerja (30%), Selepas Rugi RM3 Juta Sehari!  : Sah! Itu perkataan yang sesuai untuk sebilangan besar kalangan kakitangan Malaysia Airlines (MAS) kena buang kerja dek kerana masalah Malaysia Airlines yang dilihat cukup meruncing jika tidak diselamatkan daripada sekarang. Masakan tidak….

Masakan tidak, MAS dihimpit dengan sejumlah RM3 juta kerugian setiap hari. Sekarang ini, yang banyak bagi keuntungan kepada Malaysia Airlines (MAS) adalah penerbangan tempatan.

Tetapi sayangnya, penerbangan domestik ini jugalah yang selalu diabaikan Malaysia Airlines (MAS). Diharapkan pelan pemulihan MAS baru 2014-2017 selepas ini akan memberikan impak yang lebih baik daripada sebelum ini. Dunia penerbangan hari ini cukup kejam, jikalau anda terlalu lambat untuk berubah, anda akan terus dipinggirkan…

Malaysia Airlines (MAS) : Pelan Pemulihan MAS baru 2014-2017

 

  • pekerja masOrganisasi baru atau Newco akan ditubuhkan menggantikan yang lama
  • Sejumlah 30% daripada jumlah saiz kakitangan MAS bersamaan 6,000 kakitangan Malaysia Airlines (MAS) kena buang kerja yang akhirnya syarikat MAS yang memiliki 20,000 pekerja sebelum ini akan berkurang menjadi 14,000 pekerja.
  • ibu pejabat dan operasi utama berpindah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
  • Suntik RM6 bilion dana merangkumi pembiayaan pembelian baki saham dan program penstrukturan dalam tempoh yang ditetapkan dengan kawalan ketat.
Dan dijangka syarikat Malaysia Airlines (MAS) akan untung semula selepas 3 tahun daripada sekarang, dijangka tahun 2017. Harap-harap menjadi kenyataan. Insyaallah. Amin.

Sebenarnya daripada dahulu lagi, Berita Semasa agak sangsi mengapa dan kenapa HR/Admin MAS berada di Subang. Akhirnya terdapat beberapa urusan dalaman Malaysia Airlines termasuklah untuk urusan “resign dahulu“, kalangan kakitangan MAS terpaksa berulang alik KLIA – Subang. Ambil borang di sana, pulangkan uniform di sini. Alhamdulillah walaupun agak lambat bertindak, akhirnya selepas Malaysia Airlines mencatat kerugian mencecah berbilion ringgit, akhir pihak pengurusan tertinggi MAS nampak masalah ini walau

Baca Sini : MAS Rugi Lagi RM1.174 Bilion. Pakar Bongkar Puncanya!
 
Walaubagaimanapun, sekarang ini sudah zaman IT, semua urusan banyak menggunapakai online dan “less paper”. Jadi kita semua dapat bayangkan di sini department mana yang paling ramai akan dikenakan VSS. Mungkin?

Pelan Pemulihan Malaysia Airlines MAS : Cadangan Berita Semasa?

 

Bagi Berita Semasa sendiri, Malaysia Airlines mesti buat sepertimana macam syarikat penerbangan yang baru buka.

Malaysia Airlines MAS
  1. Lebih banyak menggunakan agen berbanding melantik pengurus ke sana dan kesini, mesti “support the whole family duduk di oversea” contohnya
  2. Lakukan seperti mana yang dilakukan oleh AAX sekarang ini, operasi masih lagi dilihat bergerak dengan lancar walaupun tiada pengurus stesen ke sana kesini. Sebenarnya agen dilihat hasil kerja mereka lebih baik dek kerana mereka hanyalah kontrak, andaikata tidak mencapai KPI syarikat boleh terminate tukar dengan yang lain
  3. Satu lagi, pengangkutan untuk krew Malaysia Airlines MAS pun banyak menggunakan perbelanjaan. Jikalau kree Malaysia Airlines (MAS) boleh menggunakan pengangkutan sendiri, sudah boleh menjimatkan ratusan ribu sebulan. Tidak perlu van, gajikan pemandu, penyelenggaraan, minyak, servis semua itu
  4. Check in sekarang sudah menggunakan kiosk. Mungkin selepas ini luggange akan diberikan kepada pelanggan mereka sendiri untuk tag dan letak di conveyer. Ini bermakna “groundstaff” untuk bahagian tersebut juga boleh dikurangkan? Mungkin?
  5. Berita Semasa cadangkan Malaysia Airlines tawarkan latihan intensif yang boleh dijadikan aser kepada kabin krew kepada krew syarikat penerbangan komersil lain bagi mempelbagaikan sumber pendapatan Malaysia Airlines MAS. Ini kerana berdasarkan rekod, kabin krew Malaysia Airlines yang berpengalaman senang dapat kerja di syarikat penerbangan lain.
  6. Ditambah pula, dahulu semasa Malaysia Airlines terlebih krew, mereka sampai buat secondment dengan Qatar Airways. Kontrak selama 2 tahun untuk setiapnya. Habis sahaja kontrak, mereka balik KL. Akhirnya berbulan-berbulan menganggur dek kerana MAS tidak panggil untuk terbang. Akhirnya, kalangan mereka terpaksa letak jawatan dan terus menyertai Qatar Airways terus. Yang menariknya Qatar Airways tetap berlapang dada untuk menerima krew Malaysia Airlines.
Tindakan yang sangat drastik namun jikalau ianya difikirkan terbaik, maka kita harus terima hakikat tersebut. Ya….memang ramai yang akan hilang pendapatan tetapi dalam keadaan yang menghimpit sebegini, terpaksalah menerima seadanya. Sebab itu, kita selalu diingatkan dengan kata-kata :
“Beringat-ingatlah apabila kita dalam senang”
Kepada pekerja MAS, jangan bersedih dan putus asa. Berita Semasa percaya dengan kebolehan anda semua dan pasti akan dapat pekerjaan yang bagus selepas ini.

Kabin Krew MAS


Ini kerana teknikal krew Malaysia Airlines MAS contohnya adalah berada pada prestasi terbaik berdasarkan pengalaman dan kemahiran yang dimiliki mereka selama ini. Rezeki terbuka di airline lain.. Insyaallah.

Banyak syarikat airlines di negara lain yang sedia menawarkan pekerjaan untuk kepakaran anda! Sebelum bulan puasa baru-baru ini, Berita Semasa difahamkan yang mana ramai juga kakitangan teknikal Malaysia Airlines yang menyertai Qatar Airways dan Emirates dengan gaji yang lebih lumayan.

Pelan Pemulihan Malaysia Airlines MAS : Senarai Laluan Penerbangan Yang Dibuang?

 

Berapa banyak agaknya, laluan penerbangan Malaysia Airlines MAS akan dibuang agaknya. Setakat ini, Berita Semasa dimaklumkan yang mana :
  1. KUL-LAX-KUL sudah tiada : Penerbangan yang terakhir ke Los Angeles adalah pada 30 April 2014 yang lalu. Siapa yang biasa pergi US pasti menggunakan pesawat MH92/MH93. Sekarang hanya tinggal kenangan.
  2. KUALA LUMPUR – ISTANBUL : Selalunya 4 bulan sahaja penuh, waktu musim orang melancong, lagi 8 bulan ada masalah untuk mendapat penumpang yang konsisten MAS terbang seminggu sekali. Susah utnuk mendapatkan penumpang jikalau hanya terbang seminggu sekali dan dilihat tidak mampu bersaing dengan Emirates yang terbang ke Malaysia 4 kali sehari.
  3. KUALA LUMPUR – FRANKFURT : Dijangka turut bakal dibuang. MAS cuma terbang ke Paris, London dan dan Amsterdam sahajalah di Europe. Mungkin?
P/S : Good for mas too good to the nation. Sudah terlalu banyak “bail out” duit cukai rakyat. Resize man power is a common action to restructure broken company.

PP/S : Syarikat ini sebenarnya seperti manusia juga. Manusia perlu kurangkan lemak untuk menjadi lebih sihat. Syarikat pula mengurangkan kos untuk mendapat untung.


Nicol Rangkul Juara Ke-9 Terbuka Hong Kong

MSTAR ONLINE


 
 
 
KUALA LUMPUR: Ratu skuasy negara Datuk Nicol Ann David menebus kekecewaan pada Terbuka Malaysia 2014 minggu lepas apabila merangkul gelaran Terbuka Hong Kong untuk kali kesembilan pada Ahad.

Pada final di Hong Kong Park Sports Centre, Nicol, 31, membuktikan bahawa usia tidak menghalang beliau daripada menampilkan persembahan bertenaga apabila menjinakkan pemain berusia 21 tahun dari Mesir, Nour El Tayeb, dengan 11-4,12-10 dan 11-8 dalam masa 39 minit.

Nicol, selaku pemain nombor satu dunia, berjaya mengekalkan gelaran TerbukaHong Kong sejak 2006.

Pada Terbuka Malaysia 2014, Nicol gagal mara ke final selepas kalah mengejut kepada pemain nombor tiga dunia, Raneem El Weleily dari Mesir pada saingan separuh akhir.

Sementara itu, dalam kategori lelaki, juara Terbuka Malaysia minggu lepas, Mohamed El Sorbagy dari Mesir merangkul gelaran kedua musim ini selepas mengalahkan pemain Perancis, Gregory Gaultier 11-9, 11-2, 4-11, 8-11 dan 11-4.

Kumpulan Utusan Rugi Lebih RM11 Juta Untuk Suku Kedua 2014

KELAB GREENBOC





Utusan Melayu (Malaysia) Sdn Bhd telah mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM11.05 juta pada suku kedua yang berakhir pada 30 Jun, berbanding keuntungan bersih sebanyak RM1.92 juta tahun yang lalu, demikian lapor The Star.

Laporan itu menyatakan bahawa pendapatan dari syarikat penerbitan yang dikuasai Umno itu lebih rendah pada RM74.4 juta daripada RM96.1 juta pada tahun lepas.

Kerugian bersih untuk setengah tahun bagi Utusan Melayu meningkat kepada RM30.9 juta daripada RM6.9 juta tahun lepas manakala perolehan jatuh dari RM172.1 juta pada tahun 2013 kepada RM139.9 juta tahun ini.

Syarikat itu menyatakan bahawa pendapatan bagi penerbitan, pengedaran dan segemn pengiklanan jatuh sebanyak 22.5 peratus daripada RM20.6 juta - yang membawa kerugian sebelum cukai yang lebih tinggi sebanyak RM23.6 juta berbanding kerugian sebelum cukai sebanyak RM11.6 juta pada tahun lepas .

Syarikat itu juga merupakan penerbit akhbar-akhbar berbahasa Melayu termasuklah Utusan Malaysia dan Kosmo, Mingguan Malaysia, Kosmo Ahad, sebuah mingguan bertulisan Jawi dan majalah Wanita, Mastika, Hijab Fesyen, Ibu dan Anak, Insta, Saji, Infiniti, Harmoni, Al -Islam dan URTV.

Ia memberitahu Bursa Malaysia bahawa ia menjangkakan separuh kedua tahun ini akan kekal mencabar memandangkan persaingan yang semakin meningkat bahagian pasaran hasil pengiklanan.

"Bagaimanapun, kami akan terus dengan strategi pembaikan kandungan akhbar dan menawarkan pakej kreatif untuk iklan. "Kami juga akan terus mengamalkan strategi menjimatkan kos berhemat dalam operasi perniagaan kami," kata Utusan Melayu dalam satu kenyataan.

Strategi termasuk pembekuan pengambilan kakitangan baru dan juga "pemantauan secara agresif" terhadap kos pentadbiran, pengeluaran dan kakitangan.

Apa sewajarnya berlaku di dalam krisis MB Selangor ini

Oleh Aziz Bari


Saya yakin krisis Menteri Besar Selangor yang berlanjutan sehingga ke hari ini tidak akan berlaku sekiranya pihak-pihak yang terbabit – termasuk pihak Istana, ahli politik dan media – menurut langkah, iaitu undang-undang yang termaktub di dalam peruntukan serta semangat Perlembagaan.
Kita perlu ingat bahawa peruntukan ini menggunapakai konvensyen perlembagaan Westminter kerajaan British. Kerana itulah Suruhanjaya Reid memberitahu kita agar melihat kepada amalan berkurun lama di negara itu di dalam laporannya, yang dilampirkan bersama-sama deraf akhir Perlembagaan Persekutuan pada 1957.

Mari kita mulakan dengan meninjau undang-undang bagi perkara ini. Tetapi sebelum itu, kita perlu sedar bahawa Perlembagaan tidak wajar difahami secara harfiah (literal); ia perlu dibaca di dalam kerangka di mana demokrasi dan kedaulatan undang-undang diamalkan. Seperti juga terma berkenaan budi bicara Sultan melantik menteri besar – atau Yang di-Pertuan Agong dan Yang di-Pertua Negeri di negeri-negeri tanpa Raja – tidak boleh dianggap kebebasan melakukan apa sahaja. Sebetulnya, Sultan hanya memiliki budi bicara sebenar jika sidang dewan undangan negeri (DUN) tidak pasti siapa calon bagi jawatan tersebut; sesuatu  yang digelar ‘parlimen tergantung’. Dalam keadaan itu, DYMM Sultan boleh memohon nama-nama atau bercakap dengan ahli dewan undangan negeri (ADUN) secara langsung. Dan jika baginda masih belum pasti, Sultan boleh membubarkan Sidang DUN bagi memberi laluan kepada pilihanraya; untuk memberi rakyat peluang memilih kerajaan yang stabil bagi membantu baginda.

Di zaman moden ini, parti-parti politik selalunya telah memilih calon yang mereka mahukan bagi menerajui kerajaan. Inilah antara sebab perlantikan bagi seorang Perdana Menteri tidak lagi menjadi satu isu; ia telah menjadi amalan kebiasaan dan ketua negara (atau Raja) hanya menerajui majlis rasmi bagi menghulurkan watikah perlantikan kepada pemimpin yang dipilih parti majoriti di Sidang DUN atau Parlimen. Dalam kata lain, ketua kerajaan hanya perlu menurunkan tandatangan di watikah perlantikan. Inilah intipati kerajaan berkabinet di bawah sistem Westminster di mana Perdana Menteri dan kabinet perlu menjawab kepada Parlimen dan bukannya pihak istana.

Inilah juga penjelasan undang-undang di sebalik peralihan kuasa daripada Tunku Abdul Rahman kepada Tun Abdul Razak Hussein selepas Tragedi 13 Mei. Perkara yang sama berlaku ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih daripada Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2003. Satu lagi majlis sepertinya berlaku apabila Datuk Seri Mohd Najib Razak menggantikan Abdullah pada 2009. Awal tahun ini, kita saksikan Tan Sri Taib Mahmud berundur diri, lantas memberi laluan kepada Tan Sri Adenan Satem menjadi Ketua Menteri Sarawak. Dalam situasi tersebut, ketua negeri sendiri sanggup memberi kedudukan dan jawatannya kepada Taib! Kejadian yang serupa terjadi beberapa bulan lalu di Terengganu apabila Sultan memberi watikah perlantikan kepada Menteri Besar baharu Datuk Ahmad Razif, tiga jam selepas Umno memutuskan Datuk Seri Ahmad Said perlu berundur daripada jawatan itu.

Apa yang terjadi di Selangor seharusnya sama: parti majoriti di Sidang DUN mahu menukar peneraju pentadbiran kerajaan negeri. Alasannya jelas: Menteri Besar yang ada, Tan Sri Khalid Ibrahim bertindak mengabaikan manifesto Pakatan Rakyat yang telah diberi kepada warga Selangor dan melakukan beberapa perkara mengikut kemahuannya sendiri.

Maka DYMM Sultan Selangor, sewajarnya berbincang dengan parti yang diwakili Khalid, PKR dan bukannya meminta MB itu terus menjalankan tugas pada 11 Ogos lalu. Tambahan pula, Khalid telah disingkir PKR dua hari sebelum itu. Tetapi DYMM Sultan Selangor melakukan sebaliknya: selepas meminta Khalid kekal menjalankan amanah mentadbir kerajaan, baginda menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengadap. Kerana kedudukan Sultan di atas politik mengikut sistem Raja Berperlembagaan, tindakan tersebut agak tersasar. Pihak Istana harus dilihat berkecuali serta tidak menyebelahi mana-mana pihak di dalam hal ini.

Kemudian pada 25 Ogos, Anwar memberitahu partinya masih menunggu perkenan untuk mengadap DYMM Sultan Selangor. Ia mengejutkan kerana pada 14 Ogos, Dr Wan Azizah Wan Ismail telah menampilkan bukti melalui perakuan bersumpah bahawa 30 daripada 56 Ahli DUN menyokong beliau. Perakuan bersumpah itu menjadikan presiden PKR sebagai peneraju yang sah di dalam kerajaan Selangor. Perlu dijelaskan bahawa Perakuan Bersumpah tersebut telah (i) menggantikan budi bicara Sultan bagi melantik Menteri Besar, (ii) menjadikan kedudukan Khalid sebagai MB tidak sah dan (iii) mengenepikan sebarang langkah membubarkan Sidang DUN Selangor. Tindakan pembubaran DUN bertentangan dengan Perlembagaan dan juga amalan demokrasi.

Namun, kita wajar melihat apa yang terjadi di United Kingdom sendiri di dalam menilai amalan undang-undang di Malaysia. Pada 1990, Ratu Elizabeth II tidak berbuat apa-apa apabila Perdana Menteri Margaret Thatcher disingkir Parti Konservatifnya. Peralihan kuasa tidak berjalan lancar dan krisis itu menyebabkan pertembungan kuasa di dalam parti. Akhirnya John Major, seorang menteri di dalam kabinet Thatcher, diisytihar pemenang. Major mendapatkan watikah perlantikan daripada Istana Buckingham bagi menerajui kerajaan Konservatif yang baru.

Istana Selangor wajar membenarkan Dr Wan Azizah Wan Ismail melakukan perkara yang sama. Beliau telah menanti terlalu lama dan warga Selangor berhak melihat pentadbiran kerajaan negeri pulih seperti sediakala.

Khalid arah siasat dua pengguna Twitter

SINAR HARIAN

Khalid arah siasat dua pengguna Twitter
 
 
 
KUALA LUMPUR - Dua pengguna laman sosial Twitter dikesan mengeluarkan kenyataan biadap terhadap polis, seorang daripadanya menggelar Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sebagai 'anjing Barisan Nasional'.
  
Sehubungan itu, Khalid mengarahkan Pusat Tindak Balas Siasatan Siber Polis (PCIRC) Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya mengenal pasti individu tidak bertanggungjawab di sebalik dua akaun Twitter berkenaan untuk dikenakan tindakan.
  
"PCIRC@PDRMsia sila ambil tindakan terhadap orang biadap ini yang menggelar IGP 'Anjing BN'," kata Khalid dalam catatan di laman Twitternya hari ini.
  
Akaun yang menghina Khalid itu menggunakan akaun Twitter Nasrul Omar.
  
Pada satu lagi akaun Twitter atas nama Viktor Wong, tertera mesej mencemuh berikut: "Bastardization of @PDRMsia. Thanks to the ruthless@KBAB51. Henrich Himmler of Malaysia".
  
Merujuk kepada akaun Twitter kedua itu, Khalid berkata: "PCIRC@PDRMsia, juga kesan seorang lagi yang biadap ini untuk diambil tindakan."
  
Heinrich Himmler merupakan antara individu paling digeruni di bawah pemerintahan Nazi di Jerman. - Bernama

Isu MB: Amaran buat pelobi Adun Pas

SINAR HARIAN


Mohd Khairuddin Othman Mohd Khairuddin Othman
 
 
 
SHAH ALAM - Pas Selangor mengesahkan masih ada usaha untuk memancing Adun-Adunnya di negeri itu untuk menandatangani Akuan Bersumpah (Statutory Declaration) bagi menyatakan sokongan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar yang baharu.

Setiausahanya, Mohd Khairuddin Othman berkata, pihaknya telah mempunyai maklumat lengkap dalang yang terlibat dan tidak teragak-agak mendedahkannya jika usaha itu tidak dihentikan.

"Kita tahu ada lagi usaha untuk memancing Adun kita (Pas) di Selangor.

"Kita ada maklumat lengkap siapa yang terlibat dan kita akan dedahkan nama pelobi ini jika permainan ini tidak dihentikan segera," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pihaknya juga menjangka akan lebih banyak aduan dan usul akan dibuat terhadap dua Adun Pas, Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) berhubung tindakan mereka membelakangi keputusan parti.

"Pas Selangor menjangka banyak lagi aduan dan usul akan di buat dan dihantar ke Jawatankuasa Disiplin mengenai tindakan yang tidak berdisplin dua Adun kita di Selangor," katanya.

Hari ini, Dewan Ulama Pas Selangor sebulat suara meluluskan usul mengutuk dan mengecam tindakan dua Adun Pas tersebut.

Nasib kedua-duanya diserahkan kepada Pas Pusat untuk tindakan selanjutnya.

'Jawatan pemimpin usah diminta'


Oleh Zamanuddin Jusoh


Antara tuntutan utama dalam agama adalah menunaikan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada kita dan pengabaian terhadap tuntutan itu akan memberi implikasi besar. Penyebab utama kepada kerosakan umat akibat pengabaian manusia terhadap amanah khususnya amanah kepemimpinan.

Kepemimpinan amanah yang amat penting kerana ia berkait dengan urusan sesama manusia. Di sinilah bermulanya proses ujian terhadap mereka yang diamanahkan sebagai pemimpin sama ada terus berada pada landasan agama atau sebaliknya.

Amanah ini menitikberatkan urusan perintah dan larangan Allah SWT serta sejauh manakah komitmen seorang pemimpin terhadap amanah itu. Kita akan dapat menilai sesebuah kepemimpinan melalui timbangan neraca Allah SWT bagi memastikan keberkatan sesebuah kepimpinan. Jujur atau ikut nafsu

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Acuan Allah SWT dan siapakah yang lebih baik daripada acuan Allah? Dan kepada-Nyalah kami menyembah." (Surah al-Baqarah, ayat 138) Oleh itu, apabila kepemimpinan jauh daripada hidayah Allah SWT, maka akan terlihat kepincangan dan terserlah wajah sebenar seseorang sama ada mereka benar-benar jujur atau sekadar memenuhi tuntutan nafsu semata-mata.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Sesiapa yang menyimpang daripada jalan-Ku, dia akan menghadapi kehidupan yang pincang dan sempit. Maka Kami akan mengumpulkan mereka pada hari kiamat dalam keadaan buta. Dia berkata: Ya Tuhanku, mengapa Engkau kumpulkan kami dalam keadaan buta, padahal aku dulu (di dunia) dapat melihat. Allah berfirman: Demikianlah kamu dilupakan sebagaimana kamu telah melupakan ayat-ayat Kami dahulu." (Surah Tahaa, ayat 124-126)

Ulama berbeza pendapat mengenai maksud buta dalam ayat di atas, apakah buta hati atau buta mata? Pendapat terbanyak adalah buta penglihatan sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud :
"Barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk. Dan barang siapa yang Dia sesatkan, maka sekali-kali dia tidak akan mendapat penolong bagi mereka selain dari Dia. Kami akan mengumpulkan mereka pada hari kiamat (diseret) atas muka mereka dalam keadaan buta, bisu dan tuli." (Surah al-lsraa, ayat 97)

Kepemimpinan adalah suatu amanah yang besar serta menjadi kewajipan untuk melaksanakannya. Baginda SAW mengingatkan sahabat untuk menjauhi sesuatu jawatan pada tampuk pemerintahan kerana bebanan besar yang akan ditanggungnya pada hari kiamat.

Baginda SAW pernah menasihati Abu Zarr yang memohon jawatan: "Wahai Abu zarr, engkau tidak mampu sedangkan jawatan adalah amanah. Ia adalah penghinaan dan penyesalan di hari kiamat melainkan mereka yang menguruskannya dengan cara yang betul." (Riwayat Muslim)
Simbol cinta dunia

Ini menjelaskan beratnya tanggungjawab sesuatu jawatan yang disandang sedangkan manusia beranggapan ia satu penghormatan dan peluang keemasan. Realitinya, percaturan untuk menjadi pemimpin adalah simbol cinta dunia yang keterlaluan.

Masing-masing ghairah dan bercita-cita kepada habuan serta imbuhan yang akan diperoleh. Pihak yang sedia berada di persada kepemimpinan pula sedaya upaya mempertahankan kedudukan kerana terlalu sayangkan keistimewaan dikecapi tanpa memikirkan risiko berhadapan Allah SWT di hari kemudian.

Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya kalian nanti akan sangat bercita-cita menjadi pemimpin, padahal kelak di hari kiamat ia akan menjadi penyesalan." (Riwayat Bukhari)

Sejarah membuktikan Baginda SAW tidak pernah melayan permintaan sahabat terhadap sesuatu jawatan. Justeru, sebaik-baik pemimpin adalah mereka yang diminta untuk menguruskan urusan masyarakat bukannya mereka yang menawarkan dirinya untuk menjadi pemimpin.

Baginda juga pernah menasihati dua sahabat melalui satu riwayat seorang sahabat berkata: "Aku dan dua orang lelaki dari kaumku telah masuk kepada Nabi SAW. Salah seorang daripada dua lelaki berkenaan berkata: Lantiklah kami menjadi ketua wahai Rasulullah. Seorang lagi juga berkata demikian. Lalu baginda bersabda: Sesungguhnya kami tidak melantik dalam urusan ini sesiapa yang memintanya atau bercita-cita untuk mendapatkannya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Larangan minta jawatan

Jelas bahawa mereka yang meminta jawatan tidak akan mendapat pertolongan manusia dan bantuan daripada Allah SWT kecuali mereka yang diminta untuk memimpin. Jaminan ini telah digambarkan oleh Baginda SAW.

Baginda SAW menasihati sahabatnya, Abd Rahman Samurah: "Wahai Abd Rahman, jangan engkau meminta jawatan pemimpin. Sesungguhnya jika engkau diberikannya dengan permintaan maka engkau akan ditinggalkan dan tidak akan dibantu dan jika engkau diberikannya tanpa permintaan maka engkau akan dibantu dan mendapat pertolongan."

Allah SWT memberi tanggungjawab yang berat kepada pemimpin sebagai satu amanah bagi membawa golongan yang dipimpin mencapai kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Semakin tinggi jawatan kepemimpinan yang disandang, semakin banyaklah tanggungjawab mesti dilunaskan.

Hanya keimanan menjadi penyelamat dan mereka yang beriman saja dijanjikan sebagai pewaris kepada kekuasaan di atas muka bumi. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Allah SWT menjanjikan kepada orang yang beriman dan beramal salih di kalangan kamu, bahawa Dia akan menjadikan mereka sebagai khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, seperti mana Dia telah menjadikan orang sebelum mereka selaku khalifah yang berkuasa." (Surah an-Nur, ayat 55)
Syarat raih keberkatan

Inilah syarat utama yang diletakkan oleh Allah SWT untuk memegang tampuk pemerintahan bagi meraih keberkatan daripada Allah SWT. Kefahaman terhadap kehendak agama dan rakyat adalah antara syarat kepemimpinan yang baik sekali gus melengkapkan mereka sebagai pemimpin sebenar.

Mereka mestilah berusaha menunaikan tanggungjawab manakala rakyat pula mesti taat dan bekerjasama menjayakan sebarang usaha bagi meningkatkan kesejahteraan dalam kehidupan serta kecemerlangan di masa hadapan.

Imam al-Ghazali juga menegaskan: "Kekuasaan dan agama adalah anak kembar. Agama adalah dasar dan kekuasaan adalah penjaga." (Ihya Ulumuddin)

Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa melantik seseorang sebagai pemimpin atau pegawai di dalam sebuah kumpulan sedangkan masih ada di kalangan mereka orang yang lebih layak, orang yang lebih disukai Allah SWT daripadanya maka sesungguhnya dia telah mengkhianati Allah SWT dan Rasul-Nya dan mengkhianati orang yang beriman."

Bekas TPM: “Negara perlukan MB seperti Abdul Khalid”

SELANGOR KINI


SHAH ALAM : Mantan Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam kecewa dengan krisis dalaman PKR melibatkan jawatan Menteri Besar Selangor dan menganggapnya sebagai faktor menghancurkan kepercayaan rakyat.

Musa berkata, Pakatan Rakyat sepatutnya menjadi kuat dan tersusun untuk menjadi pencabar Barisan Nasional (BN).

musa-hitam1-290713_484_322_100“Saya mahu melihat pembangkang di mana mereka kuat dan tersusun untuk menjadi pencabar kepada Barisan Naisonal,” katanya dipetik The Malaysian Insider.

“PKR mentadbir Selangor yang merupakan negeri terkaya dan paling sukar untuk ditadbir di Malaysia, ia ujian kepada pembangkang.

“Saya secara peribadinya kecewa dengan apa yang berlaku,” katanya.
Kemelut antara Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan PKR masih lagi tergantung sehingga kini walaupun Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang itu sudah dipecat daripada parti.

Musa yang juga bekas menteri dalam negeri menjangkakan PR bakal berdepan laluan sukar dalam pilihan raya umum akan datang walaupun berjaya menawan Selangor semula.

“Keseluruhan episod tidak berjalan dengan baik kepada pembangkang, khususnya PKR. Ia akan menjadi cabaran sukar kepada Pakatan untuk bekerjasama sekarang.

“PAS, DAP dan PKR bukan saja perlu merapatkan kerjasama, dengan apa yang berlaku mereka perlu bersiap sedia hadapi pilihan raya,” katanya.

Namun, Musa mengakui meskipun keadaan ketika ini tidak memihak kepada PR, masih mustahil bagi Umno dan BN menawan negeri yang paling kaya tersebut jika pilihan raya negeri diadakan semula.

Perhimpunan bulanan Kerajaan ogos 2014 MB (11)“Wujud sentimen ABU (Asalkan Bukan Umno) yang kuat di Selangor yang membantu PR menang walaupun pelbagai usaha dibuat,” katanya.

Musa berkata, beliau yakin kemelut di Selangor tidak akan memecahbelahkan PR walaupun isyarat menunjukkan PAS mempunyai banyak perbezaan dengan DAP dan PKR dalam isu menteri besar Selangor.

PAS mempertikaikan kesesuaian Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor malah mahu dua nama dihantar kepada DYMM Sultan Selangor untuk dipertimbangkan.

“Saya jangka parti dalam PR akan capai kesepakatan dalam memilih calon kompromi bagi jawatan tersebut,” katanya.

Musa berkata, Sultan Selangor juga mempunyai tanggungjawab untuk memiliki pandangan dan pendapatnya mengenai calon yang sesuai untuk menerajui pentadbiran negeri.

Mengenai tindakan PAS yang enggan menerima calon wanita, Musa berkata parti Islam itu berada dalam dilema kerana mereka tidak boleh secara terbuka mengatakan menolak calon wanita, ia menjelaskan punca pemimpin PAS mempunyai pandangan berbeza.

“Parti perlu mengambil perhatian isu ini dengan teliti kerana mempunyai ahli yang  berfikiran moden atau Erdogan dan juga ahli yang konservatif,” katanya merujuk kepada golongan profesional dalam PAS.

MB airKatanya, kesalahan Abdul Khalid sehingga ditendang partinya sendiri adalah kerana kurang arif dalam berpolitik walaupun sudah dua penggal dipilih sebagai menteri besar Selangor.

“Pemimpin PKR kata Abdul Khalid tidak merujuk mereka terlebih dulu dalam perkara membabitkan perjanjian dan menandatangani sesuatu bagi pihak kerajaan Selangor.

“Saya kenal sangat Abdul Khalid semasa kami bekerja bersama di Permodalan Nasional Berhad (PNB). Abdul Khalid tidak mempunyai masa untuk semua itu,” katanya.

Musa berkata, sama seperti budaya dalam Umno, PKR juga berminat untuk menyibuk dalam suatu perjanjian dan meminta bahagian mereka.

“Misi Khalid adalah mengurangkan defisit dan mencari dana untuk negeri, yang pada saya ia berjaya,” katanya merujuk kepada RM3.2 bilion simpanan negeri Selangor.

Musa berkata, sangat yang luar biasa apabila seorang pemimpin pembangkang mampu bekerjasama dengan kerajaan pusat untuk menyelesaikan permasalahan di Selangor.

“Apabila kamu berbuat baik, tidak kisah dengan siapa pun kamu buat perjanjian asalkan ia memberi manfaat untuk kedua-dua pihak.

MB“Sangat jarang kita melihat pemimpin pembangkang menandatangani perjanjian dengan Putrajaya seperti yang berlaku,” katanya.

Musa berkata, negara memerlukan seorang Menteri Besar seperti Abdul Khalid yang mempunyai kualiti dan bijak menguruskan pentadbiran negeri.

“Saya secara ikhlasnya berharap untuk melihat lebih ramai pemimpin politik dan menteri besar yang mempunyai perwatakan seperti Abdul Khalid,” katanya.EZY

Abdul Khalid umum isu MB Rabu depan

Oleh: NORHAYATI UMOR

 
SHAH ALAM: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dijangka akan memberikan beberapa kenyataan berhubung jawatan Menteri Besar di negeri itu, Rabu depan.

Bagaimanapun, Abdul Khalid enggan mengulas lanjut berhubung kenyataan itu.

MB Lancar Pesta Buku di SACC 30.08.2014 (7)“Saya tidak mahu komen apa-apa buat masa ini.

“Saya akan membuat beberapa kenyataan berhubung isu ini Rabu depan,” katanya ketika ditemui di Majlis Perasmian Pesta Buku Selangor 2014 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), di sini.

Sebelum ini, Abdul Khalid  selesai mengadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor bagi memohon meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar.

Tuanku Sultan bagaimanapun menangguhkan penerimaan peletakan jawatan terbabit sehinggalah pelantikan Menteri Besar yang baru diputuskan.

Pimpinan setiap parti Pakatan Rakyat dititahkan supaya mencadangkan lebih daripada dua nama sebagai calon pengganti bagi membolehkan Sultan menentukan calon yang berkelayakan.EZY

Tahaluf Siyasi kekal di dalam Pakatan - Pesuruhjaya PAS Selangor

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Krisis jawatan Menteri Besar Selangor akan menjadi topik hangat yang akan dibincangkan pemimpin dan perwakilan sewaktu Muktamar Tahunan PAS kali ke-60 akan datang.
 
Bagaimanapun Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad berpendapat tiada keperluan untuk mengkaji semula konsef Tahaluf Siyasi yang diamalkan PAS-PKR-DAP selama ini meskipun kemelut politik di Selangor sedikit sebanyak menggoncang kerjasama dan semangat setiakawan mereka di dalam Pakatan Rakyat (Pakatan).
 
"Muktamar PAS tahun ini berkemungkinan isu MB Selangor akan menjadi isu utama. 
 
"Tahaluf siyasi perlu memberi keuntungan kepada Islam. Namun tugas untuk memastikan ia bawa keuntungan adalah tanggungjawab PAS. Dengan kerjasama sekarang, kena fikir bagaimana Islam dapat keuntungannya," katanya yang ditemui Antarapos.
 
Muktamar PAS kali ke-60 akan diadakan buat pertama kalinya di Johor pada 18 hingga 20 September akan datang.
 
Umum mengetahui pergolakan landskap politik Selangor dengan isu pertukaran Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan pencalonan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
 
Khalid pada Selasa lalu telah mengadap sembah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk menyampaikan hasrat peletakan jawatannya.
 
Namun Tuanku Sultan mahukan Khalid terus menjalankan tugas seperti biasa dan dalam masa yang sama menitahkan Pakatan Rakyat menghantar sekurang-kurangnya dua nama sebagai calon Menteri Besar.
 
Kemelut dalaman antara PAS-PKR-DAP jelas kelihatan apabila pendirian masing-masing tidak senada dalam menentukan calon menteri besar, apabila PAS enggan mengikuti dua rakannya mencalonkan Wan Azizah.
 
Bagaimanapun Iskandar melihat permasalahan tersebut sebagai sebahagian fasa untuk mendewasakan Pakatan secara keseluruhannya.
 
"PR baru wujud akhir 2008. Walaupun kami belum berdaftar sebagaimana Umno, namun kita masih ada perjalanan yang panjang. Untuk melaluinya kita akan bertemu dengan masalah. Lebih baik masalah berlaku sekarang daripada berlaku hampir pada pilihan raya," ujar Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar itu.

12 motosikal terbakar di Flat Sri Sentosa

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
  
 
 
KUALA LUMPUR: Dua belas motosikal yang diletakkan di kawasan parkir Blok D Flat Sri Sentosa di Jalan Klang Lama di sini, dipercayai dibakar, awal hari ini.
 
Ketua pusat operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Samsol Maarif Saibani, berkata lima anggota daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Bukit Jalil serta sebuah jentera dikerah ke tempat kejadian sebaik saja pihaknya menerima panggilan tentang kejadian itu pada 5.20 pagi.
 
"Mereka sampai 20 minit kemudian dan mendapati lima daripada 12 motosikal sudah hangus sepenuhnya, manakala tujuh lagi rosak sebahagiannya," katanya.
 
Menurut Samsol Maarif, jabatan itu sedang menjalankan siasatan tentang kejadian itu dan mereka yang mempunyai maklumat mengenainya diminta menghubungi balai polis terdekat.

Pemain Piala Presiden JDT maut nahas di Desaru

ANTARAPOS.COM
 
Post Pic
 
  
 
 
JOHOR BAHRU: Pemain Piala Presiden Johor Darul Takzim (JDT) Mohamad Amirul Hakim Shamsudin, 18, maut dalam kemalangan di Kilometer 43.5 Lebuhraya Senai-Desaru arah Desaru, dekat sini kira-kira jam 1.30 pagi tadi.
 
Kelab Penyokong Bola Sepak Johor Darul Takzim dalam entri terbaru Facebook kelab berkenaan mengucapkan takziah kepada keluarga Amirul.
 
"Bumi Johor kehilangan satu permata yang baharu digilap namun sedar bahawa setiap yang datang dari-Nya akan kembali jua kepada-Nya.
 
"Kami mewakili seluruh penyokong Harimau Selatan berdoa agar roh beliau dicucuri Rahmat dan ditempatkan di kalangan mereka yang diredhai. Al-Fatihah," katanya.

Lima lelaki ditahan ekoran rusuhan di Stadium Sarawak

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic
 
 
 
 
KUCHING: Lima lelaki termasuk empat remaja ditahan kerana disyaki terlibat bertindak agresif merusuh di Stadium Negeri di Petra Jaya di sini sehingga mencederakan lima anggota polis dan merosakkan tujuh kenderaan rasmi mereka malam tadi.
 
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching (Operasi), Supt. Fauzilan Abdul Aziz mengesahkan penangkapan itu hari ini yang membabitkan empat remaja berumur di antara 17 dan 18 tahun, serta seorang lelaki berumur 20 tahun.
 
Menurutnya, kejadian bermula kira-kira pukul 11 malam tadi selepas selesainya perlawanan bola sepak Piala Malaysia di antara pasukan Sarawak dan Perak di stadium itu.
 
Kira-kira 2,000 orang penonton memasuki padang perlawanan sebelum mereka membakar suar dan mercun, selain melontar objek ke arah anggota polis yang bertugas namun dapat dileraikan dalam tempoh 30 minit selepas itu.
 
Bagaimanapun, situasi tegang timbul kembali di luar stadium apabila sekumpulan lelaki bertindak merosakkan sebuah trak, tiga unit kereta jenis Perodua Kancil, sebuah kereta jenis Proton Waja dan sebuah van jenis Toyota yang kesemuanya milik polis.
 
Perusuh-perusuh yang terlibat seterusnya membakar sebuah kenderaan pacuan empat roda polis jenis Perodua Kembara sehingga rosak keseluruhannya.

Calon MB: PAS Selangor serah penuh kepada Pusat

MUHAMMAD FAIZAL 


SHAH ALAM: PAS Selangor menyerahkan kepada PAS Pusat dalam menentukan keputusan mengenai calon menteri besar negeri itu.

Timbalan Pesuruhjaya I PAS Selangor, Sallehan Mukhyi ketika ditanya mengenai isu tersebut memberitahu ia diserahkan sepenuhnya kepada PAS Pusat.

"PAS Selangor memberikan PAS Pusat untuk membuat keputusan mengenai isu menteri besar.

"Kita tunggu apa yang akan diberitahu," katanya yang juga Exco kerajaan negeri dan juga Adun Sabak selepas program Wacana Kemerdekaan di Universiti Selangor (Unisel) sebentar tadi.

Sebelum ini, Istana Selangor menghantar surat kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru  Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berhubung pelantikan menteri besar yang baharu.

Surat tersebut meminta agar parti-parti di dalam Pakatan Rakyat, PAS, PKR dan DAP mengemukakan lebih daripada dua nama untuk calon Menteri Besar bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim selewat-lewatnya 3 September ini. - HARAKAHDAILY

Merdeka: Slogan dilaung PM tidak bawa maksud apa-apa

HARAKAHDAILY


KUALA LUMPUR: Setelah 57 tahun Merdeka, Malaysia masih lagi merangkak dalam usahanya membina sebuah masyarakat yang harmonis tanpa mengira perbezaan kaum, agama dan fahaman politik.

Menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang, Lim Kit Siang salah satu tweet menggunakan hashtag tersebut menulis, ‘seandainya iklan Merdeka itu benar, pastilah kerajaan tidak perlu membazir wang mempromosikan 1Malaysia’.

Setakat sekarang, katanya slogan yang dilaungkan oleh Perdana Menteri ternyata sekadar penjenamaan, dan hakikatnya tidak membawa maksud apa-apa.

"Kita dapat melihat seolah-olah pendekatan pecah dan perintah warisan penjajah British masih lagi terjadi. Kita masih lagi terpecah-pecah dan tidak bersatu.

"Malah kita masih lagi menggunakan undang-undang British untuk menafikan hak bersuara dan berpendapat seperti Akta Hasutan 1948 dan pelbagai lagi undang-undang yang menindas, sepertimana yang boleh dilihat dari beberapa pendakwaan terpilih dan berniat jahat terhadap pemimpin Pakatan Rakyat dalam masa sepuluh hari lalu," ujarnya dalam satu kenyataan. - HARAKAHDAILY

RM1.9b untuk berhentikan pekerja MAS, kos lain?

HARAKAHDAILY |


KUALA LUMPUR: Untuk berhentikan pekerja Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) sudah memerlukan RM1.9 bilion, apa halnya dengan kos-kos lain.

Demikian pertanyaan yang dilontarkan Datuk A Kadir Jasin di dalam blognya, hari ini.

Baginya, wang sebanyak RM1.9 bilion itu hampir cukup untuk menaikkan taraf sistem pengairan MUDA di Kedah dan Perlis yang menampung lebih 100,000 isi rumah atau kegunaan awam lain yang memberikan faedah kepada lebih ramai orang.

"Menyelamatkan MAS berulang kali ibarat menimbus perigi tanpa dasar. Bottomless pit, dalam bahasa Inggeris," tulisnya lagi.

Laporan media massa hari ini mengatakan MAS akan mengurangkan kakitangan seramai 6,000 orang sebagai sebahagian daripada langkah penyelamatannya.

Kos pampasan memberhentikan mereka adalah sebanyak RM1.9 bilion. Keseluruhan operasi menyelamat MAS daripada menjadi muflis akan menelan belanja RM6 bilion.

Bagi beliau, pengurangan bilangan kakitangan bukanlah perkara baru atau cetusan minda kelas dunia.

Menurutnya, sejak zaman MAS di bawah pemilikan swasta lagi (1994-2002) ia mencadangkan untuk mengurangkan kakitangan seramai antara 5,000 hingga 8,000 orang tetapi tidak dipersetujui oleh kerajaan.

Sekarang apabila MAS sudah menjadi milik 100% kerajaan (melalui Khazanah Nasional Berhad) dan secara teorinya sudah “muflis” ia terpaksa melakukan yang lebih radikal kalau masih mahu diselamatkan, ujarnya lagi.

Beliau sudah banyak kali menyatakan pendirian mengenai MAS, iaitu, bubarkan, jual kepada swasta, selamatkan, tetapi tanpa terus membebankan kewangan negara, lantik pengurusan antarabangsa yang telah terbukti dan kelima, hapuskan campur tangan kerajaan yang merugikan. - HARAKAHDAILY

Dari mana RM6 bilion untuk selamatkan MAS

MUHAMMAD FAIZAL
KUALA LUMPUR: PAS mempersoalkan sumber RM6 bilion yang diberikan Khazanah Nasional kepada Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) bagi menyelamatkan syarikat penerbangan itu.

Sehubungan itu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar meminta agar kerajaan menjelaskan sumber kewangan tersebut agar diketahui oleh rakyat.

"RM6 bilion dari mana sumber tersebut diperolehi, kita mahu kerajaan perjelaskannya.

"Kita tidak mahu berlaku seperti sebelum ini Kumpulan Wang Simpanan Guru-guru (KWSG) yang menjadi mangsa. Kerajaan perlu telus dalam apa yang mereka lakukakan ini," katanya kepada Harakahdaily.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu berharap walaupun kerajaan mempunyai usaha untuk memulihkan MAS, namun dalam memberikan suntikan modal itu, harus diperjelaskan kerana melibatkan wang rakyat.

Dalam pada itu beliau turut menggesa agar kerajaan mewujudkan Suruhanjaya DiRaja (RCI) bagi menyiasat secara menyeluruh apa yang berlaku ke atas MAS.

Katanya, walaupun kerajaan memberi suntikan modal yang besar tetapi kelemahan masih belum diketahui yang hanya mengulangi kesilapan yang berlaku kepada MAS sebelum ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini menyifatkan, suntikan itu lebih berbentuk pelaburan di mana ia perlu dijana semula.

Menurut Najib, MAS mungkin memerlukan lebih daripada tiga tahun bagi pelan pemulihannya, namun akan ada pertumbuhan positif dalam tempoh berkenaan. - HARAKAHDAILY

Perasmian Agro Johor tergendala

 
 
KULAIJAYA – Suasana tenang bagi menantikan Majlis Perasmian Agro Johor di RTC Kulai, di sini, bertukar cemas selepas kawasan berkenaan dilanda ribut, kira-kira jam 2.30 petang semalam menyebabkan para pengunjung panik dan terpaksa berlindung di kawasan lebih selamat.

Perasmian yang sepatutnya disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Ismail Mohamed terpaksa ditangguh pada sebelah malam berikutan pentas utama dan beberapa peralatan rosak.

Kira-kira 100 orang termasuk peniaga dan pengunjung di situ panik apabila tiupan angin bertambah kencang diiringi hujan lebat sehingga menyebabkan beberapa kanopi yang menempatkan ruang pameran produk agro turut diterbangkan angin.

Pemilik Arena Traditional Food, Munir Sulaiman berkata, angin kencang melanda sekitar dua minit namun kejadian itu menyebabkannya menanggung kerugian lebih RM1,000 apabila hampir separuh produk jualannya rosak dibasahi hujan.

“Semasa kejadian,  saya hanya fikir untuk menyelamatkan diri walaupun sedia maklum barangan kami akan rosak ,”katanya yang mengakui ia pengalaman pertama dilalui sepanjang terlibat dalam pameran promosi produk.

Sementara itu, Rina Daud,38 berkata, ketika kejadian dia berada di tempat pentas utama sementara menunggu majlis perasmian bermula.

“Memang cuaca kelihatan semakin buruk, namun saya tidak menyangka angin bertiup begitu kencang sehingga berlakunya ribut malah pengacara majlis turut melaungkan azan.

"Saya tergamam melihat kanopi di sebelah bawah tumbang kerana risau keselamatan suami yang berada di situ," katanya.

Bagaimanapun, dia bersyukur  tiada pengunjung dan peniaga yang cedera walaupun mereka terpaksa menanggung kerugian.

Meskipun majlis perasmian ditunda pada jam 9.30 malam, Ismail tetap melawat peserta program Agro Johor itu sekaligus melihat kerugian dialami mereka dan menghulurkan bantuan kepada yang terjejas.

Katanya, seramai 26 pengusaha terlibat dalam program ini terjejas akibat dilanda ribut yang melanda.

"Namun kita amat berharap mereka dapat meneruskan promosi produk pada hari esok (hari ini) sempena hari kemerdekaan.

“Ini kerana pada sambutan itu lebih 4,000 orang terlibat dalam perbarisan. Kita harap ia dapat membantu pengusaha menjual produk mereka,” katanya.

Baling kerusi dalam mesyuarat


Perwakilan dan anggota Rela cuba mententeramkan perwakilan yang hadir. Perwakilan dan anggota Rela cuba mententeramkan perwakilan yang hadir.
POKOK SENA - Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Pokok Sena dicemari insiden baling kerusi ketika perwakilan memulakan persidangan.

Kekecohan tercetus selepas perasminya, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal meninggalkan majlis perasmian di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hutan Kampung.

Ketika perwakilan ingin meneruskan persidangan, mereka dikejutkan dengan sekumpulan perwakilan bahagian itu membuat bising dan bertekak, tanpa diduga membaling kerusi berdekatan.

Insiden itu kemudian dileraikan perwakilan dan anggota Rela yang hadir dan keadaan menjadi kecoh seketika sebelum kumpulan berkenaan keluar dewan.

Bagaimanapun, persidangan diteruskan selepas keadaan kembali terkawal.

Setiausaha Kerja Umno Kedah, Haris Che Mat berkata, Umno Bahagian Pokok Sena akan membuat laporan terperinci berhubung insiden kekecohan itu yang berlaku sewaktu mesyuarat perwakilan untuk diserahkan kepada Umno Pusat dan negeri.

“Berdasarkan siasatan awal kami dapati kekecohan ini sengaja dicetuskan pihak tertentu, yang mahu melihat mesyuarat itu ditangguhkan namun tindakan itu tidak berhasil apabila mesyuarat diteruskan selepas keadaan kembali aman,” katanya.

Menurutnya, kesemua perwakilan yang hadir sepakat mahu mesyuarat diteruskan walaupun pihak terbabit mencetuskan provokasi serta mengajak perwakilan lain meninggalkan mesyuarat.

“Laporan mengenai kejadian ini akan diserahkan dalam tempoh terdekat dan kita akan tunggu tindakan selanjutnya,” katanya.

Haris yang juga Naib Ketua Umno Bahagian Pokok Sena berkata, beliau amat kecewa dengan kejadian itu dan menyifatkan tindakan provokasi yang dibuat segelintir pihak tidak mencerminkan kemahuan ahli-ahli Umno bahagian itu.

“Kekecohan itu hanya dibuat segelintir pihak dan majoriti perwakilan tidak mempunyai masalah dengan cara pemilihan calon G7 yang dibuat hari ini. Saya ingin nasihatkan perwakilan jangan buat sesuatu yang boleh memudaratkan parti, seeloknya dibincangkan secara berhemah,” katanya.

Insiden itu merupakan kejadian kali pertama yang berlaku ketika Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Pokok Sena.

Umno Bahagian Pokok Sena diterajui kepimpinan baharu bagi penggal 2013-2016, apabila Said Ali Said Rastan yang juga bekas Timbalan Ketua Bahagian mengetepikan Datuk Ahmad Lebai Sudin yang juga Adun Bukit Lada, bagi jawatan Ketua Bahagian.

Manakala Datuk Ariffin Man merupakan Timbalan Ketua Bahagian.

Pada Februari lalu, Sinar Harian pernah melaporkan kemelut yang melanda Umno bahagian itu, yang berpecah kepada dua puak, iaitu mereka yang menyokong kepimpinan lama dan sebahagian pula menyokong kepimpinan baharu yang menang pada pemilihan lepas.

Pas-PKR tiada krisis pilih calon


Ahmad Yakob Ahmad Yakob
 
 
 
RANTAU PANJANG – Pas Kelantan yakin isu calon PRK Pengkalan Kubor boleh diselesaikan dengan baik dengan PKR tanpa berlaku perebutan.

Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, nama calon berkenaan hanya akan diumumkan selepas perbincangan oleh peringkat pimpinan.

Beliau berkata, keputusan hanya akan dirumuskan selepas perbincangan tersebut tetapi tidak menyatakan sama ada calon itu daripada parti Pas atau PKR.

“Tidak ada sebarang perselisihan untuk kerusi ini kerana keputusannya akan dibincangkan menerusi mesyuarat. Tiada tarikh ditentukan lagi tetapi saya jangkakan ia akan diumumkan tidak lama lagi,” katanya selepas merasmikan Masjid Al-Musleh dekat Pusat Tarbiyyah Pas Rantau Panjang, semalam.

Ahmad mengakui Pas Kelantan belum membuat keputusan memilih calon bagi mengisi kekosongan kerusi itu.

Turut hadir Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan pimpinan Pas negeri dan kawasan Rantau Panjang.

Beliau yang juga menteri besar berkata, pihaknya berbangga dengan usaha dilakukan pemimpin Pas kawasan kerana mampu siapkan Masjid Al-Musleh dalam masa tiga tahun.

Lebih membanggakan katanya, ia dibiayai sepenuhnya menerusi kutipan derma penduduk berjumlah hampir RM1 juta.

“Ini adalah contoh terbaik kerana jangan anggap semua benda memerlukan bantuan daripada kerajaan sebaliknya semua pihak perlu memainkan peranan dalam membangunkan kemajuan sesebuah kawasan. Ia juga beri mesej rakyat Kelantan mampu bina kemajuan seperti mana pembinaan Lebuh raya Rakyat,” katanya.

Sebelum ini, beliau melancarkan operasi pembinaan Lebuh raya Rakyat sepanjang 30.5 kilometer bermula Bukit Bakar hingga Dusun Damar, Kuala Krai yang menelan belanja RM854 juta.

Rumah Guan Eng dibaling 'molotov cocktail'

SINAR HARIAN


Lim Guan Eng  
Lim Guan Eng
 
 
 
GEORGETOWN - Kediaman Ketua Menteri Lim Guan Eng dibaling bom botol 'molotov cocktail' di Jalan Pinhorn di sini pada kejadian kira-kira jam 11.48 malam tadi.
  
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata kejadian membaling 'molotov cocktail' ke kawasan parkir rumah Ketua Menteri itu dipercayai dilakukan oleh penunggang motosikal.
  
Beliau berkata pemeriksaan forensik mendapati botol itu mengandungi minyak tanah dan ia telah meletup dan terbakar selepas dibaling tetapi tiada kecederaan dan kemusnahan dilaporkan.
  
"Kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan rumah Ketua Menteri akan dikaji untuk mengenal pasti suspek dan orang ramai yang melihat kejadian itu diminta menyalurkan maklumat kepada polis," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
  
Abdul Rahim berkata kes ini disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan menggunakan api. - Bernama

Padah jika Pas keluar PR


Muhammad bercakap pada sidang media Muhammad bercakap pada sidang media
 
 
 SHAH ALAM –  Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib menyifatkan kemenangan Pas di seluruh negara bergantung pada undi daripada pengundi Cina.

Menurutnya, Pas bakal kalah apabila pengundi Cina menarik sokongan sekiranya parti itu bertindak keluar PR.

“Saya lihat banyak kawasan-kawasan di seluruh negara ini yang kemenangan Pas itu bergantung kepada undi (kaum) Cina.

“Sekiranya pengundi Cina tarik undi, saya ingat ramai ahli Parlimen Pas yang akan kalah,” katanya ketika menjadi panel pada Wacana Kemerdekaan Malaysia : Satu Penilaian Semula dari Perspektif Melayu/Islam, di Unisel hari ini.

Tegasnya, kemenangan yang dicapai pada pilihan raya lalu bukan alasan untuk mengubah strategi atau mendabik dada untuk berdiri sendiri.

“Jangan bila kita dah menang ini, kita boleh berdiri dan ubah strategi. Akhirnya kita akan termakan dengan mainan politik Umno. Sebenarnya esok kita yang kalah. Umno sekarang dalam keadaan yang lemah.

“Saya rasa elok Pas terus dalam PR. Umno biar dia dengan MCA, MIC, Gerakan. Kalau ada satu usaha atau pandangan bahawa Umno dan Pas boleh mentadbir (negara)...itu hanya sementara. Kalau BN dapat kuasa balik contohnya di Selangor, dia akan menguis Pas keluar kembali,” katanya.

Kena 'sekolahkan' lagi anak muda sekarang


Erma Fatima Erma Fatima
 
 
 
PENGARAH dan pelakon terkenal, Eirma Fatima menyifatkan golongan muda masa kini semakin lupa dan jauh daripada bangsa sendiri terutama masyarakat Melayu.

Menurut Eirma, disebabkan itulah memahami erti kemerdekaan itu sangat penting supaya kita dapat menghayati maknanya.

“Ibu dan bapa saya akan bawa saya keluar rumah seawal 6 pagi untuk menonton perbarisan bagi merasai 'mood' merdeka itu. Sekarang orang dah tak buat begitu dah.

“Jadi, sebagai rakyat Malaysia, tak kira bangsa apa, fahami erti kemerdekaan itu. Fahami bagaimana susahnya orang-orang zaman dulu nak mendapatkan kemerdekaan dan untuk mempertahankan hak-hak yang sepatutnya. Apabila kita faham baru kita hayati erti kemerdekaan,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Malah Eirma turut menyentuh soal golongan muda yang malu untuk mengaku diri berbangsa Melayu kerana tidak tahu betapa hebatnya Melayu sejak zaman pra-kemerdekaan lagi.

“Orang muda sekarang makin jauh.. dia makin lupa Melayu itu sendiri sebab itu tak hargai. Ada juga yang belajar di luar negara tapi malu nak mengaku Melayu kerana mereka tidak tahu betapa hebatnya Melayu.

“Kerana hebatnya Melayu itulah, kita merdeka dan apa yang ada di negara kita sekarang ini. Kerana hebatnya Melayu itu jugalah, apa yang orang Melayu dapat sekarang ini. Itu yang budak-budak kita lupa,” katanya.

Tegasnya perkara ini perlu ditangani segera sebelum terlambat.

“Kena sekolahkan mereka lagi. Tak cukup ‘sekolah’ yang ada. Kalau anak-anak muda kita terus begini, habis. Dah tergadai baru kita sedar nanti,” katanya.

Polis: Serah diri sebelum kami serbu rumah

MALAYSIAKINI



 


Selepas lebih 200 orang ditahan hari ini, polis menggesa anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) selebihnya menyerah diri selepas pasukan itu diisytihar tidak sah baru-baru ini.

“Eloklah mereka yang bertanggungjawab ke atas PPS ini segera menyerah diri sebelum kami serbu kediaman,” tulis Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar di Twitter hari ini.

Polis pagi ini menahan kira-kira 250 anggota PPS Pulau Pinang selepas menghadiri perarakan hari merdeka di Esplanade di Pulau Pinang.

Khalid pada 26 Ogos berkata PPS tidak berdaftar bawah Akta Pertubuhan 1966 dan oleh itu dianggap pertubuhan yang menyalahi undang-undang.

Justeru, setelah dimaklumkan Pendaftar Pertubuhan (ROS), polis akan menyiasat aktiviti bawah kerajaan negeri itu dan mengambil tindakan sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang.

PPS menjelaskan, ia tidak berdaftar dengan ROS kerana ia bukan pertubuhan, tapi agensi kerajaan negeri negeri.

PPS mencetuskan kontroversi selepas ahli perniagaan Ong Eu Soon, 51, mendakwa diserang dua lelaki yang berpakaian seragam unit itu di Air Itam minggu lalu.

Kit Siang: Ini k'jaan paling huru-hara

MALAYSIAKINI


 


Penjelasan terkini Pejabat Perdana Menteri (PMO) berhubung penggunaan Akta Hasutan 1948 hanya menunjukkan kerajaan sedia ada “paling huru-hara” dalam sejarah pentadbiran Malaysia, kata DAP.

Ketua anggota parlimen parti itu Lim Kit Siang berkata, kenyataan itu menunjukkan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, berlaku “satu pihak tidak tahu menahu apa yang dilakukan pihak lain”.

“Tiada perdana menteri yang berwibawa di satu sisi menjanjikan Malaysia menjadi 'negara demokrasi terbaik di dunia' tetapi di sisi yang lain membenarkan peguam negara melancarkan siri pendakwaan terhadap pemimpin pembangkang, yang sebenarnya hanya berlaku di negeri demokrasi terburuk di dunia,” katanya.

Lim juga mempersoalkan kenapa kenyataan itu dikeluarkan tanpa menyatakan nama individu secara khusus.

PMO semalam menafikan dakwaan bahawa kerajaan menjalankan pendakwaan terpilih menggunakan Akta Hasutan untuk mendakwa barisan pemimpin Pakatan Rakyat.

Menurut kenyataannya, sebarang pertuduhan mengikut akta itu ditangani mahkamah dan badan kehakiman Malaysia bebas, seperti boleh dilihat dalam keputusan banyak kes sebelum ini.

Ia turut memaklumkan, sehingga kerajaan membentangkan Rang Undang-undang Keharmonian Nasiona menjelang 2015, kes sedia ada perlu dibicarakan bawah undang-undang sedia ada.

Sementara itu, pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari (kanan) pula berkata, tindakan PMO menuding perkara itu kepada mahkamah sebagai salah.

Katanya, siasatan dan pendakwaan berada bawah bidang kuasa eksekutif dan bukan kehakiman.

Pada minggu ini sahaja, sekurang-kurangnya empat orang pemimpin Pakatan didakwa mengikut Akta Hasutan.

Jumaat, 29 Ogos 2014

PKR, DAP bimbang Azizah bukan pilihan istana


Azizah


SHAH ALAM – Keputusan PKR dan DAP yang hanya meletakkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal Menteri Besar Selangor yang baharu menunjukkan kebimbangan parti itu terhadap kemungkinan Azizah tidak diterima sekiranya wujud nama lain.

Pensyarah kanan Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr Jeniri Amir berpendapat keputusan itu juga merupakan mesej yang cukup jelas kepada Sultan Selangor.

"Mereka memang betul-betul mahukan Azizah kerana memang ada keraguan jika ada nama lain kemungkinan Azizah tidak dipilih oleh baginda.

"Jadi, ini ketakutan yang bermain dalam kepala mereka. Kalau tidak, ini seharusnya tidak menjadi masalah.

"Kemungkinan bahawa calon lain dipilih itu juga adalah besar. Sebab apa, kalau baginda betul-betul memang bersetuju dengan Azizah, sudah tentu alternatif lain ini tidak akan berbangkit," katanya kepada Sinar Harian Online.

Mengulas lanjut soal tindakan PKR dan DAP yang tetap bertegas dengan keputusan tersebut meskipun telah dititahkan Sultan Selangor agar mengemukakan lebih daripada dua nama calon, Dr Jeniri berpendapat perkara itu selari dengan prinsip dan amalan demokrasi di Malaysia.

"Ini boleh dilihat sebagai satu mesej yang jelas kepada istana bahawa mereka tidak mahu calon lain. Mereka hanya mahu Azizah.

"Ini boleh dibaca sebagai satu tindakan yang betul-betul berdasarkan prinsip dan amalan demokrasi yang memperlihatkan ketegasan mereka yang mahukan Azizah.

"Kerana dari segi demokrasi, sesiapa yang mendapat sokongan majoriti dan majoriti itu bersetuju untuk mengemukakan nama berkenaan, jadi, nama itu perlu dipertimbangkan dengan serius oleh Sultan," katanya.

Namun, beliau menyifatkan PR tidak mempunyai pilihan selain akur dengan titah Sultan Selangor supaya dilihat beradab dan tidak ingkar.

"Dari segi budaya politik Malaysia, kelihatannya PR tidak mempunyai pilihan supaya dilihat sebagai beradab dan tidak ingkar dengan perintah baginda.

"Saya percaya mungkin mereka akur dengan perintah itu supaya dikemukakan lebih daripada dua nama. Tapi tidak salah sebenarnya dari segi perlembagaan untuk mengemukakan satu nama," katanya.

Menyentuh soal kewajaran Pas mengemukakan calon sendiri, Dr Jeniri berpendapat tidak timbul soal berkenaan kerana ia sudah disepakati sejak awal bahawa jawatan itu diberi kepada PKR.

"PR telah bersetuju jawatan menteri besar itu perlu diserahkan kepada PKR, jadi, itulah hakikatnya yang perlu diakui dengan prinsip amalan demokrasi.

"Tak ada masalah untuk Pas namakan calon dia kalau itu sesuai dengan kehendak istana iaitu semua parti kemukakan calon.

"Tapi pada masa yang sama, mereka sedar bahawa kerusi itu adalah kerusi yang sudah disepakati untuk diberi kepada PKR. Bagi saya, dari satu segi, tidak timbul lagi calon atau keperluan untuk kemukakan calon dari parti lain iaitu DAP dan Pas," katanya.

Pas tidak endah rayuan Anwar


Pas tidak endah rayuan Anwar



SHAH ALAM – Pas tidak mengendahkan rayuan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tetap bertegas parti itu akan mengemukakan tiga nama kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk diperkenankan sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

 Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, parti itu akur dengan titah Sultan Selangor yang mahukan pemimpin Pas, PKR dan DAP mencadangkan lebih daripada dua nama bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Sebagai pemimpin Islam dan Melayu, kita tidak mahu Pas dilabel sebagai tidak beradab (kepada tuanku),  dengan hanya menghantar satu nama. Seolah-olah kita memaksa sultan buat pilihan.

“Sebagai orang Melayu, perbuatan itu tidak manis. Lagipun tiada salahnya Pas menghantar tiga nama demi menjaga adab dengan tuanku Sultan Selangor,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Tambahan pula, katanya, kesediaan Pas mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail untuk jawatan tersebut, boleh dilihat sebagai tanda penghormatan kepada PKR.

Menurut Mustafa, bukan niat Pas ingkar permintaan Anwar yang mahu Pas menghormati keputusan Majlis Kepimpinan PR pada 17 Ogos, di mana setiap parti menghantar satu nama sebagai Menteri Besar Selangor.

“Setiap parti ada pandangan mereka sendiri dan ini pandangan Pas (berkenaan senarai nama calon menteri besar). Lagipun kita menghantar nama Adun PKR, bukannya Pas.

“Terpulang kepada kebijaksanaan dan budi bicara baginda untuk buat pilihan. Pas tetap merasakan tidak salah menghantar lebih daripada satu nama kepada tuanku,” katanya.

Pas bagaimanapun difahamkan belum menghantar surat berkenaan nama Adun PKR kepada pihak istana, namun akan berbuat demikian sebelum 3 September ini.

“Kita tidak boleh beritahu nama yang dibincangkan...tunggulah nanti,” kata Mustafa ketika ditanyakan perkara itu.

Kelmarin, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan supaya ketiga-tiga parti dalam pakatan pembangkang iaitu Pas, DAP dan PKR masing-masing mencadangkan lebih daripada dua nama sebagai calon Menteri Besar Selangor baharu bagi memudahkan baginda menentukan calon berkelayakan.

Sementara itu, Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Samad berkata, pihaknya tidak boleh memberi apa-apa komen mengenai nama calon kerana keputusan akan dibuat Pas Pusat.

“Saya tidak tahu nama siapa yang akan diberi setiausaha agung untuk calon menteri besar.

“Pas Pusat selepas ini akan mengadakan mesyuarat bagi menentukan calon menteri besar, tetapi bila pengumuman itu dibuat, yang pasti sebelum 3 September.

“Pasal Wan Azizah pun saya tidak tahu, saya tidak boleh cakap apa-apa mengenai Azizah,” katanya.

NGO S'gor bidas PKR, DAP hanya mahu calon Azizah

MALAYSIAKINI


Beberapa NGO di Selangor hari ini membidas tindakan PKR dan DAP yang tetap bertegas hanya mencalonkan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar baru.
  
Presiden Persatuan Anak Selangor Menyokong Menteri Besar (Pasmeb) Mazli Saring berkata tindakan kedua-dua parti itu jelas mencabar kedaulatan undang-undang negeri itu yang memberi kuasa kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk memutuskan calon yang layak menjadi menteri besar.
  
"Parti-parti dalam Pakatan Rakyat harus sedar bahawa untuk dapatkan kuasa mereka perlu menghormati orang yang berkuasa (Sultan Selangor) tetapi mereka bersikap biadap kerana apa? kerana mereka bukan anak Selangor.
  
"Anwar Ibrahim (Datuk Seri), Wan Azizah (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail), Saifuddin (Datuk Saifuddin Nasution Ismail) dan Mohamed Azmin Ali bukan anak Selangor. Orang yang bukan anak Selangor inilah yang  bersikap biadap kepada sultan kami," katanya dalam sidang media di di Shah Alam semalam.
  
Mazli turut mengalu-alukan pihak terbabit supaya 'keluar' dari Selangor jika tidak berpuas hati dengan cara pentadbiran di negeri itu dan mengingatkan pemimpin PKR dan DAP supaya tidak berterusan mencabar institusi diraja.

"Nak namakan (calon) menteri besar pun tidak pandai bagaimana nak mentadbir Selangor? Belajar tinggi-tinggi tetapi tidak mahu ikut
arahan (Sultan)," katanya.
  
Pengerusi Angkatan Rakyat Sedar (Aras) Abdul Rahim Abdul Wahab berkata PKR dan DAP sepatutnya akur dengan titah baginda yang mahukan lebih daripada dua nama sebagai calon Menteri Besar Selangor.
  
Beliau berkata tindakan kedua-dua parti itu yang tetap bertegas mencalonkan Dr Wan Azizah sebagai calon tunggal menteri besar jelas menunjukkan mereka ingkar terhadap titah Sultan Selangor.
  
Penasihat undang-undang kepada Pasmeb dan Aras, Ahmad Jufliz Faiza pula berkata walaupun Undang-undang Tubuh Kerajaan negeri Selangor menyatakan bahawa Sultan perlu mengikut pandangan sokongan majoriti ADUN Selangor dalam pelantikan menteri besar, tetapi keputusan muktamad tentang siapa calon yang layak perlu mengikut budi bicara baginda yang mutlak.
  
"Sultan punyai kuasa untuk pilih sama ada menteri besar itu layak mentadbir Selangor dan situasi ini turut berlaku di negeri lain seperti Perak dan
Kelantan. Konvensi perlu dihormati dan kalau ahli politik tidak hormati konvensi susahlah," katanya.
  
Sementara itu, Presiden Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) Hamidzun Khairuddin berkata rakyat Selangor sudah semakin muak dengan gelagat pemimpin politik dalam isu menteri besar ini yang digambarkan sudah menjadi pembuat dan penambah masalah, bukan penyelesai masalah.
  
"Yang Selangor perlukan adalah pemimpin rakyat yang berjiwa besar dan bersifat negarawan yang dapat membantu Sultan Selangor mengharungi kepimpinan masa depan negeri yang lebih gemilang," katanya dalam satu kenyataan.
  
Selasa lepas, Sultan Sharafuddin menangguhkan untuk menerima peletakan jawatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor sehinggalah menteri besar baru dipilih.
  
Baginda juga menitahkan kepada PAS, PKR dan DAP supaya masing-masing mempersembahkan lebih daripada dua nama sebagai calon menteri besar untuk pertimbangan istana. - Bernama
 

MAS: Kerugian sebelum cukai suku ke-2 RM302.62j

MALAYSSIAKINI


 


Kerugian sebelum cukai Malaysia Airlines (MAS) untuk suku kedua berakhir 30 Jun 2014 meningkat kepada RM302.62 juta berbanding RM165.89 juta pada suku yang sama tahun lepas.
  
Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia semalam, MAS berkata, pendapatannya merosot lima peratus kepada RM3.59 bilion berbanding RM3.78 bilion sebelum ini berikutan faktor hasil dan tempat duduk yang lebih rendah selepas tragedi MH370.
  
Pada separuh pertama berakhir 30 Jun 2014, kerugian sebelum cukainya meningkat kepada RM741.77 juta berbanding RM444.34 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.
  
Pendapatannya susut kepada RM7.19 bilion daripada RM7.32 bilion sebelum ini.
  
Dalam satu kenyataan semalam, MAS berkata, kehilangan Penerbangan MH370 pada Mac 2014 terus menjejaskan keputusan kewangan suku keduanya.
  
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Ahmad Jauhari Yahya, berkata pasukan MAS telah bekerja keras bagi mengembalikan keyakinan pasaran serta meningkatkan semula jualan.
  
"Malangnya ketika kami mula melihat petunjuk pemulihan di semua rantau, kami ditimpa pula nahas MH17," katanya.
  
Menurutnya, dalam suku berkenaan, faktor tempat duduk susut 9.5 peratus pada Mei kepada 68.9 peratus.
  
Kapasiti bertambah sembilan peratus tahun ke tahun berdasarkan penggunaan pesawat lebih tinggi, tetapi trafik kekal tidak berubah tahun ke tahun, katanya.
  
Ahmad Jauhari berkata, perbelanjaan bahan api melonjak 10 peratus kepada RM1.53 bilion berikutan peningkatan harga bahan api dan kelemahan ringgit berbanding dolar US.
  
Kelemahan keputusan kewangan itu membuatkan syarikat penerbangan itu sedar mengenai keperluan menstruktur semula operasi, malah sebelum tragedi MH370 dan MH17, katanya.
  
"Kami beroperasi dalam persekitaran perniagaan yang sukar dengan saingan sengit daripada syarikat penerbangan serantau serta global di samping kos operasi yang tinggi.
  
"Ditambah dengan kesan daripada kedua-dua tragedi yang telah merosakkan jenama kami, keperluan menstruktur syarikat telah dipercepat.
  
"Kesan kewangan penuh daripada tragedi berkembar MH370 dan MH17 dijangka menjejaskan MAS dalam separuh kedua tahun ini," kata Ahmad Jauhari.
  
Beliau berkata, syarikat perlu melalui pemeriksaan dan penilaian semula lengkap dalam usaha mengukuhkan kedudukan agar lebih mampan pada masa depan.
  
Pada 8 Ogos, Khazanah Nasional Bhd mengumumkan rancangannya memiliki MAS sepenuhnya dan menyahsenarai syarikat itu daripada Bursa Malaysia.
  
Jika diluluskan, ia akan melaksanakan pelan menstruktur semula kumpulan itu ke arah mengembalikannya kepada keuntungan. - Bernama

'Permulaan era kuku besi Najib'

MALAYSIAKINI


 


ULASAN Penangkapan secara sewenang-senang dan pendakwaan terpilih yang semakin kerap terhadap pimpinan Pakatan Rakyat, termasuk Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri, menjelang sambutan ulangtahun Merdeka ke-57 pada 31 Ogos ini, menandakan lahirnya Despotisme Baru dalam landskap politik Malaysia.

Semalam sahaja dua orang pemimpin Pakatan Rakyat diheret ke mahkamah untuk berhadapan dengan dakwaan jenayah, iaitu Naib Presiden PKR dan MP Pandan Rafizi Ramli serta MP PKR Padang Serai N Surendran.

Rafizi didakwa dengan tuduhan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana membuat kenyataan ‘fitnah dan provokasi’ terhadap ahli Umno, manakala Surendran dikenakan dakwaan di bawah Akta Hasutan berhubung dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang membatalkan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perbicaraan liwat 2 – dakwaan di bawah Akta Hasutan kedua yang dikenakan terhadap Surendran dalam masa 10 hari.

Dalam sepuluh hari terakhir ini juga seorang MP Pakatan yang lain dan dua ADUN diheret ke mahkamah. MP PAS Shah Alam Khalid Samad dan ADUN DAP Seri Delima RSN Rayer didakwa di bawah Akta Hasutan, manakala ADUN PAS Changkat Jering Datuk Seri Nizar Jamaluddin didakwa dengan fitnah jenayah terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

MP Pakatan lain yang sedang dibicarakan di bawah Akta Hasutan termasuk MP DAP Seputeh Teresa Kok dan MP PKR Batu Tian Chua.

Jika kerajaan Barisan Nasional berjaya bukan sekadar menyabitkan, malah dengan hukuman denda lebih RM2,000 dan penjara setahun yang membatalkan kelayakan sebagai wakil rakyat, ia bermakna lima Pilihan raya Kecil (PRK) peringkat Parlimen bakal diadakan, iaitu Seputeh, Batu, Pandan, Padang Serai dan Shah Alam dan dua PRK peringkat DUN - Seri Delima dan Changkat Jering.

Jika kita menyertakan kemungkinan PRK di Permatang Pauh, iaitu kalau Anwar gagal dalam rayuannya di Mahkamah Persekutuan pada 28 dan 29 Oktober ini, maka kita melihat kepada kemungkinan besar enam PRK peringkat Parlimen yang berpunca daripada siri terbaru tangkapan dan pendakwaan terhadap pimpinan Pakatan.

Ini adalah kemuncak ironi kerana Najib, pada Julai 2012, telah mengumumkan yang Akta Hasutan akan dimansuhkan sebagai sebahagian daripada Program Transformasi Kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai “negara demokrasi terbaik di dunia,” namun hakikatnya beliau mencipta rekod baru menggunakan akta itu terhadap Ahli Parlimen dan ADUN. Malah, ‘pencapaian’ beliau mengatasi 22 tahun ‘zaman gelap’ di bawah pemerintahan Tun Dr Mahathir.

Lima MP (termasuk Karpal Singh) dan seorang ADUN telah didakwa kerana menghasut sepanjang enam tahun pentadbiran Najib. Sedangkan sepanjang 22 tahun pemerintahan Mahathir hanya seorang MP yang didakwa, dipenjara, dan digugurkan sebagai MP, iaitu Lim Guan Eng.

Tentunya, Mahathir ‘dibantu’ Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang terkenal dengan tahanan tanpa bicara, namun ia bukanlah alasan untuk memulakan zaman kuku besi baru di bawah kepimpinan Najib. Kebebasan demokratik akan terjejas jika Akta Hasutan dan undang-undang lain yang tidak demokratik dan menindas digunakan sebagai senjata.

Bukan sahaja Najib dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail yang perlu dipertanggungjawabkan atas era kuku besi baru di Malaysia, seluruh menteri kabinet dan pemimpin parti komponen Barisan Nasional harus dipertanggungjawabkan. Mereka perlu menjauhkan diri daripada tindakan-tindakan yang menyebabkan kemerosotan demokrasi. Jika tidak, mereka boleh dianggap bersubahat melahirkan era pemerintahan kuku besi baru di Malaysia.


LIM Kit Siang adalah Ahli Parlimen Gelang Patah

Pgkl Kubor: Penamaan 13 Sept, undi 25 Sept

MALAYSIAKINI


 


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 13 September depan sebagai hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN Pengkalan Kubor, manakala 25 September pula sebagai hari pengundian.

Ini bermakna SPR menetapkan tempoh selama 12 hari kepada parti politik yang bertanding untuk berkempen.

Pilihan raya kecil kawasan itu diadakan selepas wakil rakyat BN Datuk Nor Zahidi Omar meninggal dunia pada 20 Ogos lalu akibat barah.

Pemuda PAS, AMK gading bahu di Pengkalan Kubor

SALMAH MAT HUSAIN 


KOTA BHARU: Pemuda PAS Kelantan dan Angkatan Muda Keadilan Kota Bharu menyokong sesiapa sahaja yang bakal bertanding pada pilihian raya kecil (PRK) Pengkalan Kubor tidak lama lagi.

Ketua Pemuda PAS negeri, Ahmad Fadhli Shaari berkata, pihaknya akan memberi sokongan kepada sesiapa sahaja yang bakal dicalonkan pada PRK itu

demi perpaduan Pakatan Rakyat.

“Kami menyedari musuh sebenar Pakatan Rakyat ialah Umno dan BN. Apa yang penting kita mahu merampas Dun berkenaan daripada BN,” katanya di sini.

PRK Pengkalan Kubor diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Noor Zahidi Omar akibat barah hati di China pada 20 Ogos lalu.

Pada pilihan raya umum lepas Noor Zahidi mengatasi calon PKR, Saharun Ibrahim dengan majoriti 1,736 undi.

Ahmad Fadhli juga berkata, berdasar tinjauan awal pemuda negeri ke Pengkalan Kubor didapati peluang cerah untuk merampas semula Dun berkenaan.

Ketua Cabang AMK Kota Bharu, Roslan Ismail pula berkata, pihaknya akan bekerja keras bagi menghadapi musuh sebenar Pakatan Rakyat iaitu Umno dan BN.

Menurut beliau AMK Kota Bharu bersama AMK negeri akan turun ke bawah bagi membantu calon yang akan bertanding.

“Kami bersedia untuk berganding bahu bersama untuk membantu calon Pakatan bagi merampas Dun terbabit,” ujarnya. - HARAKAHDAILY

Sabit bersalah, mungkinkah PRK 6 parlimen, 2 Dun?

HARAKAHDAILY 

.
KUALA LUMPUR: Penangkapan secara sewenang-wenang dan pendakwaan terpilih yang semakin kerap terhadap pimpinan Pakatan Rakyat, termasuk Ahli Parlimen (MP) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), menjelang sambutan ulang tahun Merdeka ke-57 pada 31 Ogos ini, menandakan lahirnya Despotisme Baru dalam landskap politik Malaysia.

Pada hari ini sahaja dua orang pemimpin Pakatan Rakyat diheret ke mahkamah untuk berhadapan dengan dakwaan jenayah, iaitu Naib Presiden PKR dan MP Pandan Rafizi Ramli serta MP PKR Padang Serai N Surendran.

Rafizi didakwa dengan tuduhan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana membuat kenyataan ‘fitnah dan provokasi’ terhadap ahli Umno, manakala Surendran dikenakan dakwaan di bawah Akta Hasutan berhubung dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang membatalkan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perbicaraan liwat 2 – dakwaan di bawah Akta Hasutan kedua yang dikenakan terhadap Surendran dalam masa 10 hari.

Dalam sepuluh hari terakhir ini juga seorang MP Pakatan yang lain dan dua Adun diheret ke mahkamah.

MP PAS Shah Alam, Khalid Samad dan Adun DAP Seri Delima RSN Rayer didakwa di bawah Akta Hasutan, manakala Adun PAS Changkat Jering, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin didakwa dengan fitnah jenayah terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

MP Pakatan lain yang sedang dibicarakan di bawah Akta Hasutan termasuk MP DAP Seputeh Teresa Kok dan MP PKR Batu Tian Chua.

Menurut Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, jika kerajaan Barisan Nasional berjaya bukan sekadar menyabitkan, malah dengan hukuman denda lebih RM2,000 dan penjara setahun yang membatalkan kelayakan sebagai wakil rakyat, ia bermakna lima Pilihan raya Kecil (PRK) peringkat Parlimen bakal diadakan iaitu Seputeh, Batu, Pandan, Padang Serai dan Shah Alam dan dua PRK peringkat Dun - Seri Delima dan Changkat Jering.

"Jika kita menyertakan kemungkinan PRK di Permatang Pauh, iaitu kalau Anwar gagal dalam rayuannya di Mahkamah Persekutuan pada 28 dan 29 Oktober ini, maka kita melihat kepada kemungkinan besar 6 PRK peringkat Parlimen yang berpunca daripada siri terbaru tangkapan dan pendakwaan terhadap pimpinan Pakatan," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah dalam satu kenyataan. - HARAKAHDAILY