Thursday, August 2, 2012

Tarikh akhir Shahrizat fail kenyataan saman fitnah

Hafiz Yatim


 
Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil diberikan masa sehingga esok sebagai tarikh akhir memfailkan kenyataan saksinya berkaitan saman fitnah RM100 juta yang difailkannya terhadap dua pemimpin PKR - Mohd Rafizi Ramli dan Zuraida Kamaruddin.

Pesuruhjaya Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Vazeer Alam Mydin Meera juga mengarahkan pihak-pihak lain yang terlibat dalam kes tersebut untuk turut berbuat demikian esok.

Pihak-pihak terbabit bertemu dengan hakim dalam kamar hari ini.

Ini merupakan perkembangan terbaru dalam perbicaraan kes tersebut, yang bermula pada hari Isnin, terhadap Rafizi dan Zuraida yang masing-masing merupakan pengarah strategik PKR dan ketua Wanita PKR.

Shahrizat memfailkan saman tersebut pada 19 Januari ekoran pendedahan Rafizi dan Zuraida mengenai kemelut National Feedlot Corporation Sdn Bhd yang membabitkan suaminya, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail.

Rafizi dan Zuraida pula pada 30 Mac memfailkan tuntutan balas terhadap bekas pemimpin Wanita Umno.

No comments: