Hazayani Zakaria, | |
KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat memohon penjelasan kerajaan berhubung dakwaan bahawa Tabung Haji akan menjual ladang kelapa sawitnya seluas 83,000 hektar di Riau, Indonesia.
Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa (gambar) berkata, langkah tersebut dibuat dalam keadaan tergesa-gesa dan menimbulkan kecurigaan.
"Tindakan ini mencurigakan kerana tidak ada penjelasan daripada Tabung Haji dan Jabatan Perdana Menteri kenapa aset yang begitu berharga dijual dalam keadaan terdesak," kata beliau pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini.
Menurut Husam, penjualan ladang tersebut akan menjejaskan caruman pencarum Tabung Haji yang majoriti terdiri daripada orang Islam.
Ketika ini, ladang tersebut memberikan pulangan sejumlah RM3juta sehari kepada Tabung Haji.
"Kami difahamkan langkah penjualan ini dibuat secara tergesa-gesa kepada satu syarikat yang dimiliki Tan Sri Robert Kuok," katanya yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan.
Beliau juga tidak menolak langkah ini diambil setelah usaha menyenaraikan Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH) ke Bursa Malaysia tergendala.
"Kami berpandangan ini langkah terdesak BN untuk cash out aset-aset yang dimiliki oleh agensi atau perbadanan melibatkan kepentingan negara dan orang ramai.
"Dan ini mungkin langkah kedua setelah langkah mereka dalam penyenaraian FGVH tergendala," katanya.
TQ !
ReplyDeleteRObert Kuok is a rich man...he can buy anything he want just like that...& if this is true, good for the government...they can use the fund they get from the sell to build better road or school...
ReplyDeleteSebaiknya Tabung Haji dan Jabatan Perdana Menteri memberi penjelasan tentang tindakan menjual ladang kelapa sawitnya di Riau, Indonesia. Jika tidak, pihak pembangkang akan terus bermain2 dengan isu ini.
ReplyDeletepenjualan ladang tersebut harus diperjelaskan agar ia tidak menjadi isu besar nnti.
ReplyDeleteHasil daripada penjualan ladang sawit diharap dapat digunakan sebaik mungkin untuk pembangunan sosio ekonomi
ReplyDeleteApa pun penjelasan perlu diberikan mengenai perkara ini. Mungkin penjualan ini perlu ditangguhkan dahulu.
ReplyDeleteSedangkan ladang ini memberikan pendapatan yang baik kepada Tabung Haji kenapa pula mahu dijual. Sebaiknya teruskan usahakan ladang berkenaan.
ReplyDeletetidak ada penjelasan dipihak TH dan JPM mungkin juga kerana dakwaan itu tidak benar.. untuk apa dijelaskan jika tidak berlaku??
ReplyDelete