Demikian beritahu Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang ditemui selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Skim Mesra Usia Emas di Taman Melawati pagi tadi.
"Kita dalam fasa terakhir untuk meneliti persiapan menghadapi Pilihanraya yang ke-13.
"Temurapat itu nanti melibatkan pimpinan tertinggi parti termasuk Majlis Pimpinan Pusat, Ahli-ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri, Angkatan Muda dan Wanita serta cabang-cabang Keadilan di seluruh negara," jelas Azmin.
Menurut Azmin lagi, program temurapat itu bertujuan untuk membincangkan persiapan terakhir parti termasuk strategi jentera dan gerak kerja selain mengemukakan calon-calon yang bakal bertanding mewakili PKR.
"Saya percaya selesai sahaja temurapat yang akan diadakan ini, Keadilan bersedia menghadapi Pilihanraya Umum yang akan datang," tegas Azmin yang juga merupakan Ahli Parlimen Gombak.
Pilihalah calon dengan cermat dan pastikan calon tersebut memenuhi syarat-syarat sebagai pemimpin yang baik.
BalasPadamSetiap parti perlulah bersiap sedia melantik calon untuk mewakili parti masing-masing sebelum PRU-13.
BalasPadamnampaknya PKR dah bersedia untuk menghadapi PRU, kita tgklah senarai calon2 mereka nnti.
BalasPadamseperti biasa PKR akan berhadapan dengan krisis sebagai mana dalam pilihanraya sebelum ini.. pasti ada yang tidak berpuas hati dengan calon yang dipilih kerana dalam PKR hanya Anwar sahaja yang berhak membuat keputusan..
BalasPadamsaya harap kali ini, pemilihan yang dibuat oleh pucuk pimpinan PKR lebih bersifat demokrasi..
BalasPadamBersemangat PKR menyenaraikan calon walaupun PRU tidak pasti bila akan diadakan.
BalasPadamSedangkan kita dengan PKR sendiri terbelah antara Azmin dan Azizah. Azmin merupakan pengikut setia Anwar. Tambahan lagi Azmin lebih berkelayakkan dalam presiden PKR berbanding Azizah.
BalasPadamsatu persediaan yang bagus. harap2 masalah dalaman yang dialami dalam pakatan juga sudah selesai bagi menghadapi PRU-13 dengan lancar.
BalasPadamKenapa bukan sekali dengan ahli2 komponen PR yang lain?
BalasPadamGood luck kepada calon yang akan bertanding. Niat berpolitik biarlah bersih ya.
BalasPadamTidak sabar mahu tahu siapa2 barisan calon untuk PKR. Tidak lama lagi tu.
BalasPadam