| Aziz Muda |
|
Mereka yang berjumlah sekitar 30 orang mula berkumpul di ibu pejabat parti mereka sejak sekitar jam 11.00 pagi tadi sebagai langkah berjaga-jaga bagi menghadapi kejadian tidak diingini. Langkah tersebut diambil ekoran dakwaan ibu pejabat PKR akan dirosakkan atau dibakar oleh pemuda Umno hari ini kerana kemarahan mereka terhadap parti itu yang semakin melemahkan Umno. Mereka juga didakwa begitu marah dengan pemimpin-pemimpin PKR yang dikatakan sering mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang boleh melemahkan Umno. Tindakan ahli-ahli AMK mengawal ibu pejabat parti mereka itu diambil ekoran kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution smail Iberhubung dakwaan itu baru-baru ini.
Lanjutan kejadian itu, sekitar 40 orang Pemuda Umno hari ini telah membuat laaporan polis di Balai Polis Tropicana berdekatan ibu pejabat PKR dengan diketuai Ketua Penerangan Pemuda Umno Malaysia, Datuk Seri Nizal Marican. Turut serta, Lokman Adam dan Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Rizal Man. Mereka yang dijangka membuat laporan polis jam 11.00 pagi tadi, tetapi hadir jam 12.00 tengah hari. |
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.