Kenaikan itu berlaku selepas lima hari rakyat negara ini dikejutkan dengan kenaikan 20 sen harga petrol RON 97 yang kini dijual dengan harga baru RM2.90 seliter
Jelas Mohd Zain, walaupun perubahan harga runcit dibuat, ia adalah lebih rendah berbanding negara serantau, termasuk Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina.
"Langkah ini adalah selari dengan strategi jangka panjang kerajaan untuk merasionalisasikan subsidi secara berperingkat-peringkat," kata Mohd Zain.
Penyelarasan subsidi itu akan membolehkan kerajaan berjimat sebanyak RM116.6juta.
Sebelum ini banyak pihak menyelar tindakan kerajaan dalam usaha mereka 'menyelaraskan subsidi' beberapa barangan keperluan rakyat selaku pengguna.
Kenaikan harga gula ini, turut dibimbangi akan memberi kesan kepada kepada harga makanan dan minuman pula.
Kali terakhir harga gula naik pada 4 Disember lalu, sejajar dengan kenaikan Harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG).
Pada masa itu, harga gula turut meningkat 20sen, menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.
The government said previously that they will reduce the subsidies by levels.
BalasPadamharap tiada harga barangan lain yang turut naik.
BalasPadamdiharap peniaga juga tidak akan mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barangan lain.
BalasPadamhrga barangan ni akan terus naik, dan kita sebagai rakyat kenalah bijak berbelanja.
BalasPadamkerajaan perlu memantau kenaikan harga barang2 sentiasa dalam harga kawalan. Terutama di bahagian pedalaman, untuk mengelak daripada kenaikan harga yang melampau oleh sesetengah pihak.
BalasPadamHal ini sememangnya sudah diramal akan berlaku. Rakyat kena bersedia dengan kenaikkan ini, semoga majikan masing2 berhati perut untuk meningkatkan lagi gaji kita semua kerana semakin hari semakin tinngi kos hidup.
BalasPadamKenaikkan harga perlu selaras dengan kenaikkan gaji. Adalah tidak adil jika harga barang sudah meningkat tetapi gaji masih lagi dilevel yang sama.
BalasPadamkenaikan ini hanya akan dirasai bagi mereka yang sering menggunakan gula.oleh itu, kurangkanlah penggunaan gula.
BalasPadamKenaikan harga gula tidak begitu besar kesan dibanding kenaikan harga petrol.
BalasPadamRakyat tetap harap tiada lagi kenaikan harga barang.
Cukup tekan kerana gaji tidak naik.
Selepas gula apa lagi?
BalasPadamBaru saya tahu harga gas sudah RM 32.50 setong dua hari yang lalu.
Kenaikna harga barang memberatkan hati. Sudahlah wang yang dicari tidak banyak, belanja makin tambah.
BalasPadamHarap kenaikkan ini tidak akan berlaku lagi selepas ini.
BalasPadamkerajaan masih menanggung subsidi gula sebanyak RM283.4 juta setahun. rakyat perlu ingat, tidak ada barang keperluan yang harganya statik dari sejak ia diperkenalkan.
BalasPadamMungkin ini demi kebaikkan negara kita yang sekarang menanggung tinggi subsidi rakyat. Apa pun pastikan kawalan dilakukan.
BalasPadamyang patut disalahkan adalah pengeluar, pengimport atau pemborong.. merekalah yang paling gembira bila ada subsidi... dan pembangkang juga senang hati bila kerajaan memberikan subsidi kepada mereka..
BalasPadamsaya lebih suka subsidi diberikan jika tidak ada dalang dikalangan rakyat tempatan atau luar yang sanggup menjual barang2 subsidi ini ke negara jiran. jika dikira nilai seludup barang kita ke negara jiran, jumlahnya mencecah jutaan ringgit. seoalah2 kerajaan juga sedang menanggung subsidi negara2 jiran.
BalasPadamGula naik 20 sen, nanti minuman pun turut naik.
BalasPadamSudah cukup mahal minuman di kedai kopi. Milo kosong sekarang 1.70.
aduih.....
Bersedialah rakyat Malaysia menanggung era harga barang yang tidak bersubsidi.
BalasPadamKerajaan mesti cari jalan supaya negara menuju ke arah negara yang berpendapata tinggi.
BalasPadam