| Mohd Sabri Said |
| KEPALA BATAS: Masyarakat Islam yang mahu mengadakan program agama seperti forum, diskusi, ceramah dan sebagainya hendaklah menjemput masyarakat bukan Islam sebagai tetamu supaya mereka mendapat pendedahan sebenar. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pulau Pinang, Abdul Malek Kassim berkata, selama ini program bercorak Islam tidak dijemput mereka tetapi bermula dengan Seminar Al Quran dan Ekonomi bulan depan, kerajaan negeri akan membuat jemputan khas kepada mereka. "Untuk memberikan pendedahan awal kepada golongan berkenaan kita sendiri kena ubah sikap dan berani bertindak melakukan perubahan," tambahnya ketika merasmikan Majlis Penyerahan Tauliah Pegawai Masjid Sesi 2011-2012 di Dewan Millenium, di sini. Jika tidak, katanya sokongan masyarakat bukan Islam tidak ke mana bahkan makin merosot kerana mendengar orang tengah yang ada antaranya tidak sebulu dengan kerajaan Pakatan Rakyat. "Masjid terutamanya apabila menganjurkan program boleh melaksanakan hasrat tersebut agar mereka (bukan Islam) mendekati kita. Lazimnya program yang dianjurkan di masjid tidak pun diketengahkan untuk pengetahuan mereka," tegasnya. Tambahnya, Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang (Jaipp) dan Jabatan Mufti juga harus menekankan aspek itu pada setiap program kelolaan mereka selari dengan hasrat membudayakan pendedahan ke luar ruang lingkup masyarakat Islam. |
Saya menyokong. Ini boleh menyerlahkan semangat 1 Malaysia kerana memberikan peluang untuk masyarakat yang berlainan bangsa dan agama untuk lebih mendekati dan memahami agama satu sama lain. Saya amat setuju dengan cadangan ini.
BalasPadamini bgs bagi mengeratkan hubungan antara kaum dan agama dinegara kita.
BalasPadamini merupakan langkah yang baik bagi mengeratkan lagi perpaduan dan memupuk rasa saling menghormati.
BalasPadamjika pelaksanaan cadangan ini bukan untuk kepentingan politik, maka ianya wajar dilaksanakan dan baik untuk semua lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama. tapi jika ianya berunsur politik, maka bersedialah menghadapi kritikan2 yang berunsur politik yang kelak akan mencemarkan pembaharuan yang cuba diketengahkan dalam program tersebut.
BalasPadamapa2pun saya harap cadangan murni ini dapat dilaksanakan serta berjalan dengan lancar tanpa dipengaruhi oleh kepentingan politik.
BalasPadamJemput boleh, tapi jangan paksa. Itu hak mereka untuk datang atau tidak.
BalasPadamYang penting mereka tidak dipaksa untuk datang ke program tersebut. Baik biarkan mereka datang secara rela hati.
BalasPadamApa pun setiap manusia mempunyai pandangan masing-masing terhadap agama dan diharapkan pemahaman diantara pelbagai agama akan mewujudkan keharmonian.
BalasPadambagus juga jika ianya dilakukan.
BalasPadammungkin dapat menambahkan dan memberi pemahaman kepada masyarakat bukan islam mengenai islam..
BalasPadamnamun topik yang dibincangkan haruslah bersesuaian jika ingin menjemput bukan islam ke program atau forum untuk mengelak salah faham..
BalasPadamSatu idea yang baik. Tidak ada salahnya jika menjemput mereka untuk bersama-sama berkongsi ilmu tetang islam.
BalasPadamIdea ni kaan kekal baik jika tak dipolitikkan oleh mana2 pihak:)
BalasPadamApapun terpulanglah pada yang dijemput mahu datang ka tak k:)
BalasPadamYang penting mereka selesa. Sekadar menjemput tetapi tidak dipaksa. Semua pilihahan ditangan anda.
BalasPadam