NAIB Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Jimmy Jawatah, menggesa Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPT) melakukan penyiasatan secara menyeluruh berhubung dakwaan kononnya ada pelajar wanita institut pengajian tinggi (IPT) di Sabah terlibat dengan aktiviti memperdagangkan diri secara sambilan semata-mata mencari sumber kewangan bagi menampung pelajaran mereka.
Katanya, pihak KPT wajar menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk menyiasat dakwaan itu kerana profesion tertua ini mungkin mempunyai rangkaian antarabangsa yang menjadi dalang kepada aktiviti itu.
“Kita menyarankan pihak tertentu terutamanya KPT dan Polis supaya merapatkan kerjasama mereka sehingga kes ini terungkai sehingga ke akar umbi,” kata beliau dalam satu kenyataan kepada Sabahkini.net.
Kata Jimmy, kemungkinan besar kes ini sudah menular begitu lama tetapi tidak disedari sebelum ini; sehubungan itu beliau meminta agar pihak yang bertanggung jawab sebagai dalang kes ini dapat dicekup dan dihadapkan ke muka pengadilan kerana perbuatan itu amat memalukan Negara.
Tambahnya lagi, kejadian tersebut amat mengejutkan banyak pihak dalam negara kerana ia tidak pernah berlaku sebelum ini, lebih-lebih lagi insiden itu didakwa berlaku di Sabah.
Jimmy yang juga Pengerusi CLC SAPP Tenom berkata demikian ketika mengulas isu tersebut yang dicetuskan oleh Ketua Pergerakan Wanita Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun dan Murut Bersatu (UPKO), Datin Dr. Jaina Sintian semasa Simposium Pendidikan Wanita UPKO di Penampang baru-baru ini.
Dr Jaina yang dipetik sebagai berkata, fenomena tersebut memang wujud hampir seluruh IPT di negeri ini melalui rangkaian yang tersembunyi tanpa disedari oleh pihak pengurusan IPT terbabit.
Menyedihkan lagi, apabila perbuatan mereka (pelajar) bukan secara paksaan tetapi atas kehendak mereka sendiri kerana didorong oleh masalah kekurangan kewangan sepanjang sesi pengajian IPT.
Isnin, 6 Disember 2010
SEMAKIN RAMAI PELAJAR IPT SABAH MELACUR?
Oleh: MAIL MATHEW (sabahkini)
Sesiapa yang ada maklumat patut membantu siasatan supaya tindakan yang wajar boleh diambil.
BalasPadamIni adalah cara yang salah untuk mendapat sumber kewangan. Diharap kerajaan akan mencari cara untuk membantu pelajar2x IPT itu.
BalasPadamTidak perlu mencari alasan ini untuk menampung pembelajaran. Nak sangat bergaya itu adalah salah satu punca mengapa berlakunya aktiviti ini di kalangan pelajar IPT.
BalasPadamSungguh menyedihkan... Ke mana hilangnya maruah dan harga diri seorang insan :(
BalasPadamKaji punca hal ni dan cari jalan penyelesaiannya. Saya yakin setiap masalah pasti dapat diselesaikan asalkan ada kesungguhan. Jadi sesiapa yang ada maklumat tu tampilah bantu siasatan.
BalasPadamKerajaan harus campur tangan dalam hal ni. Jangan biarkan saja, nanti keadaan bertambah teruk...
BalasPadamKeluarga pun harus memainkan peranan mereka sebaik mungkin. Jangan biarkan anak2 kita hanyut dengan perkara tak bermoral!
BalasPadamApapun pelajar sendiri harus lebih tahu apa yang perlu dilakukan... Janagn biarkan diri tergadai semata-mata mahu hidup mewah.
BalasPadamkerajaan perlu memastikan semua IPT menyediakan asrama untuk golongan wanita serta mengurangkan sekatan2 dalam asrama sebagai langkah mengawal tindak tanduk mereka dari terus menikmati kebebasan melampau.
BalasPadamsaya harap kementerian pelajaran serta pihak yang berkenaan mengambil berat masalah ini memandangkan semakin hari semakin kerap aktiviti tidak bermoral dikalangan pelajar didedahkan oleh media. masalah ini adalah tanggungjawab bersama melibatkan semua masyarakat.
BalasPadambukan begitu jika nak mendaptkan wang, byk lagi cara yang lebih baik selain melacur.
BalasPadamAdakah pinjaman PTPTN, MARA dan sebagainya tidak mencukupi bagi menampung kos pembelajaran tersebut sehinggakan sebilangan pelajar sanggup melacurkan diri.
BalasPadamPerkara ini sepatutnya diambil perhatian oleh pihak tertentu, kerana aktiviti memperdagangkan diri secara sambilan dikalangan pelajar IPT hanya untuk mencari sumber kewangan bagi menampung kos pelajaran mereka adalah tindakan yang salah.
BalasPadamApapun yang dilakukan oleh pelajar tersebut, samada untuk kebaikan mereka ataupun sebaliknya tetapi perlu dikenakan tindakan juga sekiranya didapati terlibat dalam kegiatan ini.
BalasPadamKementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPT) seharusnya membuat siasatan menyeluruh berhubung dakwaan ini. Tiada gunanya pelajar tersebut melanjutkan pelajaran sekiranya menjejeskan masa depan mereka.
BalasPadamMungkin pelajar yang terlibat dalam kegiatan ini adalah mereka yang tinggal di luar asrama. kerana bebas keluar pada bila2 masa sahaja.
BalasPadamMasalah ini perlu ditangani..Ini memalukan IPT sendiri berhubung masalah ini. Pihak berkuasa tolong siasat kebenarannya.
BalasPadamPneyebab utama dalam hal ini adalah kerana kewangan, adakah ini benar atau tidak?oleh itu siasatan seterusnnya perlu mencari penyebab utama kenapa perkara ini boleh berlaku. KPT perlu menangani masalah ini berleluasa.
BalasPadamsebaiknya jika pekara ini disiasat. pekara seperti ini memerlukan perhatian..
BalasPadamjika benar seperti dikatakan, sesuatu perlu dilakukan bagi mengatasi masalah ini.
BalasPadamDari mana angka ini diperolehi? Sejauh mana kesahihan kenyataan ini?
BalasPadamKenapa mereka berbuat demikian? Terdesak atau semata-mata untuk menikmati kehidupan mewah.
BalasPadamSiasatan lanjut harus ada.
BalasPadamWell, need a thorough analysis on this matter.
BalasPadamMasih terlalu awal untuk membuat sebarang spekulasi.
BalasPadamJangan menggunakan tajuk yang mengelirukan seperti atas. Tajuk ini diakhir tanda soal, tetapi memberi tangapan yang negetif terhadap pembaca.
BalasPadamIni gejala sosiol yang serius, kementerian wanita disaran campur tangan.
BalasPadamAdakah mereka ini betul dalam kesusahan atau mengejar barang jenama dan kehidupan mewah?
BalasPadamSaya rasa tidak berlaku lah. Mungkin ada tetapi tidak ramai yang terlibat.
BalasPadamem...mencari info di tahun baru 2011 disini...
BalasPadamHarap isu ini boleh ditangani sebelum menjadi tenat.
BalasPadam