KOTA BARU — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata partinya bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 pada bila-bila masa berikutan penangguhan pemilihan Umno selama 18 bulan yang sepatutnya bermula tahun depan.
Malahan beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata partinya tiada masalah untuk menghadapi pilihan raya umum lebih awal kerana parti itu sentiasa dalam keadaan bersedia.
“Kita bersedia menghadapi pilihan raya umum ke-13 bila-bila masa daripada sekarang jika ia diadakan lebih awal seperti digembar-gemburkan,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini
Nik Aziz (gambar) berkata demikian mengulas mengenai kemungkinan pilihan raya umum akan diadakan pada penghujung tahun depan berikutan pengumuman Presiden Umno yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menangguhkan pemilihan Umno sehingga 18 bulan.
Beliau berkata PAS juga sudah mempunyai calon-calon yang berkebolehan untuk diketengahkan pada pilihan raya umum biarpun parti itu pernah tewas buat pertama kali dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas 4 November lepas.
Dalam pilihan raya kecil DUN itu, calon Barisan Nasional (BN), Abdul Aziz Yusoff, mengalahkan calon PAS, Dr Zulkifli Mohamad, dengan majoriti besar 1,190 berbanding pilihan raya umum 2008 lepas. Calon PAS, Allahyarham Chek Hashim Sulaima, yang meninggal dunia pada 27 September lepas, memperoleh majoriti hanya 646 undi.
BN memperoleh kemenangan besar pertama dalam pilihan raya kecil itu setelah tewas kepada PAS dengan majoriti tipis dalam pilihan raya kecil DUN Manek Urai pada 2009.
Kemenangan BN di Galas dan pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi dikatakan menjadi sandaran untuk BN mengadakan pilihan raya umum tahun depan kerana keyakinan rakyat semakin beralih kepada BN berbanding pilihan raya umum 2008, yang menyaksikan pakatan pembangkang memperoleh lima negeri dan BN hanya mendapat majoriti mudah berbanding dua pertiga majoriti dalam Parlimen pada 2004.
Nik Abdul Aziz turut menafikan dakwaan kononnya kekalahan PAS pada pilihan raya kecil DUN Galas bukan disebabkan faktor calon yang ditolak pengundi kerana pernah kalah dalam pilihan raya sebelum itu.
Namun beliau mengakui kemungkinan kesilapan strategi berkempen punca calon BN memperoleh majoriti lebih besar berbanding majoriti yang diperolehi calon PAS pada pilihan raya umum 2008.
semua parti politik di malaysia sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan pilihanraya umum diadakan lebih awal dari yang sepatutnya..
BalasPadamBukan PAS saja yang sudah bersedia. Kebanyakkan parti telah pun bersedia untuk menanti PRU 13 ini. Kita tunggu dan lihat bila akan diadakan PRU tersebut.
BalasPadamkita telah menyaksikan beberapa PRK diadakan selepas PRU12 2008..yang terbaru adalah di DUN galas dan P185 batu sapi di mana BN telah memenangi kedua-dua kerusi tersebut dengan kemenangan besar bahkan dengan majoriti yang lebih banyak berbanding apa yang dikecapi semasa PRU12..ini menunjukkan BN masih relevan dan diterima rakyat..
BalasPadamMungkin penangguhan itu bukan kerana PRU 13 akan datang. Tapi mungkin mereka belum bersedia untuk pemilihan UMNO tersebut. Kita doakan sertiap parti akan melakukan yang terbaik dan tidak mahu cara kotor berlaku pada PRU akan datang.
BalasPadamnamun, kedua-dua PRK tersebut tidak boleh dijadikan sebagai gambaran senario politik negara..masih banyak cabaran2 yang jauh lebih besar sedang menunggu di hadapan..
BalasPadamoleh itu, jentera2 pilihanraya parti2 politik baik kerajaan/pembangkang giat melakukan tugas mereka untuk meraih sokongan dan undi rakyat..namun yang pasti, keputusan adalah terletak di tangan rakyat..
BalasPadamMungkin PAS nik Aziz mengatakan semua ini dengan redha hati walaupun tidak dapat menandingi BN yang ternyata pada PRK Galas..
BalasPadamsemua parti tidak kira BN atau PR juga sentiasa bersedia. apa pun yang penting semua parti perlulah berusaha dan mengutamakan kepentingan rakyat.
BalasPadamkhabar angin tentang PRU 13 semakin kedengaran. namun mungkin itu cuma khabar angin saja.
BalasPadampersediaan bagi menghadapi PRU mmg perlu ada.
BalasPadamPAS sebelum ini menyokong keputusan Pakatan untuk mengadakan Pilihan Raya Umum berasingan iaitu dengan menggunakan mandat lima tahun dengan sepenuhnya sebelum membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN). bertentangan dengan keyataan PAS hari ini kononnya sedia menghadapi pilihan raya umum bila2 masa... nampak sangat komponen pakatan tidak ada kesefahaman, bercelaru dan tidak mempunyai pendirian tetap..
BalasPadam"Menteri Besar Kelantan berkata partinya tiada masalah untuk menghadapi pilihan raya umum lebih awal kerana parti itu sentiasa dalam keadaan bersedia."
BalasPadambersedia dari segi apa? pembohongan, fitnah atau demo? sering kita lihat kemunculan ahli2 PAS dalam mana2 media dengan pelbagai bentuk kritikan dan fitnah, adakah itu bentuk persediaan yang dimaksudkan?
rakyat tidak perlukan pemimpin atau parti yang menggunakan pendekatan demo untuk menyelesaikan masalah, serta meninggalkan dan mengutuk wartawan dan rakyat apabila tidak mampu menjawab soalan mereka.
BalasPadamDiharapkan parti2x lain pun dah bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum.
BalasPadamApa2x masalah yang terdapat dalam parti harus diselesaikan secepat mungkin. Jangan biarkan masalah itu berlanjutan sehingga ke hari PRU13 nanti.
BalasPadamSelamat berjuang!
BalasPadamWalaubagaimanapun, selamat berjuang.
BalasPadamDiharapkan semua calon dan parti yang akan bertanding bersiap sedia menghadapi pilihan raya seterusnya.
BalasPadamMasa sudah dekat. Gendang PRU 13 makin kuat berbunyi.
BalasPadamBetul kata Tok Guru, bukan saja PAS harus bersedia, malah semua parti politik.
BalasPadamBN pun sudah sedia hadapi pilihanraya cuma dorang tu tidaklah bising-bising...
BalasPadamPAS sudah tidak sabar-sabar melebarkan sayapnya ke negeri-negeri lain di Malaysia...
BalasPadamPRU13 ni adalah penantian satu penyiksaan....terutama pembangkang
BalasPadamsenario politik malaysia menjelang PRU13 semakin hangat dan mendebarkan. ada yang tidak sabar menunggu p/raya dan masing-masing dengan andaian dan ramalan bila tarikh p/raya bakal diumumkan. saya pasti ramai juga para jentera-jentera parti yang cuba memenangi hati rakyat...malah janji-janji manis pun bertabur di sana-sini. emmmm undi dihujung jari rakyat..siapa buat kerja lebih, dia adalah pilihan rakyat..
BalasPadamsaya sudah agak kali ni pasti ramai yang sudah buat pilihan siapa parti kerajaan pilihan mereka
BalasPadamNgam la tu, siap sedia ja la...
BalasPadamDalam bersiap sedia tu, pastikan kepentingan rakyat terus diutamakan. Jangan asyik fikir pasal pilihan raya ja hingga kebajikan rakyat terbai k.
BalasPadamSaya harap rakyat pun bersiap sedialah. Pastikan penilaian anda adalah yang terbaik utk masa depan negara :)
BalasPadamJangan terpengaruh dengan gosip2 -ve. Tumpukan pada peranan anda sebagai pengundi yang bijak :)
BalasPadamApapun kepada semua parti, selamat berjuang utk memenangi hati rakyat.
BalasPadamSentiasa bersedia barulah kita dapat menghadapi segala cabaran dengan penuh keyakinan.
BalasPadamPAS sebuah parti yang mantap dan kukuh dibanding PKR.
BalasPadamSentiasa bersedia salah satu sebab PAS mantap.
Siapa bakal menang PRU akan datang? PAS sudah bersedia, bagaimana pula DAP dan PKR?
BalasPadamYa, itu dia PAS, jangan terlalu yakin nanti sendiri merana!!!
BalasPadam