Oleh: WFAUZDIN NS
NAJIB akhirnya mengaku jika pemilihan Umno diadakan dalam masa terdekat ini, akan berlaku ketegangan dan kekecohan, cuma beliau yakin Umno mampu atasinya. Sebab itu beliau menangguhkan pemilihan di dalam Umno.
Terbukti PKR lebih berani dari Umno. PKR berani menghadapi pemilihan walaupun memang ada berlaku sedikit kekecohan tetapi tidak satu pun yang melibatkan rasuah politik wang
Najib bimbang, jika Umno mengadakan pemilihan ini bermakna bukan sahaja berlaku kekecohan tetapi banyak wang yang akan keluar.
Najib amat bimbang setelah mereka bersama media haprak menyerang PKR baru-baru ini, bila tiba masa pemilihan Umno keadaan berkali ganda lebih teruk dari PKR.
Bukan Najib tidak tahu, Umno tidak boleh lahirkan pemimpin jika tidak ada wang. Ketua Pemuda Umno sendiri terpalit dengan rasuah politik.
KM Melaka pun begitu. Adun Bagan Pinang, Isa Samad pun lebih kurang. Tidak mustahil muka-muka baru yang akan naik dengan wang ringgit di dalam Umno nanti. Itulah yang amat ditakuti oleh Najib. /wfauzdin.blogspot.com
najib nampaknya lebih bijak berbanding dengan pemimpin PKR..
BalasPadam"...Terbukti PKR lebih berani dari Umno..."
BalasPadammungkin PKR lebih berani sebab didorong oleh semangat reformasi namun ternyata UMNO lebih bijak..pemimpin UMNO tahu masa yang sesuai untuk diadakan pemilihan UMNO..
harus diingat oleh mana2 pemimpin bahawa bukan semua ahli dalam parti yang sebulu dengan para pemimpin..jika tidak ambil berat akan hal ini, tentu sekali akan membawa kekecohan dan perpecahan di kalangan parti seperti apa yang berlaku dalam PKR..
BalasPadamapa pun, keputusan adalah di tangan najib selaku presiden UMNO..tunggu dan lihat apa yang akan berlaku dalam pemilihan UMNO apabila diadakan kelak selepas tempoh penangguhan.
BalasPadamPR sengaja mengambil kesempatan dengan menjadikan pekara ini sebagai isu untuk menghentam UMNO, sedangkan PR sendiri gagal menyelesaikan masalah mereka.
BalasPadamapa yang dilakukan oleh PM adalah tepat dan sesuai. ini akan dapat menjadikan parti lebih kukuh dan bersedia.
BalasPadamPKR bukan lebih berani tp lebih bodoh kerana membuat pemilihan semasa keadaan parti yang tidak stabil dan kecoh. tindakan Najib ini bijak kerana dia kena pastikan parti betul2 bersedia untuk membuat pemilihan.
BalasPadamMungkin UMNO ada sebab tersendiri menangguh pemilihan UMNO. Jadi PKR tidak perlulah ikut campur hal rumah tangga orang lain.
BalasPadamPKR berani dari UMNO??Mahu gelak saya dengar kenyataan ini. Apa yang PKR berani??benari main tipu adalah sampai Zaid dan konco-konconya keluar parti PKR kerana pemimpin PKR yang tidak adil.
BalasPadamberani atau tidak, itu bukan menjadi ukuran kepada kemampuan mana2 parti, lebih2 lagi jika pihak yang kononnya berani itu bertindak secara terburu2 tanpa memikirkan kesan dan tidak mampu menyelesaikan masalah yang timbuk kesan dari tindakan kononnya disifatkan sebagai berani itu..
BalasPadamumno menangguhkan pemilihan sebab mereka mahu proses pemilihan mereka berjalan dengan lancar, bukan seperti PKR. atau mungkin PKR cemburu dengan sikap dan tindakan profesional umno dalam menghadapi pemilihan.
BalasPadamseorang pemimpin PKR mengambil keputusan untuk melakukan lompatan luar biasa melepasi longkang, kemudian beliau jatuh tersungkur tepat kedalam longkang. tiba2 beliau bangun tanpa sedikitpun rasa menyesal, bersalah dan tanpa segan silu terus mendabik dada kononnya beliau berani melakukan lompatan. sedangkan orang lain tidak pun mempunyai masalah menggunakan laluan lain yang lebih selamat untuk sampai ke tempat yang sama... itulah namanya pembangkang..
BalasPadamApa-apa pun, semua ini juga terpulanglah dengan kerajaan juga.
BalasPadamNajib membuat tindakan yang betul untuk menangguhkan pemilihan di dalam UMNO. Tidak payahlah tergesa-gesa untuk membuat pemilihan dalam UMNO. Biar lambat, asalkan akan dibuat juga nanti.
BalasPadamNajib bukan takut cuma ingin menunggu masa yang lebih sesuai supaya impak yang berlaku sekarang akan diminimakan pada masa yang sesuai.
BalasPadamNajib telah mempertimbang secara mendalam. BUat masa ini bukan timing yang gam.
BalasPadamPKR boleh cakap apa saja yang disukai. diam Najib bukan bermakna takut, diam-diam ubi bukan tin kosong. kalau bising-bising dan sukar cabar sini sana..tu tandanya, anda sebenarnya sudah keluarkan benda-benda yang tidak sepatutnya didengar oleh rakyat...kalau kalah nanti jangan menyesal...
BalasPadamPKR suka bercakap dan perasan...'orang bijak tidak suka melalak dan hanya mengeluarkan kata-kata yang patut dicakap je' adakah PKR seperti itu?
BalasPadamsaya amat bersimpati dengan PKR yang bakal kalah dalam PRU13 nanti...ahaks....hehehehe
BalasPadambetulkah si Najib tu takut dengan PKR? emmm jangan suka perasanlah PKR??? anda yakin dapat sokongan rakyat kali ni? entah-entah nak dapat 2 kerusi pun susah..
BalasPadamsedih dengan sikap parti-parti yang suka bercakap..
BalasPadamSekurang-kurangnya Najib bijak membuat strategi :)
BalasPadamKalau berani tak bertempat pun tak guna juga.. hehhe
BalasPadamKeputusan Najib ni tak perlu dipertikaikan. Ini hak Najib dan apa salahnya jika beliau tunggu masa yang lebih sesuai kan :)
BalasPadamTapi PKR ni kan sibuk juga betul oo.. adii mcm telampau hebat ja! huhu
BalasPadamApapun, samalah kita nantikan apa yang bakal berlaku seterusnya :)
BalasPadamTajuk ini seolah-olah Najib penakut. Tidak benar sama sekali.
BalasPadamSemua parti menghadapi krisis. Jika pemilihan bakal membawa impak yang sukar ditanggung, penangguhan pemilihan adalah langkah yang bijak.
BalasPadamPemilihan UMNO ditangguh selepas PRU 13 akan datang adalah satu langkah yang betul supaya tidak berlaku 'backpull' dari golongan kalah dalam pemilihan parti.
BalasPadamBukan soal siapa yang berani @ x, kita kena peka terhadap keadaan semasa. Jika tidak pelbagai masalah akan timbul.
BalasPadam