Isnin, 6 Disember 2010

Gerakan: Bubar komponen BN, tubuh parti tunggal

Regina Lee

Timbalan presiden Gerakan, Chang Ko Youn berkata membubarkan parti-parti komponen BN adalah langkah pertama bagi menamatkan politik perkauman di negara ini.

gerakan youth and woman wing convention 041210 01“Seperti yang saya perkatakan sebelum ini, politik perkauman memecahbelahkan dan mendatangkan lebih mudarat daripada kebaikan dalam masyrakat majmuk ini.

“Saya gesa parti komponen BN mengkaji semula kedudukan mereka dan perlembagaan dengan membubarkan halangan perkauman dan meminda undang-undang bagi membolehkan semua rakyat Malaysia tanapa mengira bangsa, jantina, warna atau agama menjadi ahlinya,” kata Chang.

Tambahnya, Gerakan juga mendesak semua parti komponen BN yang masih menerima kaum tertentu supaya meminda perlembagaan masing-masing dan menerima semua rakyat Malaysia.

“Dalam jangka panjang, BN harus menjadi parti tunggal dan semua parti komponen dibubarkan dan semua ahli mereka hanya menjadi ahli BN sahaja.

Dacing berat sebelah

“Ini akan menjadi satu lompatan besar ke arah politik bersatu rakyat Malaysia,” katanya semasa menyampaikan ucapan polisi di persidangan perwakilan Belia dan wanita Gerakan, pagi ini.

gerakan youth wing convention 041210 lim si pinKetua Pemuda Gerakan, Lim Si Pin, pula tidak memperdulikan kata-katanya dengan terus membidas simbol dacing BN yang dikatakannya berat sebelah, termasuk ke atas parti-parti komponen dalam gabungan itu sendiri.

“Mungkin kita kalah dengan teruk pada pilihan raya 2008 kerana BN tidak dilihat sebagai adil,” katanya sambil menambah bahawa jawatan-jawatan utama dalam BN hanya “diboloti oleh satu atau dua parti sahaja”.

“BN sebagai satu komponen seharusnya membuat polisi-polisi untuk semua dan buaknnya untuk satu atau dua parti sahaja. Di negara ini, ada yang kata hak asasi kita masih bukan merupakan hak. Seperti contoh dalam pendidikan dan agama. Tidakkah sepatutnya semua parti dirujuk sebelum sesuatu keputusan dibuat?” soalnya.

Lim juga mendesak parti Gerakan agar tidak menjejaki langkah Umno yang menangguhkan pemilihan parti dan berkata tindakan itu sesuatu “proses pembaharuan yang tidak diperlukan' dan mengumpamakannya sebagai “menjalani pemeriksaan badan yang lengkap”.

NONE“Dalam penjelasannya (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak) berkata bahawa ia dilakukan (penangguhan pemilihan pimpinan Umno) bukan kerana pilihan raya mengejut akan diadakan. Jadi Gerakan mesti terus dengan pemilihan sendiri.

“Ia adalah proses bagi menghapuskan bahagian dan cawangan yang tidak aktif dan menggalakan pemimpin muda dan bertenaga dibawa masuk ke teras. Bagaimana kita tahu perwakilan kita masih aktif dengan parti jika tidak ada pemilihan diadakan?

“Jadi bagi mencergaskan semula dan memberi tenaga baru kepada parti, kita mesti secara serius melihat kepada pemilihan dan tidak menundanya,” kata Lim yang sudahpun mengumumkan beliau tidak akan bertanding semula.

Tindakan Najib yang sebelum ini mengumumkan bahawa Umno akan menangguhkan pemilihan parti itu kepada 18 bulan bagi memperkuatkan parti menimbulkan cakap-cakap kemungkinan pilihan raya mengejut akan diadakan.

26 ulasan:

  1. Kena tunda pun boleh jadi isu. huhu

    BalasPadam
  2. “Mungkin kita kalah dengan teruk pada pilihan raya 2008 kerana BN tidak dilihat sebagai adil,”

    hahahhaa, kalau dah kalah; kalah la bah... Jangan lagi banyak cakap:P hehe

    BalasPadam
  3. Apapun bagi saya terpulanglah pada rakyat utk membuat penialaian :)

    BalasPadam
  4. Baik buruk sesuatu perkara itu lebih diketahui oleh rakyat kerana lah yang mengalaminya :)

    BalasPadam
  5. So ketepikanlah soal lain, dan fokuslah kepada kepentingan rakyat.

    BalasPadam
  6. walaupun komponen BN dibubarkan, belum tentu politik perkauman akan lenyap kerana politik perkauman itu timbul dalam diri pemimpin itu sendiri. jika mahu komponen BN dibubarkan, minta juga supaya peranan parti pembangkang dihapuskan. biar hanya ada satu parti sahaja yang memerintah..

    BalasPadam
  7. PM Najib tahu apa yang beliau lakukan dan tidak perlu menimbulkan spekulasi atau mempertikaikan pemerintahan Najib hari ini dengan isu pilihan raya 2008 kerana bukan beliau yang berkuasa pada waktu itu.

    BalasPadam
  8. Satu idea yang bagus-membubarkan komponen BN dan tubuh parti tunggal. Saya pasti dengan adanya BN tubuh parti tunggal, peluang mereka untuk memenangi besar dalam PRU13 adalah tinggi.

    BalasPadam
  9. Apa-apapun, terpulang kepada Najib. Saya pasti dia tahu apa yang patut dia harus buat.

    BalasPadam
  10. Maka saya berpendapat bahawa penubuhan sesebuah parti bergantung kepada sokongan rakyat.

    BalasPadam
  11. nak tubuhkan parti tunggal tanpa perkauman adalah baik, namun ia bukan mudah nak dilakukan.

    BalasPadam
  12. Mungkin sudah tiba masanya BN tidak perlukan parti kompenan lagi dan bergabung menjadi satu parti iaitu Barisan Nasional untuk semua.

    BalasPadam
  13. tujuan gerakan ini untuk menyatukan satu parti sahaja. oleh itu, kita mengharapkan yang terbaik untuk kita nanti.

    BalasPadam
  14. Memang itulah yang utama sekali, pentingkan keutamaan kepada rakyat. Semoga semua parti boleh membantu rakyat yang memerlukan pertolongan.

    BalasPadam
  15. tidak kira apa pun cadangan yang dibuat pastikan ianya disukai oleh rakyat.

    BalasPadam
  16. pada saya yang penting BN terus memperjuangkan kepentingan rakyat. terpulanglah kepada kepimpinan BN untuk melakukan apa yang terbaik untuk rakyat.

    BalasPadam
  17. Kekalkan parti-parti komponen BN. Cuma mana-mana pemimpin suka menimbulkan isu perkauman perlu ditamatkan perkhidmatannya dan mengantikan pemimpin muda bertenaga berkebolehan dalam menghadapai pelbagai cabaran.

    BalasPadam
  18. Saya lihat, isu perkauman ini sebenarnya sudah dipolitikkan dan bila di sentuh isu ini semua rakyat terlalu sensetif tanpa mengatahui perkara sebenarnya dan juga telah di salah anggap oleh pihak-pihak lain. Sedangkan kerajaan telah memberikan pelbagai kemudahan yang dinikmati oleh semua lapisan masyarakan tanpa mengira bangsa, warga kulit dan sebagainya.

    BalasPadam
  19. Tidak jauh beza samada bubar atau tidak. Untuk mendapat persetujuan sepakat dari komponen parti, jawatan parti akan dijadikan syarat pembubaran.

    BalasPadam
  20. Mungkin ada betul dan logiknya apa yang diperkatakan dalam artikel ini. Jika hanya ada satu parti maka tidak akan ada lagi yang berjuang untuk parti sendiri sahaja. Semua akan berada dalam satu kepimpinan sahaja.

    BalasPadam
  21. Apa tujuan Gerakan bercadang demikian?

    Gerakan semakin terasa tidak lagi releven dalam BN, ini satu jalan keluar bagi Gerakan.

    BalasPadam
  22. Good suggestion from Gerakan. Agree and support.

    BalasPadam
  23. Jika parti tunggal ditubuhkan separti yang dicadang oleh Gerakan,
    perebutan jawatan pasti berlaku.

    BalasPadam
  24. Memandangkan kedudukan Gerakan yang ada serupa tiada, lebih baik semua parti komponen disatukan. Tiada lagi UMNO, MCA, MIC dan lain-lain.

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.