Ahad, 5 Disember 2010

Calon pilihan raya umum ke-13 adalah calon pilihan rakyat, kata Najib

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR — Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan bahawa calon Barisan Nasional (BN) yang bakal terpilih pada pilihan raya umum akan datang, adalah terdiri calon pilihan rakyat.

“Kita akan tekankan soal rakyat didahulukan,” kata Perdana Menteri kepada pemberita selepas berakhir Konvensyen Barisan Nasional (BN) 2010 di Wisma MCA di sini hari ini.

Najib, yang juga Pengerusi BN berkata demikian ketika ditanya mengenai kaedah pemilihan calon pilihan raya umum akan datang sama ada akan mendahulukan calon pilihan rakyat atau berdasarkan kehendak parti semata-mata.

Mengenai kuota pembahagian kerusi pula, Najib berkata perkara itu akan diputuskan atas semangat parti BN dengan mengadakan rundingan dengan semua 13 parti komponen.

Dalam pada itu, Perdana Menteri menegaskan bahawa Konvensyen BN yang diadakan hari ini adalah sebagai satu proses untuk mengukuhkan dan menguatkan BN secara berterusan.

“Ia bukanlah menjelang pilihan raya umum ke-13, sebaliknya satu proses yang berterusan. Pilihan raya boleh diadakan pada bila-bila masa sahaja. Terpulang kepada kami untuk menentukan bila masa yang paling baik,” katanya, sambil menolak tanggapan bahawa konvensyen itu diadakan semata-mata untuk BN membuat persiapan menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Ketika diminta mengulas kenyataan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek semasa perbahasan, Najib berkata ia terpakai kepada kedua-dua pihak.

“Dalam lain perkataan, kita perlu sensitif mengenai semua parti komponen. Ini tidak bermakna Umno sahaja, tetapi MCA, MIC, dan semua pihak; ia terpakai kepada semua. Ini bukanlah ditujukan kepada Umno semata-mata.”

Ketika berucap, Dr Chua berkata BN tidak seharusnya dilihat hanya bekerjasama semasa pilihan raya tetapi perlu tulen dalam perkongsian kuasa pada sepanjang masa.

Beliau berkata keputusan berkaitan dasar utama mesti dimaklumkan kepada semua parti komponen sebelum dihebahkan kepada orang ramai.

25 ulasan:

  1. Rakyat perlu membuat pilihan yang betul.

    BalasPadam
  2. Selamat berjuang untuk PRU13 nanti. Buatlah yang terbaik untuk mendapat sokongan rakyat.

    BalasPadam
  3. Siapapun calonnya, biarlah calon itu adalah yang terbaik.

    BalasPadam
  4. BN tetap akan jadi pilihan jika berjaya membuktikan pada rakyat bahawasanya kepimpinan BN/UMNO/GOV adalah yang terbaik utk rakyat dan juga masa depan negara:)

    BalasPadam
  5. Semoga Konvensyen BN yang diadakan benar2 dapat mengukuhkan dan menguatkan BN :)

    BalasPadam
  6. Rakyat kenalah membuat penilaian matang dan membuat pilihan yang tepat demi kepentingan ramai :)

    BalasPadam
  7. Apapun sama2 lah kita nantikan apa yang bakal berlaku next GE nanti. Kepada BN all the best :)

    BalasPadam
  8. saya amat setuju jika calon itu dipilih berdasarkan pilihan rakyat. yang penting Najib perlu pastikan pemilihan ini berjalan dengan lancar tanpa timbul kekecohan seperti yang berlaku dalam PKR.

    BalasPadam
  9. Ini menunjukkan bahawa Najib tidak pilih bulu.

    BalasPadam
  10. This is great. We have nothing to lose.

    BalasPadam
  11. ya.. calon yang dipilih haruslah calon yang terbaik dan disukai rakyat.

    BalasPadam
  12. Kita tidak pasti mana yang trbaik untuk rakyat. Apa pun, itu pilihan rakyat sendiri, jika tersilap itu silap rakyat dan bukan pemimpin.

    BalasPadam
  13. Kita doakan pada PRU13 nanti semua berjalan dengan lancar tanpa ada halangan dan dugaan.

    BalasPadam
  14. memang patut jika setiap calon yanng diletakkan adalah pilihan rakyat.

    BalasPadam
  15. calon yang dipilih nati perlu membuktikan yang mereka sanggup bekerja untuk rakyat dan berusaha menjaga kepentingan rakyat.

    BalasPadam
  16. Jika bn memilih calon yang merupakan pilihan rakyat, peluang menang lebih tinggi.

    BalasPadam
  17. Calon pilihan rakyat? Macamn mana nak tahu samada calon itu pilihan rakyat atau tidak?

    BalasPadam
  18. Rakyat yang mengundi, mestilah dari pilihan rakyat tu sendiri.

    BalasPadam
  19. Calon pilihan rakyat,Jika itu adalah benar maka, harap2 pilihan mereka tepat.

    BalasPadam
  20. Harap BN dapat memilih calon yang benar-benar pilihan rakyat.

    BalasPadam
  21. Pilihan rakyat bermakna calon BN tetap menang.

    BalasPadam
  22. Tiada guna melantik calon yang tidak disukai rakyat, cadangan PM menepati kemahuan rakyat.

    BalasPadam
  23. Calon pilihan rakyat, calon yang tidak akan ditolak rakyat.
    Rakyat tidak tolak calon berkenaan, kemenangan sudah di depan mata.

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.