THE MALAYSIAN INDISER
“Saya merujuk kepada tajuk akhbar The Star (hari ini). Benar saya akan keluar parti, tetapi saya belum mengemukakan (notis) keluar daripada parti secara rasmi.
“Saya akan membuat penjelasan (susulan) menerusi kenyataan akhbar Jumaat ini,” kata beliau dalam kenyataan penjelasan yang disiarkan dalam blognya hari ini.
Dalam laporan tengah hari tadi, Bernama memetik Zaid berkata, beliau tidak menolak kemungkinan akan keluar daripada parti itu dalam masa terdekat.
Beliau berkata bagaimanapun, keputusan itu masih dalam pertimbangan.
“Belum (keluar parti), mungkin tidak lama lagi,” katanya menerusi SMS kepada Bernama pagi tadi.
Akhbar The Star hari ini melaporkan bekas calon timbalan presiden PKR itu telah membuat keputusan untuk keluar parti, dengan mengatakan bahawa beliau telah muak dengan pergolakan dalaman parti.
Zaid juga dilaporkan berkata bahawa “beliau tahu masanya sudah suntuk untuk terus berada dalam PKR ekoran serangan bertali arus ke atas peribadinya oleh pemimpin-pemimpin parti”.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu pada 8 November lepas mengumumkan keputusannya untuk menarik diri daripada bertanding selain melepaskan semua jawatannya dalam parti itu.
Dalam kenyataan di blognya, Zaid berkata pucuk pimpinan PKR tidak langsung cuba menangani pelbagai isu berhubung manipulasi dan amalan pemilihan yang tidak adil walaupun isu-isu itu sering dibangkitkan.
Pada 9 November lepas, Zaid turut menggesa Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Naib Presiden parti Azmin Ali supaya berundur dan mendakwa kedua mereka adalah punca segala masalah dalam parti.
Baguslah kalau sudah ada keputusan yang sebenar. Sebelum ini banyak khabar angin mengatakan Zaid keluar parti dan ada yang mengatakan juga zaid tidak keluar PKR??Jadi sekarang kita telah tahu bahawa Zaid telah memutuskan untuk keluar parti PR.Sekarang kita tidak pasti apa rancangan seterusnya oleh Zaid setelah keluar parti ini.
BalasPadammasalah dalaman PKR telah menyebabkan parti itu dilihat sebagai sebuah parti yang bermasalah.
BalasPadamjika kemelut dalam PKR ini berlarutan, mungkin lebih ramai lagi ahli yang akan keluar parti.
BalasPadamjika zaid sudah hilang kepercayaan kepada PKR terutamanya Anwar dan Azmin, kenapa masih teragak2 untuk keluar parti? atau mungkin zaid sendiri ada rancangan yang memerlukan zaid membuat keputusan rasmi jumaat ini?
BalasPadamberdasarkan kenyataan zaid ini seolah2 beliau sedang menantikan sesuatu sebelum dapat membuat penjelasan. tidak mustahil beliau akan kekal dalam PKR kerana beliau sendiri amat berat meninggalkan PKR.
BalasPadamSaya menghormati keputusan beliau. Semoga segalanya berjalan lancar selepas ini.
BalasPadamPKR perlu menangani krisis dalaman mereka sebelum ahli dan juga para penyokong hilang keyakinan terhadap mereka.
BalasPadamLepas keluar harap2 zaid akan mendapat ketenangan,dan tidak akan bergiat dalam politik lagi...kerana itulah yang terbaik untuk beliau..
BalasPadamlebih baik Zaid kelur dari PKR kerana PKR tidak sesuai untuk beliau.
BalasPadamnampaknya Zaid mengambil keputusan untuk keluar dari PKR. keputusan ini sudah dijangkakan..
BalasPadamkeputusan zaid untuk keluar PKR sememangnya tepat..tidak perlu kekal dalam parti yang penuh dengan penyelewengan kuasa..
BalasPadamanwar perlu berundur dan bersara dari politik..ini adalah perlu bagi menjamin kelangsungan politik PKR..anwar tidak mementingkan perjuangan parti tetapi mementingkan perjuangan politik peribadi beliau sendiri..
BalasPadamahli2 PKR yang lain patut mengikut jejak langkah zaid..
BalasPadamadakah ahli2 PKR ingin terus diperbodohkan oleh kepimpinan parti yang jelas tidak telus? fikir-fikirkanlah..
BalasPadamlantaklah si Zaid ni.. Biarlah dia buat apa yang dia mahu buat.
BalasPadamSebagai pemerhati luar kita hanya mampu melihat apa yang bakal berlaku nanti.
BalasPadam