BERNAMA
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ditangguh selama 23 minit hari ini selepas kekecohan berlaku melibatkan seorang anggota pembangkang dengan beberapa penyokong kerajaan.
Keadaan itu tercetus selepas Jimmy Wong Sze Phin (DAP-Sri Tanjong) didakwa mengatakan peraturan dewan sebagai "rubbish" (karut) ketika membahaskan Bajet Negeri 2011.
Kenyataan Wong bahawa kemenangan Barisan Nasional dalam pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Batu Sapi baru-baru ini sebagai bukan satu kemenangan cemerlang telah mendorong Datuk Ramlee Marhaban (BN-Bugaya) meminta wakil pembangkang itu memberi penjelasan.
Kemudian, Datuk Saddi Abdul Rahman (BN-Sukau) pula bangun untuk menyatakan kenyataan Wong itu seolah-olah mendakwa kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman pada pilihan raya kecil itu sebagai tidak baik.
Selepas beberapa perbalahan dengan beberapa anggota BN lain, Timbalan Ketua Menteri Datuk Yahya Hussin meminta Timbalan Speaker Datuk Johnny Mositun supaya tidak memberi peluang kepada Wong untuk meneruskan perbahasan.
Mositun kemudian menangguhkan persidangan.
Apabila dewan bersidang semula, Speaker Datuk Juhar Mahiruddin mengambil alih dan memberi peluang kepada Wong untuk meneruskan perbahasannya selepas anggota pembangkang itu menarik balik perkataan "rubbish".
Juhar juga meminta Ramlee menarik balik perkataan "bukan manusia' yang dilemparkan terhadap Wong selepas dibangkitkan oleh Melanie Chia (SAPP-Luyang).
Bagaimanapun, Ramlee menafikan dakwaan itu dan Juhar mengarah agar Hansard dirujuk sekiranya dakwaan itu benar dan memberi peluang kepada Ramlee untuk menarik balik kenyataan itu esok.
dalam persidangan pun nak buat kecoh. tak bolehkah mereka bersidang dgn aman.
BalasPadamharap kekecohan seperti ini tidak berlaku lagi pada masa akan datang. biarlah persidangan berlangsung dengan tenang.
BalasPadamAdakah wakil DAP ini betul-betul berminat membangkitkan suara hati rakyat ataupun semata-matanya mahu membuat kecoh di DUN Sabah?
BalasPadamMengapa tidak boleh duduk berbincang secara aman? Masa dibazirkan dalam kekecohan, bila barulah ada masa untuk membincangkan masalah yang dihadapi rakyat?
BalasPadamBuat apa nak buat kecoh dalam persidangan. Daripada membuat kecoh, adalah lebih baik menghabiskan persidangan tersebut dengan aman. Tiada manfaat dapat diperolehi dari kekecohan.
BalasPadamDiharapkan tiada lagi perkara seperti ini berlaku. Mungkin adalah lebih baik kalau ada peraturan ditetapkan untuk mengelakkan perkara ini daripada berlaku lagi.
BalasPadamwalaupun mereka2 ini terdiri dari kalangan yang berpendidikan tinggi, tetapi sering kita dihiburkan dengan sikap tidak profesional mereka terutamanya bila berdebat.. mungkin rakyat dan negara lebih aman jika Malaysia tidak mengamalkan sistem dua parti(parti pemerintah dan pembangkang)..
BalasPadamdalam mana2 persidangan, debat atau apa2 perjumpaan yang melibatkan dua atau lebih parti yang berlainan, tidak perlu mambawa bersama emosi.
BalasPadamJanganlah buat kecoh semasa persidangan. Apapun setiap yang dibentangkan dalam persidangan tersebut harus juga didengar dan menilai akan kebenarannya. ini mungkin hanya permainan PR sahaja.
BalasPadamSepatutnya beliau lebih matang dalam mengendalikan hal2 sebegini, tapi nampaknya itu memang sudah sikap semulajadi beliau. Tapi oleh kerana sikapnya ini telah memberi impak yang tidak baik kepada dewan!!! harus dihindari!
BalasPadamPerlu ada sikap profrsional dikalangan pemimpin dan jangan cepat melenting kerana ia mencerminkan sikap pemimpin itu sendiri.
BalasPadamMemang perlu ada rasa marah dan tidak puas hati tapi janganlah sampai kecoh dan menyebabkan persidangan terpaksa ditangguh untuk sementara.
BalasPadamHarap perkara sebegini tidak akan berlaku kerana ia hanya mencerminkan sikap para pemimpin dan menjejaskan imej m'sia.
BalasPadamsetiap kali persidangan pasti akan timbul kekecohan. para pemimpin seharusnya lebih bersikap rasional. tk perlu nak buat kecoh.
BalasPadamSalahkan Wong, salahkan Ramlee juga. Sungguh tidak professional.
BalasPadamIngatlah, DUN adalah untuk perbincangan dan bukan pergaduhan.
BalasPadamMemang Wong patut dipersalahkan tapi dalam situasi sebegini bertindaklah cara baik dan profesional.
BalasPadammatanglah sikit....
BalasPadamketepikan isu peribadi dalam dewan persidangan..DUN bukannya tempat untuk membawa dan membincangkan isu2 peribadi tetapi isu2 rakyat..
BalasPadamapakah wakil2 rakyat DUN tidak berminat dengan isu rakyat? tidak perlu beremosi dalam DUN..
BalasPadamdiharap ahli2 DUN akan lebih profesional dan matang..
BalasPadamkadang2 perangai dorang ni mcm kanak2 pula:P hehe
BalasPadamEntahlah ferlo... Saya sendiri pun hairan, kenapalah mahu buat kecoh.. Bukankah lebih baik jika bersidang secara aman.. hmmm..
BalasPadamsetuju Jonny. Kalau asyik bertekak, entah bilalah baru masalh rakyat dapat difokuskan. hhuhu
BalasPadamYa langsat. hal sebegini patut dielakkan daripada berlaku. Nanti apa pula pandang orang luar terhadapa pemimpin di Malaysia.
BalasPadamSemoga para pemimpin akan lebih matang dalam segala tindak tanduk mereka.
BalasPadamHarapan kita DUN ini berjalan dengan lancar. Perbincangan harus dengan ketenangan dan bukan kekecohan.
BalasPadamSebagai seorang yang profesional, shearusnya lebih tahu perbincangan dengan cara yang tenang. Jangan terlalu agresif dengan kenyataan yang diberikan. Elakkanlah kekecohan dalam pembentangan bajet 2011 ini.
BalasPadamIni dewan untuk membahaskan semua isu berkaitan dengan kepentingan negeri dan rakyat.
BalasPadamBerbahaslah secara sopan dengan faktar yang kuat untuk menyokong kenyataan tang dibuat di dewan, jangan berlagak macam samseng.
BalasPadamIni adalah keadaan yang baik dan boleh diterima. Sekurang-kurangnya ada bunyi bantahan dalam dewan.
BalasPadamBarulah macam dewan untuk membahas. Kalau kita ada yb macam Kapal Singh atau Anwar atau Lim K Siang, lagi siok.
BalasPadamDUN Sabah kekurangan pembangkang.
BalasPadamIni pekara biasa. Jka tiada perbahasan yang hebat, tidak macam dewan undangan lah.
BalasPadamJimmy Wong is the most prominent ' bombarder ' in the cabinet.
BalasPadamHari ini mereka akan menggulungkan usul yang terakhir. Harap segalanya akan berjalan dengan lancar.
BalasPadamADUNS, please get back to your topic please.
BalasPadamGosh, they should focus on the issues and not wasting the time for ' rubbish ' statement.
BalasPadam