Tuesday, November 23, 2010

'Rubbish' kecohkan DUN Sabah

BERNAMA

Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ditangguh selama 23 minit hari ini selepas kekecohan berlaku melibatkan seorang anggota pembangkang dengan beberapa penyokong kerajaan.

Keadaan itu tercetus selepas Jimmy Wong Sze Phin (DAP-Sri Tanjong) didakwa mengatakan peraturan dewan sebagai "rubbish" (karut) ketika membahaskan Bajet Negeri 2011.

Kenyataan Wong bahawa kemenangan Barisan Nasional dalam pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Batu Sapi baru-baru ini sebagai bukan satu kemenangan cemerlang telah mendorong Datuk Ramlee Marhaban (BN-Bugaya) meminta wakil pembangkang itu memberi penjelasan.

Kemudian, Datuk Saddi Abdul Rahman (BN-Sukau) pula bangun untuk menyatakan kenyataan Wong itu seolah-olah mendakwa kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman pada pilihan raya kecil itu sebagai tidak baik.

Selepas beberapa perbalahan dengan beberapa anggota BN lain, Timbalan Ketua Menteri Datuk Yahya Hussin meminta Timbalan Speaker Datuk Johnny Mositun supaya tidak memberi peluang kepada Wong untuk meneruskan perbahasan.

Mositun kemudian menangguhkan persidangan.

Apabila dewan bersidang semula, Speaker Datuk Juhar Mahiruddin mengambil alih dan memberi peluang kepada Wong untuk meneruskan perbahasannya selepas anggota pembangkang itu menarik balik perkataan "rubbish".

Juhar juga meminta Ramlee menarik balik perkataan "bukan manusia' yang dilemparkan terhadap Wong selepas dibangkitkan oleh Melanie Chia (SAPP-Luyang).

Bagaimanapun, Ramlee menafikan dakwaan itu dan Juhar mengarah agar Hansard dirujuk sekiranya dakwaan itu benar dan memberi peluang kepada Ramlee untuk menarik balik kenyataan itu esok.


38 comments:

  1. dalam persidangan pun nak buat kecoh. tak bolehkah mereka bersidang dgn aman.

    ReplyDelete
  2. harap kekecohan seperti ini tidak berlaku lagi pada masa akan datang. biarlah persidangan berlangsung dengan tenang.

    ReplyDelete
  3. Adakah wakil DAP ini betul-betul berminat membangkitkan suara hati rakyat ataupun semata-matanya mahu membuat kecoh di DUN Sabah?

    ReplyDelete
  4. Mengapa tidak boleh duduk berbincang secara aman? Masa dibazirkan dalam kekecohan, bila barulah ada masa untuk membincangkan masalah yang dihadapi rakyat?

    ReplyDelete
  5. Buat apa nak buat kecoh dalam persidangan. Daripada membuat kecoh, adalah lebih baik menghabiskan persidangan tersebut dengan aman. Tiada manfaat dapat diperolehi dari kekecohan.

    ReplyDelete
  6. Diharapkan tiada lagi perkara seperti ini berlaku. Mungkin adalah lebih baik kalau ada peraturan ditetapkan untuk mengelakkan perkara ini daripada berlaku lagi.

    ReplyDelete
  7. walaupun mereka2 ini terdiri dari kalangan yang berpendidikan tinggi, tetapi sering kita dihiburkan dengan sikap tidak profesional mereka terutamanya bila berdebat.. mungkin rakyat dan negara lebih aman jika Malaysia tidak mengamalkan sistem dua parti(parti pemerintah dan pembangkang)..

    ReplyDelete
  8. dalam mana2 persidangan, debat atau apa2 perjumpaan yang melibatkan dua atau lebih parti yang berlainan, tidak perlu mambawa bersama emosi.

    ReplyDelete
  9. Janganlah buat kecoh semasa persidangan. Apapun setiap yang dibentangkan dalam persidangan tersebut harus juga didengar dan menilai akan kebenarannya. ini mungkin hanya permainan PR sahaja.

    ReplyDelete
  10. Sepatutnya beliau lebih matang dalam mengendalikan hal2 sebegini, tapi nampaknya itu memang sudah sikap semulajadi beliau. Tapi oleh kerana sikapnya ini telah memberi impak yang tidak baik kepada dewan!!! harus dihindari!

    ReplyDelete
  11. Perlu ada sikap profrsional dikalangan pemimpin dan jangan cepat melenting kerana ia mencerminkan sikap pemimpin itu sendiri.

    ReplyDelete
  12. Memang perlu ada rasa marah dan tidak puas hati tapi janganlah sampai kecoh dan menyebabkan persidangan terpaksa ditangguh untuk sementara.

    ReplyDelete
  13. Harap perkara sebegini tidak akan berlaku kerana ia hanya mencerminkan sikap para pemimpin dan menjejaskan imej m'sia.

    ReplyDelete
  14. setiap kali persidangan pasti akan timbul kekecohan. para pemimpin seharusnya lebih bersikap rasional. tk perlu nak buat kecoh.

    ReplyDelete
  15. Salahkan Wong, salahkan Ramlee juga. Sungguh tidak professional.

    ReplyDelete
  16. Ingatlah, DUN adalah untuk perbincangan dan bukan pergaduhan.

    ReplyDelete
  17. Memang Wong patut dipersalahkan tapi dalam situasi sebegini bertindaklah cara baik dan profesional.

    ReplyDelete
  18. matanglah sikit....

    ReplyDelete
  19. ketepikan isu peribadi dalam dewan persidangan..DUN bukannya tempat untuk membawa dan membincangkan isu2 peribadi tetapi isu2 rakyat..

    ReplyDelete
  20. apakah wakil2 rakyat DUN tidak berminat dengan isu rakyat? tidak perlu beremosi dalam DUN..

    ReplyDelete
  21. diharap ahli2 DUN akan lebih profesional dan matang..

    ReplyDelete
  22. kadang2 perangai dorang ni mcm kanak2 pula:P hehe

    ReplyDelete
  23. Entahlah ferlo... Saya sendiri pun hairan, kenapalah mahu buat kecoh.. Bukankah lebih baik jika bersidang secara aman.. hmmm..

    ReplyDelete
  24. setuju Jonny. Kalau asyik bertekak, entah bilalah baru masalh rakyat dapat difokuskan. hhuhu

    ReplyDelete
  25. Ya langsat. hal sebegini patut dielakkan daripada berlaku. Nanti apa pula pandang orang luar terhadapa pemimpin di Malaysia.

    ReplyDelete
  26. Semoga para pemimpin akan lebih matang dalam segala tindak tanduk mereka.

    ReplyDelete
  27. Harapan kita DUN ini berjalan dengan lancar. Perbincangan harus dengan ketenangan dan bukan kekecohan.

    ReplyDelete
  28. Sebagai seorang yang profesional, shearusnya lebih tahu perbincangan dengan cara yang tenang. Jangan terlalu agresif dengan kenyataan yang diberikan. Elakkanlah kekecohan dalam pembentangan bajet 2011 ini.

    ReplyDelete
  29. Ini dewan untuk membahaskan semua isu berkaitan dengan kepentingan negeri dan rakyat.

    ReplyDelete
  30. Berbahaslah secara sopan dengan faktar yang kuat untuk menyokong kenyataan tang dibuat di dewan, jangan berlagak macam samseng.

    ReplyDelete
  31. Ini adalah keadaan yang baik dan boleh diterima. Sekurang-kurangnya ada bunyi bantahan dalam dewan.

    ReplyDelete
  32. Barulah macam dewan untuk membahas. Kalau kita ada yb macam Kapal Singh atau Anwar atau Lim K Siang, lagi siok.

    ReplyDelete
  33. DUN Sabah kekurangan pembangkang.

    ReplyDelete
  34. Ini pekara biasa. Jka tiada perbahasan yang hebat, tidak macam dewan undangan lah.

    ReplyDelete
  35. Jimmy Wong is the most prominent ' bombarder ' in the cabinet.

    ReplyDelete
  36. Hari ini mereka akan menggulungkan usul yang terakhir. Harap segalanya akan berjalan dengan lancar.

    ReplyDelete
  37. ADUNS, please get back to your topic please.

    ReplyDelete
  38. Gosh, they should focus on the issues and not wasting the time for ' rubbish ' statement.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.