Sabtu, 6 November 2010

PRK Galas, Batu Sapi bukti Pakatan teguh

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, pilihan raya kecil Galas dan Batu Sapi telah membuktikan kepada rakyat keteguhan Pakatan Rakyat dalam berhadapan dengan usaha musuh hendak memecahbelahkan Pakatan.

“Kekalahan bukan bermakna perjuangan kita suatu yang tidak benar, sebaliknya lawan kita menguasai segala jentera kerajaan dan berjaya memanipulasi keadaan sehingga mereka beroleh kemenangan.

“Walaupun kita menghadapi kekalahan di kedua kerusi ini, namun ia tidak mematahkan semangat untuk terus berjuang menentang kebatilan BN di masa hadapan,” ujar Presiden PAS itu dalam satu kenyataan, hari ini.

Berikut kenyataan beliau.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua jentera PAS di semua peringkat, ahli-ahli yang membantu daripada segi tenaga dan wang ringgit dalam menghadapi pilihan raya kecil Dun Galas dan Parlimen Batu Sapi.

Begitu juga dengan jentera Pakatan Rakyat, DAP dan PKR yang tidak penat membantu dalam keadaan kita berhadapan serangan dahsyat jentera lawan.

Walaupun kita menghadapi kekalahan di kedua kerusi ini, namun ia tidak mematahkan semangat untuk terus berjuang menentang kebatilan BN di masa hadapan.

Apapun pilihan raya ini telah membuktikan kepada rakyat keteguhan Pakatan Rakyat dalam berhadapan dengan usaha musuh hendak memecahbelahkan Pakatan.

Kekalahan bukan bermakna perjuangan kita suatu yang tidak benar, sebaliknya lawan kita menguasai segala jentera kerajaan dan berjaya memanipulasi keadaan sehingga mereka beroleh kemenangan.

Namun kita tidak menolak untuk mengkaji segala kelemahan di pihak kita yang perlu diberi perhatian. Semoga ia akan menjadi lonjakan kepada kita bagi berhadapan dengan pilihan raya lebih besar tidak lama lagi.

Sekali lagi saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh jentera PAS dan Pakatan Rakyat, para penyumbang wang ringgit dan tenaga, pengundi-pengundi yang setia mengundi Pakatan, semoga usaha tuan-tuan akan diberkati Allah SWT.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang,

Presiden PAS.

23 ulasan:

  1. kemenangan BN di Galas dan Batu Sapi menunjukkan rakyat di sana memilih dan menyokong BN.

    BalasPadam
  2. Sudah tewas memang pelbagai isu akan kelaur lagi. Memang kita tahu kekalahan ini patut diterima oleh PR/PAS. Memang susah bila tempat sediri dikalahkan oleh BN. Apa pun kita bersyukur kerana bertanding dengan cara yang aman dan bersih.

    BalasPadam
  3. Mungkin PR boleh nampak sendiri bahawa BN memang disokong oleh rakyat. Seperti di Batu Sapi dan Galas BN menang majoriti di dua tempat ini. Memang satu yang mengejutkan PR dengan kemenangan BN sehinggakan di Galas pengumuman pemenang calon PAS tidak hadir mungkin malu atau sebaliknya.

    BalasPadam
  4. PR teguh, tidak pasti dengan semua ini. Kekalahan didua tempat ini menandakan sesuatu yang buruk kepada PR. Ansari jatuh laut pula salah satu penanda PR jatuh. Memang PKR tidak berpeluang untuk menang jika masih berfikiran sekarang yang hanya tahu mencari kesalahan parti lain dan bukan masalah rakyat.

    BalasPadam
  5. BN telah menang dalam kedua-dua piliharaya umum Galas dan Batu Sapi. ini menunjukkan bahawa BN semkin kukuh. pihak yang kalah harus berusaha lagi.

    BalasPadam
  6. Kemenangan BN dalam pilihan kecil di Galas dan Batu Sapi membuktikan BN tetap pilihan orang ramai.

    BalasPadam
  7. Apa2x pun, PRK masih ada harapan dalam PRU13 nanti. Oleh itu, teruskan usaha kamu.

    BalasPadam
  8. PR sememangnya lemah.. PAS cuba menyembunyikan kelemahan mereka dengan mempertikaikan kemenangan dipihak BN. kenapa sebelum ini PAS berjaya memperolehi Galas? kenapa PRK kali ini tidak? ini bermakna rakyat sudah hilang kepercayaa kepada PAS/PR. bukan seperti tuduhan yang dilemparkan PAS..

    BalasPadam
  9. "..berhadapan dengan usaha musuh hendak memecahbelahkan Pakatan."

    tidak mustahil, Pakatan juga melakukan perkara yang sama sepanjang kerja2 kempen berlangsung.. terimalah kekalahan dan akui kelemahan..

    BalasPadam
  10. tidak ada apa2 peristiwa yang boleh membuktikan Pakatan teguh. rakyat melihat sendiri kelemahan dan kepincangan PR serta komponen2 partinya. tidak perlu memuji diri sendiri kerana realiti yang telah disaksikan oleh rakyat cukup untuk menjelaskan sejauhmana teguhnya Pakatan.

    BalasPadam
  11. kemengan BN di kedua-dua PRK bukti rakyat di kawasan tersebut menyokong BN.

    BalasPadam
  12. terima ja keputusan piliharaya ini, ini adalah keputusan rkyat.

    BalasPadam
  13. Bagi saya kita jangan salahkan pihak lawan ataupun penduduk yang mengundi. Lihat dan kaji, apa sebenarnya yang berlaku di dalam parti kita sendiri. Perbaiki mana2 yang tidak betul dan cuba sedaya upaya untuk rakyat.

    BalasPadam
  14. yang pasti BN telah menjadi pilihan pengundi di kedua PRK kerana hanya kerajaan sahaja yang mampu memberikan apa yang rakyat mahukan iaitu perubahan.

    BalasPadam
  15. kekalahan pembangkang terutama di galas menunjukkan bahawa rakyat sudah bosan dengan karenah pembangkang yang menabur janji kosong..atas kesedaran bahawa BN tulus untuk memberikan khidmat terbaik kepada rakyat, pengundi galas memihak kepada BN..

    BalasPadam
  16. diharap BN akan terus kukuh dan memberikan khidmat yang terbaik kepada rakyat dan negara.

    BalasPadam
  17. PRK dah lepas dan keputusan telah diketahui, jadi terimalah seadanya k :)

    BalasPadam
  18. Setuju Zam. Kemenangan BN ni memang bukti rakyat masih memberi sokongan penuh terhadap mereka.

    BalasPadam
  19. hahaha, betul shazla... Ada ja isu yang keluar walaupun PRK da tamat:P

    BalasPadam
  20. Semoga BN tidak mengecewakan rakyat. Pastikan kemenangan yang diperolehi dimanfaatkan sepenuhnya untuk membantu rakyat.

    BalasPadam
  21. Apapun, sama2 lah kita harapakan yang terbaik hasil daripada kemenangan BN ini :)

    BalasPadam
  22. Rakyat yang berkuasa untuk menentukan wakil mereka, yang mana mendapat lebih banyak kepercayaan dari rakyat maka itu la yang akan menjadi wakil mereka...

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.