Friday, November 19, 2010

Konvensyen BN akan saksikan beberapa kejutan -Tengku Adnan

SINAR HARIAN ONLINE

KUALA LUMPUR - Konvensyen Barisan Nasional (BN) Ahad depan dijangka membawa beberapa elemen mengejutkan dan merintis jalan perubahan dalam usaha mengukuhkan kedudukannya selaras dengan perkembangan semasa.

Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ketika mengumumkan perkara itu berkata ini termasuk beberapa kemungkinan pindaan terhadap perlembagaan BN.

"Kita akan kejutkan anda pada hari itu. Beberapa perubahan akan dilakukan oleh BN. Sudah tiba masanya bagi kami bergerak ke depan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan satu mesyuarat mengenai konvensyen itu di Wisma MCA di sini.

Ketika ditanya apa yang akan menjadi kejutan itu, beliau berkata,"Macam-macam akan berlaku. Anda akan terkejut, jangan bimbang."

Tengku Adnan berkata konvensyen sehari di Dewan San Choon, Wisma MCA akan dirasmikan Perdana Menteri dan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak.

24 comments:

Anonymous said...

diharapkan kejutan yang akan dibuat berpaksikan kepada semangat gagasan 1Malaysia..

Anonymous said...

diharapkan perubahan2 yang akan dilakukan akan merangkumi semua perkara..

Anonymous said...

diharap konvensyen tersebut akan berjalan dengan lancar..

Anonymous said...

Apa agaknya yang akan mengejutkan orang? Semua parti komponen disatukan sebagai Parti BN?

Anonymous said...

Setuju mike. Saya pun harap kejutan itu dapat memenuhi keinginan rakyat. hehe

Anonymous said...

Saya pun tak sabar nak tahu nymala. hehehe

Anonymous said...

Apapun perubahan yang bakal dilakukan nanti, biar kiranya kejutan itu mampu mengembirakan ramai pihak.

Anonymous said...

Saya harap Konvensyen BN berjalan lancar tanpa sebarang kekacauan timbul ataupun sabotaj dari mana2 pihak yg dengki dgn usaha umno utk terus maju ke depan.

Anonymous said...

Apapun, sama2 la kita tunggu dan lihat perkembangannya nanti k :)

Anonymous said...

BN diberi mandak menerajui kerajaan Malaysia, segala keputusan mempengaruhi masa depan negara.

Unknown said...

Tunggu dan lihat, kita akan tahu tidak lama lagi.

Anonymous said...

Harap kejutan ini dapat menguntungkan negara.

Anonymous said...

Adakah pembukaan untuk keahlian BN itu satu kejutan?

Unknown said...

Perubahan ini wajar mengikut perubahan zaman. Jangan sampai ditinggalkan zaman.

Anonymous said...

sudah tentu ia akan membawa kejutan memandangkan sudah 15 tahun Barisan Nasional tidak mengadakan konvensyen tersebut.

Anonymous said...

saya harap konvensyen kali ini benar2 membawa perubahan yang baik kepada BN serta membawa penyelesaian kepada isu2 1Malaysia, ekonomi, pembangunan, pendidikan, kebajikan dan kedaulatan undang2.

Unknown said...

Semoga konvensyen itu akan memberikan perubahan kepada BN akan datang.

Hosie Masie said...

Biar satu perubahan yang ketara dibuat oleh BN. Semoga BN akan dapat buat yang terbaik nanti untuk membangunkan Malaysia kemata dunia. Semoga berjaya.

Anonymous said...

biarlah ia kejutan yang membawa kebaikan kepada semua.

zam said...

harap kejutan yang akan berlaku akan membawa banyak manfaat kepada semua.

zam said...

semoga konvensyen tersebut akan berjalan dengan lancar dan perubahan yang yang dilakukan akan memberikan kebaikan kepada semua pihak.

Anak Sabah said...

Baik kita tunggu dan lihat apa kejutan yang ada.

elia said...

Berubah untuk kebaikkan, kenapa tidak? Mungkin akan menarik lagi ramai penyokong...

Anonymous said...

Sudah tiba masanya bagi kami bergerak ke depan.

Ya, itu sudah pasti.