Sabtu, 20 November 2010

100 protes minta Anwar, Azmin undur

BERNAMA

Kira-kira 100 anggota PKR malam tadi mengadakan protes dan berhimpun di Dataran Shah Alam meminta Penasihat parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Naib Presiden Mohamed Azmin Ali supaya keluar daripada parti tersebut.

Protes itu diadakan bermula pukul 8 malam sempena perhimpunan "Rapat Umum Keadilan Selangor bersama Anwar Ibrahim" yang diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang turut dihadiri oleh kedua-dua pemimpin terbabit.

Ketua bahagian PKR Kota Raja KS Kottapan yang mengetuai protes itu berkata perhimpunan berkenaan juga diadakan ekoran kegagalan kepimpinan tertinggi PKR menangani aduan membabitkan pemilihan parti oleh beberapa calon kepimpinan di peringkat cabang di Selangor.

"Hari ini kita adakan demonstrasi di hadapan bangunan MBSA adalah untuk memberitahu pemimpin PKR bahawa kita membantah pemilihan di peringkat cabang hingga ke Majlis Pimpinan Pusat (MPP).

"Kita turun ramai-ramai dari semua cabang untuk protes bahawa pemilihan kali ini dijalankan dengan begitu kotor," katanya kepada pemberita.

Ditanya sama ada beliau akan membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung perkara itu, Kottapan berkata beliau tidak akan berbuat demikian kerana ia membabitkan hal dalaman parti.

Bagaimanapun, beliau akan mengambil tindakan injuksi untuk menghalang pemilihan MPP dijalankan berikutan namanya yang sepatutnya tersenarai untuk merebut jawatan dalam MPP kini sudah hilang daripada senarai yang dimuatkan di laman web rasmi parti berkenaan pada 18 Nov lepas.

Perhimpunan itu turut membabitkan pertikaman lidah antara penyokong Kottapan dengan 40 anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK).

Perhimpunan tersebut bagaimanapun dileraikan oleh polis kira-kira setengah jam kemudian.


19 ulasan:

  1. Memang Anwar tidak dapat tidor lena sekarang. Anwar yang telah dikatakan tidak adil dalam pemilihan calon PKR. Buat apa mahu membuat pemilihan PKR jika sama 2x5 cara Anwar. Pemilihan calon ini cuma untuk mengaburi mata orang lain, tapi dalamannya tidak berubah langsung.

    BalasPadam
  2. nampaknya masih ada lagi yang mahukan Anwar dan Azmin berundur. ini menunjukkan masalah PKR masih lagi belum selesai.

    BalasPadam
  3. Anwar penyebab berlakunya kemelut dalam PKR,kerana itu ramai yng inginkan dia berundur. begitu juga dgn Azmin.

    BalasPadam
  4. Nampaknya, ramai yang tidak berpuas hati dengan Anwar dan Azmin. Masalah dalaman PKR akan menjadi punca utama kekalahan PKR dalam PRU13 nanti.

    BalasPadam
  5. Mungkin adalah lebih baik jika Anwar dan Azmin berundur sahaja dari PKR kerana banyak yang telah protes untuk meminta mereka keluar dari PKR.

    BalasPadam
  6. Nampaknya PKR semakin kecoh dan lemah sekarang. Ahli PKR sendiri juga mengesa DSAI dan Azmin undur diri daripada PKR.

    BalasPadam
  7. Mungkin 100 ahli ini juga bersetuju dengan Zaid bahawa DSAI dan Azmin adalah punca kelemahan PKR.

    BalasPadam
  8. semakin rumit pergolakan yang berlaku dalam PKR.. teruskan protes bukan sahaja untuk mendesak Anwar dan Azmin berundur, bubarkan sekali PKR. rakyat tidak perlukan parti yang tidak mempunyai asas perjuangan yang kukuh, dan rakyat tidak perlukan pemimpin yang tidak mempunyai ciri2 kepimpinan yang baik.

    BalasPadam
  9. walaupun protes ini berjaya, dan jika Zaid diberi kepercayaan untuk mengetuai PKR, belum tentu parti ini akan diterima rakyat. watak Zaid dalam PKR telah berjaya mendedahkan keburukkan2 PKR dan pemimpin2nya. mana PAS dan DAP? kenapa tidak berkerjasama membantu memulihkan PKR? atau memang benar komponen PR tidak sehaluan perjuangan politiknya?

    BalasPadam
  10. 100 orang??baru-baru ini khabar angin mengatakan 600orang sudah yang protesr Anwar dengan Azmin.

    BalasPadam
  11. Sepertinya Anuar sudah tidak lagi mendapat mandat dari rakyat. Kes ini sudah teruk. Kenapa tidak berundur sahaja. Terlalu ingin mencari kesalahan pihak lain tgo2 dia sendiri yang kecundang.

    BalasPadam
  12. Krisis dalam PKR nampaknya semakin tenat. Apa boleh buat, mereka ini golongan yang tamakan kuasa.

    BalasPadam
  13. Kali ini apa akan Anwar buat untuk menyelesaikan pergolakan dalam PKR?

    BalasPadam
  14. Gelombang demi gelombang, hidup Anwar tidak sunyi dengan berbagai penindasan.

    BalasPadam
  15. Sampai bilakah pergolakan dalam PKR dapat diredakan?
    Boleh kita menaruh harapan pada parti yang demikian?

    BalasPadam
  16. Banyak betul pekara yang malang meninmpa Anwar.
    Disebabkan beliau PKR turut terlibat dengan berbagai tindasan.

    BalasPadam
  17. Lepaskan tangan supaya pilihan itu adil dan sebuah parti politik yang mempunyai nafas dan muka baru bakal lahir.

    BalasPadam
  18. Kita tunggu respon dari Anwar. Tidak sabar rasanya.

    BalasPadam
  19. Adakah jika Anwar & Azmin keluar dari PKR, Zaid akan masuk semula?

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.