MUNGKIN Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak tidak menyedari ada pemimpin tertinggi UMNO Pusat yang membiayai pembangkang melalui pemberian projek untuk melumpuhkan musuh politik mereka dan sekaligus mengkhianati perjuangan UMNO.
Aktivis Masyarakat, Abdullahsani Haji Abdul Salleh mendedahkan demikian ketika menghubungi Sabahkini.net untuk memaklumkan bahawa beliau akan membuat pendedahan sedikit masa lagi siapakah tokoh berkenaan dengan menyerahkan segala bukti yang beliau ada.
“Kita tidak sangka sampai begitu mereka bertindak dan saya menyifatkan tindakan desperado ini mencerminkan mereka mula menghalalkan cara untuk mengekalkan kuasa,” kata Abdullahsani yang enggan menamakan pemimpin UMNO terbabit.
Tegas Abdullahsani, beliau memerlukan sedikit masa untuk mendedahkan bukti kerana masih sibuk menjalankan urusan perniagaan dan hanya akan menyerahkan bukti tersebut dalam masa terdekat.
Sebelum ini, Abdullahsani pernah mendedahkan beberapa bukti yang beliau dapat namun belum sampai masanya untuk diketengahkan sebagai tatapan umum.
Rabu, 6 Oktober 2010
PEMIMPIN UMNO BIAYA PEMBANGKANG?
Oleh: SAKINUL BANDAHALA (sabahkini)
Betulkah ni? Cuba memaparkan bukti-bukti yang ada supaya pembaca boleh melihat.
BalasPadamSukar mahu percaya selagi belum nampak bukti. Saya akan tunggu pendedahan selanjutnya.
BalasPadamentah betul atau tidak pekara ini. namun pendedahan perlulah disertakan dengan bukti barulah orang akan percaya.
BalasPadamjika nak dedahkan, biarlah dgn bukti yang kukuh. baru org percaya.
BalasPadamDifficult to believe such story if the story is not supported with a strong evidence.
BalasPadamjangan percayalah semua ini.
BalasPadamsemasa buat kenyataan ini, kenapa tidak sertakan sekali dengan bukti dan sebutkan siapa pemimpin umno itu? jangan buat pembaca tertanya2, atau mungkin dakwaan ini sekadar strategi pembangkang untuk mencemarkan umno..
BalasPadamjika benar perkara ini berlaku, ada baiknya Abdullahsani mendedahkan siapa pemimpin umno itu secepat mungkin bagi menyekat rancangannya mengkhianati perjuangan UMNO.
BalasPadamKalau berani sila lampirkan bukti anda. Selit2 pun cukuplah. Kalau tiada anda sama saja menipu rakyat.
BalasPadamsusah hendak dipercayai jika tiada bukti. sepatutnya bila buat kenyataan seperti ini sertakan buktinya sekali.
BalasPadamkita tidak pasti kebenaran dalam cerita ini. Lebih baik sekiranya kia tunggu kebenaran.
BalasPadamtidak perlu kita mempercayai semua ini sekiranya belum ada bukti menunjukkan kebenarannya.
BalasPadamPemimpin UMNO yang membiayai pembangkang. Tambahan lagi ahli PUSAT. memang banyak maklumat bocor oleh orang tersebut. Siapa yang ada bukti tolonglah serahkan kepada pihak yang berkenaan, bagi kepastian dakwaan ini.
BalasPadamdisebabkan tamak kuasa, apa saja sanggup dilakukan demi kepentingan peribadi..bukan sesuatu yang baru dalam politik Malaysia.
BalasPadamdiharap individu tersebut dapat memberikan bukti yang sahih atas dakwaan beliau ini untuk memperjelaskan lagi tentang apa yang sebenarnya berlaku.
BalasPadamjika benar dakwaan ini, maka siasatan yang terperinci harus dilakukan..orang yang tamakkan kuasa inilah yang merosakkan parti.
BalasPadamHarap siasatan dijalankan.
BalasPadamSetipa kali ada pihak yang mendakwa salah laku sesuatu puhak dan mengatakan akan mengemukakan bukti pada masa yang terdekat.
BalasPadamSelalunya ia diakhiri secara senyap kemudian sunyi.
Aiks???? biar betul ni...
BalasPadamBetul Jonny. Sukar nak percaya la.. Kalaupun ada bukti rasanya masih ramai yang teragak-agak utk percaya.
BalasPadamBetul Jonny. Sukar nak percaya la.. Kalaupun ada bukti rasanya masih ramai yang teragak-agak utk percaya.
BalasPadamKalau nak dedahkan sesuatu perkara tu pun sertakanlah bukti sekali. Jangan biarkan tergantung sahaja. hehe
BalasPadamHahhahaha betul tu jari. Lagi teruk kalau buat fitnah kan:P hehhee
BalasPadamSemoga hal ni dapat disiasat dan ditanggani dengan baik, Sebelum siasatan dibuat, ada baikknya jika kita tak perbesarkan hal ni.
BalasPadamSetakat mana kesahihan tuduhan ini? Kenapa bukti yang ada kenalah tunggu masa baru ditatapkan umum?
BalasPadam'Tegas Abdullahsani, beliau memerlukan sedikit masa untuk mendedahkan bukti kerana masih sibuk menjalankan urusan perniagaan dan hanya akan menyerahkan bukti tersebut dalam masa terdekat.'
BalasPadamSibuk atau tunggu tawaran?