
Majoriti ahli-ahli Umno di kawasan DUN Kunak berpendapat mereka lebih suka jika calon Barisan Nasional (BN) di kawasan itu dipilih dari kalangan anak tempatan Kunak dan bukan calon 'import'.
Ketua Cawangan Umno Kg.Hampilan, Abdul Rahim Wahab berkata, pucuk pimpinan parti Umno wajar memberikan mandat dan peluang kepada penduduk asal Kunak yang boleh dipercayai dan mendapat sokongan padu daripada kalangan ahli parti itu di sini.
"Sebagai anak tempatan daerah Kunak, ahli-ahli parti dari cawangan di sini masih menyokong dan mendukung kepimpinan Ketua Bahagian Umno Silam, Datuk Nasrun Datu Mansur untuk menerajui Bahagian Silam yang meliputi kawasan DUN Kunak, Lahad Datu dan Tungku", kata Abd. Rahim.

Nasrun ketika ini merupakan Adun Lahad Datu yang mendapat sokongan padu daripada ahli-ahli Umno di Kunak, Lahad Datu dan Tungku menerajui kepimpinan sebagai Ketua Bahagian di kawasan Silam.
Beliau juga seterusnya berkata, pucuk pimpinan juga perlu mengutamakan suara majoriti pengundi di Kunak khususnya ahli Umno agar calon BN bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 di sini dipilih dari kalangan anak tempatan Kunak.
Sementara itu, seorang kakitangan awam, Marasli Mordan, turut berpendapat calon BN Kunak dan BN kawasan Parlimen Silam sewajarnya anak tempatan.
Memberi alasan berhubung pandangan beliau itu, Marasli berkata jika calon tempatan dipilih, mereka (calon) tentu lebih komited untuk menggalas tugas yang diamanahkan dengan mengutamakan kepentingan masyarakat setempat.
"Jika dinilai, calon tempatan lebih fokus kepada persekitaran semasa dan mengutamakan kebajikan semua kaum dan agama dengan memberi tumpuan kepada kehendak semasa yang diperlukan oleh masyarakatnya kerana calon tempatan itu sendiri tentu tahu sejarah tempatan di tempat sendiri, berbanding calon import atau 'parasit', jelas Marasli.
Saya lebih suka jika calon tempatan digunakan, saya yakin orang sabah tidak kurang hebat berbanding calon import. Kita juga mempunyai calon yang berkebolehan dan berkemampuan.
BalasPadamLagipun, calon tempatan lebih jelas dengan situasi dan keperluan Sabah.
BalasPadamcalon tempatan lebih digemari kerana calon tempatan adalah lebih memahami keperluan penduduk setempat.
BalasPadamcalon tempatan lebih baik berbanding calon import. ia lebih disukai dan memahami keperluan sebenar penduduk.
BalasPadamini mungkin kerana mereka mahukan pemimpin yang lebih faham dengan keadaan penduduk berkenaan. Itulah ahli umno mahukan pemimpin BN tempatan.
BalasPadamCalon tempatan adalah lebih baik daripada yang import kerana mereka lebih tahu dan jelas tentang tempat mereka.
BalasPadamJikalau BN mahu menang, mereka harus pilih anak tempatan kunak menjadi calon BN
BalasPadamjika suara itu mewakili majoriti ahli2 umno di kawasan DUN Kunak, ia wajar dipertimbangkan untuk kebaikan bersama. sudah tentu mereka mempunyai alasan atau pendapat tentang wajarnya calon tempatan diketengahkan.
BalasPadamJika ada peluang calon tempatan mewakili BN di daerah ini memang sangat bagus dan yang pastinya mereka dapat menyelesaikan masalah ataupun sebarang keperluan di daerah tersebut.
BalasPadamKalau mahu pilih calon tempatan sekalipun biarlah dari golongan professional, berpengalaman, ada pendirian tersendiri dan berkebolehan supaya pemimpin tersebut lebih stabil.
BalasPadamCalon tempatan lagi senang di bawa runding, suku sakat keluarga pun dikenali. Jadi calon tempatan lebih baik di samping memberi peluang kepada anak tempatan sendiri bersuara dan memulangkan hak perjuangan selama ini. Yang penting mempunyai pakej yang cukup dan tidak melepaskan batuk di tangga saja.
BalasPadammungkin adalah lebih baik jika calon BN adalah calon tempatan..bukan sahaja lebih kenal kepada masalah rakyat setempat bahkan boleh berkomunikasi dengan lebih baik dan ini melancarkan sistem penyampaian maklumat kepada penduduk setempat.
BalasPadamnamun begitu, biar lah calon tersebut seorang yang benar2 bertanggungjawab, bersih dan komited menjalankan tugasnya nanti sebagai wakil rakyat.
BalasPadamdiharap jika calon tempatan dijadikan calon BN dan seterusnya menjadi wakil rakyat, isu2 rakyat akan mendapat perhatian yang sewajarnya dan diselesaikan dengan sebaik-baiknya...jangan menjadi seperti 'harapkan pagar,pagar makan padi'.
BalasPadamSudah sampai masanya anak-anak Sabah lebih diberikan peluang. Tukar golongan2 veteran dan tamak harta skrg. jangan jadi seperti beberapa menteri tempatan kita yang lupa tempat asal usulnya.
BalasPadamRasanya lebih baik jika calon tempatan diberi keutamaan kerana calon tempatan lebih jelas dengan keperluan Sabahan :)
BalasPadamApapun yang paling penting ialah calon yang dipilih itu harus lah benar2 layak dan berjiwa rakyat.
BalasPadamFaktor paling penting memilih calon bukanlah asal calon tersebut. Kenapa tidak menjadikan kredibiliti, intergriti, amanah, kejujuran, kesetiaan sebagai syarat pencalonan?
BalasPadamCadangan ini harus dipertimbangkan oleh pucuk pimpinan UMNO.
BalasPadamLama lagi baru pilihan raya sudah sibuk mau mencadang calon.
BalasPadam