| Nazri Abdullah |
| KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar (gambar) berkata, RMK10 seharusnya memberi lebih penekanan kepada pembebasan remaja dari kepungan keruntuhan moral dan akhlak.
"Kerajaan perlu ada garis panduan, selamatkan remaja-remaja kita daripada krisis yang dialami sekarang ini," katanya. Kementerian yang berkaitan agama, katanya perlu bersama dengan kementerian lain seperti pendidikan, pengajian tinggi dan juga pertahanan melalui PLKN, untuk merancang garis panduan tersebut. Beliau juga menggesa penubuhan Majlis Belia Negara yang melibatkan 12 kementerian dipercepatkan. Selain itu, bagi menarik golongan muda ke masjid pula, beliau mencadangkan kouta imam muda ditambah. "Saya cadangkan kouta imam muda di kalangan hafiz diwujudkan. Orang muda mampu menarik gologan remaja dan belia ke masjid," katanya lagi. Sementara itu, beliau juga mahu kerajaan meneliti semula keberkesanan kurikulum Kemahiran Asas Fardu Ain yang dilihat sukar membentuk generasi berakhlak tinggi pada waktu ini. |
Wednesday, June 23, 2010
RMK10 perlu selamatkan belia negara
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment