SINAR HARIAN ONLINE
KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menjangkakan akan menerima lebih banyak aduan tahun ini, dengan angkanya mungkin melepasi bilangan tahun lalu kira-kira 6,000.
Pengerusinya, Tan Sri Khalid Ramli berkata, pengguna kini mahukan kualiti perkhidmatan lebih baik, lebih nilai untuk wang dan pakej khusus dan ini jelas berdasarkan jumlah aduan yang diterima.
“Ini tidak bermakna perkhidmatan kini semakin teruk, sebaliknya isyarat daripada pengguna supaya penyedia perkhidmatan bekerja lebih keras memenuhi kehendak mereka,” katanya pada Bengkel Kajian Semula Kod Pengguna Umum (GCC) di Cyberjaya, semalam.
Khalid berkata, aduan yang diterima Forum Pengguna Malaysia (CFM) tahun ini dijangka melepasi 1,324 kes tahun lalu.
“Tahun lalu, CFM menerima 1,324 aduan, dengan 49 peratus membabitkan perkhidmatan Internet dan kelajuan sambungan lemah manakala selebihnya meliputi perkhidmatan jalur lebar tidak mencukupi," katanya.
"Jumlah aduan meningkat lapan peratus kepada 435 kes pada suku pertama tahun ini berbanding 44 kes bagi tempoh sama tahun lalu, manakala 46 peratus lagi membabitkan aduan mengenai perkhidmatan yang lemah," katanya.
Orang ramai yang sudah membuat aduan perkhidmatan komunikasi dan multimedia tetapi belum diselesaikan, boleh menghubungi talian bebas tol CFM di 1-800-18-2222 atau melayari www.cfm.org.my. - Bernama
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.