| Oleh : HALIK ZAMAN KETUA Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman, telah mengeluarkan satu kenyataan penafian yang tidak meyakinkan bahawa Blok L dan M kawasan cari-gali terletak dalam perairan Sabah. Kita semua dapat baca penafian beliau ini dilihat sebagai suatu kenyataan yang ‘sambil lewa’ tanpa disokong oleh suatu bukti yang tepat dan kukuh. Musa Aman seolah-olah 'melepaskan batuk ditangga' secara bersahaja. Beliau dilihat sebagai memberikan satu penafian bermuslihat tanpa menjelaskan kepada rakyat Sabah secara terperinci akan kedudukan geografi sebenar Blok L dan M. Beliau sekadar untuk mengaburi mata rakyat tanpa menjelaskan kebenaran yang sebenar-benarnya dengan bersandarkan peta persempadanan antara Limbang dan Sabah. Datuk Harris Salleh Mohd. Salleh, mantan Ketua Menteri Sabah yang saya temui secara tidak formal pagi tadi di Hotel Hyatt Kota Kinabalu menyatakan bahawa perkara ini perlu disemak dengan teliti. “Banyak sumber harus dikaji, antaranya peta British harus dirujuk kembali bagi menentukan lokasi persempadanan yang tepat,” kata Harris yang tidak pasti sama ada Kerajaan Malaysia telah atau pernah mengubah peta persempadanan berkenaan. Kita dapat melihat adanya kontra dalam kenyataan penafian Musa Aman dalam subjek Blok L dan M ini. Jika diimbas kembali kenyataan terdahulu yang dikeluarkan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad yang mana beliau menyatakan Negeri Sabah akan menghadapi kerugian sebanyak RM16 billion ekoran perjanjian yang dimeterai oleh mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi. Jadi persoalannya, mengapa pula Sabah akan menanggung kerugian sekiranya Blok L dan M ini tidak berada dalam lingkungan perairan Sabah? Mengapa Tun Mahathir mengeluarkan kenyataan sedemikian? Ini jelas menunjukkan Blok L dan M pasti berada dalam lingkungan perairan Sabah. Kita kurang berkeyakinan insan terpelajar seperti Tun Mahathir tidak mempunyai fakta dan bukti yang kukuh sebelum memberikan apa-apa kenyataan berhubung perkara di atas? Malah kita percaya Tun Mahathir juga tidak mahu dilihat sebagai ‘pemimpin yang kurang pintar’ memberikan kenyataan tanpa merujuk terlebih dahulu persempadanan tersebut? Siapakah antara pemimpin UMNO yang berbohong kini? Apakah pemimpin UMNO zaman dahulu yakni Tun Mahathir ataupun pemimpin UMNO Sabah Musa Aman? Yang pasti, salah seorang dari mereka pasti telah mengeluarkan kenyataan ‘berbohong’. Tidak pasti pula Musa Aman ‘buat kenyataan bohong' untuk lepaskan diri dari terus di hujani persoalan-persoalan dari rakyat Sabah? Atau Musa Aman takut nasib UMNO Sabah akan sama dengan nasib Parti BERJAYA yang tumbang bila Pulau Labuan diserahkan kepada Persekutuan untuk dijadikan wilayahnya? Pemimpin yang mana satu yang berbohong ini, pastinya antara ‘2M’ ini, Musa atau Mahathir? Tapi yang jelas dan pasti, kedua-dua mereka adalah ‘khalifah UMNO’! Jadi tidak seberapa hairanlah kerana memang budaya UMNO suka ‘mereka-cipta’ cerita serta pakar membohong. Pakatan Rakyat seharusnya akan jadikan Blok L dan Blok M satu isu sensasi kepada rakyat Sabah supaya rakyat Sabah tahu mereka benar-benar tertipu lagi. Jangan tunggu PRU13 lagi, ‘highlight’ dari sekarang dari kampung ke kampung agar rakyat tahu bahawa mereka ‘kini dan sedang tertipu?’ |
Saturday, May 8, 2010
SIAPA BERBOHONG, MAHATHIR ATAU MUSA AMAN?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
nampaknya masih belum ada sebarang bukti yang jelas bagi menjelaskan lagi perkara ini...namun begitu, isu ini tidak harus diandaikan dengan pelbagai spekulasi2 dan andaian2 yang hanya akan membawa kepada salah faham dan kekeliruaan di kalangan rakyat..
Banyak spekulasi yang gemparkan menngenai perkara ini, namaun kebenarannya belum diketahui, orang ramai perlulah menilai sendiri mengenai perkara ini.
Siapa yang menipu? looks like no one is lying here... as for what my mind says la... Both have their own pendapat and come out with bukti kan... so tidak ada yang perlu dipersoalkan disini..
well, tiada yang menipu bah...cmana pula mo menipu kan...semua hanyalah andaian semata2 sedangkan kebenaran belum diketahui secara pasti...so, no need to raise any false assumptions and speculations...it just lead to nothing!
They try to pusing2 this issue, thats why la... only one thing saja yang sy afraid.. orang2 yang not knowledgeable about tis issue, mesti percaya with any assumptions yang di expose oleh pihak yang not responsible.Hayyah...
Well, tell me then.Who's lying and who's not?
Sudahlah2 dengan drama itu. Kalau betul penulis nak tahu siapakah pembohong, cari lah sumber atau maklumat sendiri.Jangan gunakan media untuk mempengaruhi kepercayaan rakyat terhadap pemimpin.
ada segelintir orang2 d luar yang menjadikan isu ini sebagai alat mainan politiknya...pasal tulah bnyk spekulasi2 palsu yang dibuat betujuan mengelirukan rakyat...byk putar belit bah...lu mo tau, cari sumber yang boleh dipercayai...jan men percaya jak cakap orang2 itu...
dalam hal ini tiada yanbg menipu ataupun salah. hal ini cuma terlalu diperbesar-besarkan. kita sebagai rakyat yang bijak haruslah menilai sendirp perkara ini. jangan mudah terpengaruh dengan cerita-cerita yang tidak pasti sumbernya.
Post a Comment