Oleh : HALIK ZAMAN SEKITAR jam 8 malam tadi, saya telah dikunjungi oleh beberapa orang penduduk kampung sekitar daerah Tenom. Saya agak terkejut dengan kunjungan mereka ke hotel penginapan saya dengan jumlah yang agak ramai. Tujuan kedatangan mereka ini adalah untuk menyatakan hasrat mereka menyertai PKR akan tetapi mereka mohon dirahsiakan penyertaan mereka kerana tidak mahu terjadi seperti sebelumnya di mana berlaku penafian kemasukan dalam PKR, padahal segala bukti ada di tangan, termasuk tanda tangan asal mereka. Mereka ini menyatakan rasa kecewa dengan pentadbiran UMNO/BN yang tidak membawa apa-apa perubahan kepada kehidupan mereka dan penduduk-penduduk kampung yang lain. Maka kerana itulah mereka ingin menyandarkan nasib mereka kepada perjuangan PKR dan Pakatan Rakyat.
Terlebih dahulu saya telah difahamkan oleh beberapa orang ahli yang memberitahu ada berita penafian beberapa orang di akhbar tempatan. Setelah saya selidiki daripada beberapa sumber yang sahih, rupanya mereka ini telah diberikan tekanan dan ugutan oleh pihak-pihak tertentu. Walau bagaimana pun mereka ada menanda tangani borang keahlian. Maka kerana itulah mereka yang hadir pada malam ini bertemu saya di Orchid Hotel di bilik saya, telah meminta jasa baik saya untuk tidak menyiarkan nama-nama mereka kerana bimbang akan didatangi oleh dalang-dalang UMNO yang akan memberi ugutan dan ‘menyukarkan’ hidup mereka kelak. Lihatlah betapa kotornya taktik UMNO dalam usaha mereka untuk menyelamatkan kedudukan mereka yang kini hanya retak menanti belah. Namun saya hormati permintaan mereka, walau bagaimanapun liputan video ‘VCD’ dan foto semasa menanda tangani borang keahlian kemasukan dan penyerahan serta pengakuan ikhlas mereka menyertai PKR telah saya rakamkan sebagai bukti dan akan saya serahkan kepada MPN Negeri Sabah untuk rekod dan makluman mereka sekiranya berlaku lagi penafian seperti sebelumnya. Video dan rakaman DVD serta gambar-gambar ahli UMNO yang menyertai PKR Tenom itu juga akan saya hantarkan dengan kurier kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim agar mendengar sendiri pengakuan dalam rakaman mereka yang mereka memilih PKR Cabang Tenom tanpa ada ugutan dan paksaan. Ahli-ahli UMNO yang keluar dari UMNO dari Kampung Sungai Api, Kampung Bamban, Jalan Kemabong Tenom dan Kampung Makumpai Tenom. Nama-nama mereka dirahsiakan agar tidak lagi menerima ugutan dan tekanan dari para pemimpin UMNO Tenom. |
Saturday, May 8, 2010
SEMAKIN RAMAI AHLI UMNO SERTAI PKR DI TENOM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment